Monday, 13 May 2013

Dunia Artis - Afiq Muiz Buang Keluarga.....apa nak jadi!!!

Umi dia kata dia anak derhaka....
itu yang aku baca kat myStar Online....

kalau nak tanya aku sejauh mana cerita itu betul ke tak....
aku akan jawab, 
mak nyer sendiri dah cakap macam tu...
aku nak cakap apa lagi....

korang baca la sendiri kat sini yer 




saya doa kan dia berubah ke arah yang lebih baik..


Monday, 6 May 2013

Greatwall Corned Beef ada DNA Babi


SIDANG AKHBAR PENARIKAN BALIK PRODUK MAKANAN TIN CORNED BEEF BERJENAMA GREATWALL BRAND

Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama sekali umat Islam di Negara Brunei Darussalam bahawa produk makanan tin Corned beef berjenama Greatwall Brand keluaran Negara China yang dikilangkan oleh North International Holding Tianjin Foodstuffs Import & Export Company yang berlabel halal yang diedarkan di Negara ini, telah dicemari dengan DNA babi.

Perkara ini adalah berdasarkan hasil dari penganalisaan Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan yang mendapati produk tersebut positif mengandungi DNA babi.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama menasihatkan supaya:

- Para pengimport dan peniaga untuk menarik balik produk tersebut dari pasaran.

- Para pengguna yang berugama Islam yang memiliki produk terbabit untuk menjauhi dan tidak memakan produk ini.

Sometimes.......................MOM, LOVE YOU!!!


Kenali Muka Lelaki Kesayangan Kita




Bagi kaum lelaki. keperkasaan diri ialah nilai yang tidak terperi. Justeru, tidak hairanlah mereka akan melenting sekiranya tahap keperkasaan mereka dipersoalkan. Keadaan ini pastinya membuatkan kaum wanita terpaksa mengunci rapat mulut mereka demi menjaga hati pasangan. Begitupun, bagi wanita yang ingin mengetahui keperkasaan dan spesifikasi seksual lelaki. anda kini boleh mengetahui rahsia tersebut kerana hanya dengan melihat bentuk wajah mereka segalanya pasti terbongkar.

1. Rambut terurai
Kaum lelaki yang berambut terurai adalah seorang individu yang suka berfikir dan artistik dalam hubungan percintaan dan seks. Mereka ialah individu yang serius dalam bercinta. Oleh itu, sekiranya mereka jatuh cinta, dia akan menyerahkan sepenuh cintanya pada wanita yang dicintainya.

2. Kening tebal seolah-olah bertemu di tengah
Lelaki ini digambarkan sebagai sulit untuk menemui keseimbangan dalam kehidupan seksualnya. Karakternya juga dilihat sering berubah-ubah di mana, dia boleh tiba-tiba menjadi terlalu aktif atau sebaliknya. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka lebih cenderung pada wanita yang memilki wanita yang bersifat keibuaan yang mampu merawat dan memberi sepenuh perhatian pada mereka.

3. Kening melengkung ke atas
Lelaki yang memiliki fizikal kening seperti ini dikatakan memiliki karaketer dominan sewaktu. Sebolehnya, mereka ingin menguasai dan menawan pasangan.

4. Bermata besar
Lelaki bermata besar selalunya berfikiran terbuka. Ini berlaku sebaliknya pada mereka yang bermata kecil dan berambut kerinting kerana golongan ini memiliki keinginan seks yang tinggi.

5. Bertelinga dan berkening lebar
Memiliki tahap seksual yang tinggi serta mempunyai daya tahan yang tinggi sewaktu berhubungan. Ditambah pula dengan fesyen tanpa rambut, lelaki berkepala botak adalash seorang yang keras hati tetapi dalam masa yang sama, dia juga berhati lembut dalam sesetengah situasi.

6. Gemar mewarnakan rambut dan berbibir tipis
Golongan ini gemar mencari perhatian. Namu begitu, dalam masa yang sama dia jarang dapat memuaskan pasangannya sewaktu bersama meskipun ‘telah bekerja keras’.

Ini semua hanyalah ramalan dan pandangan. Jangan ambil serius dan menjadikannya sebagai perbandingan dan percaturan. Jika menyukai lelaki itu, terimalah kelebihan dan kekurangan. Jangan sampai disebabkan perkara ini, hubungan yang dibina berantakan.

JANGAN MENCARI YANG SEMPURNA JIKA KITA SENDIRI BANYAK KEKURANGANNYA !

Elakkan Minum Air Pada Waktu Ini - Wajib tahu



Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:

1.        Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2.        Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3.        Selepas memakan buah-buahan.
4.        Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum
5.        Sewaktu tengah makan. Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6.        Sebelum atau sesudah makan. Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7.        Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan

Mungkin agak susah untuk mengikut benda yang baik kan..tapi perkara yangbaik akan memberi kesan yang baik. Selamat mencuba. chaiyok! chaiyok!