Rabu, 23 Januari 2013

N3 Tips ~Rahsia Punggung-Hehehehe~



Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Seperti anggota lain bentuk punggung juga boleh mengupas rahsia personaliti seseorang. Terdapat 5 bentuk punggung iaitu bulat, seimbang, rata, besar dan tinggi. Jom tengok yang mana satu kah anda.

1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Dia juga seorang yang kuat dalam mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat dan tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Merupakan seorang ibu yang sangat penyayang dan jika pemilik merupakan lelaki dia boleh menjadi seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang jenis ini suka melakukan sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran dan ini menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik,subur dan sihat. Mereka merupakan individu yang penuh penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil dan segalanya boleh diatasi. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Seorang yang tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

Mungkin tidak tepat 100%, tapi selalunya akan mengena sedikit sebanyak dengan personaliti kita yang sebenar. Jadi yang mana satukah anda?

Khamis, 17 Januari 2013

N3 Sengal ~Silap Lorong~


Terkedu jap aku bila tengok email kawan aku...
Satu ja yang boleh aku cakap dengan sengalnya...
"Dia nak bayar murah tu....lorong motor RM1.40 jerk..."
hehehehehe...
Jangan mare haaa......
kelakau ler.......
Nasib bek takder kemalangan jiwa yang berlaku,
cuma ada kemalangan yang menyebabkan urat kentut terputus sebab dok tahan gelak...

:-)

Selasa, 15 Januari 2013

N3 Biasa ~Orang Malaysia, per Cer...???!!!~


Benda ni jadi kat Malaysia..
Apa yang korang nak cakap...
Apa yang boleh aku kata...macam biasa la...



'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'



'BAHASA JIWA BANGSA'


1 MALAYSIA



erk........tapi pelancong tu.........

(garuk kepala kuat-kuat!)

Isnin, 14 Januari 2013

N3 Wanted ~Susulan Suspek Tahanan Polis Lolos~


Tasek Gelugor: Baki dua tahanan yang masih diburu polis, kini semakin hilang punca berikutan penduduk tempatan menolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan sebaliknya mahu menghantar mereka ke balai polis.


Kedua-dua tahanan terbabit, Hamzani Harun, 37, atau Mat Blue dan Hissham Abdul Rahman, 39, muncul sekitar Pokok Tampang, di sini, petang kelmarin, sebelum Hissham meminta bantuan seorang penduduk menghantarnya ke bahagian pulau di negeri ini.

Bagaimanapun, penduduk terbabit menjawab sinis dengan berkata hanya boleh membantu menghantarnya ke balai polis.
Penduduk kampung memaklumkan kepada polis mengenai kejadian itu sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi, sebelum mendapati kedua-duanya sudah menghilangkan diri.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, Hissham juga pulang ke rumahnya, tetapi menghilangkan diri sebaik diserbu sepasukan polis, kelmarin.

“Kita meminta ahli keluarga Hamzani dan Hissham segera menghubungi polis jika kedua-dua suspek terbabit pulang ke rumah atau menghubungi mereka,” katanya.
Hissham dan Hamzani dipercayai buntu selepas tiga suspek lain yang turut lolos minggu lalu sudah ditahan, malam kelmarin.

Mohd Farid Akhtar, 24, ditahan di Kampung Petani, Kubang Semang selepas pergi ke sebuah kedai makan untuk mendapatkan makanan pada am 8.30 malam manakala Mohd Shahrimy Mohd Noor, 28, pula menyerah diri kepada pegawai kanan polis di Pasar Awam Penanti pada jam 10.15 malam.


Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 26, pula ditahan di sebuah kafe siber di Penanti, Bukit Mertajam pada jam 1.15 pagi semalam. Khamis lalu, dua lagi tahanan yang lolos termasuk dalangnya, Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, ditembak mati selepas berbalas tembak dengan polis di Kampung Padang Ibu, dekat sini.

Sumber: http://www.cvkmedia.my/2013/01/2-tahanan-masih-diburu-polis.html

Khamis, 10 Januari 2013

N3 Sentap ~"Sindiket" Memeluk Islam-Wajib Tahu~



Berhati-Hati ! Sindiket 'Memeluk Islam' Terbongkar!

Satu sindiket penipuan dengan cara 'memeluk Islam' oleh sebuah keluarga kaum India yang diketuai seorang wanita, dipercayai ibu kepada keluarga tersebut, Paravathiam A/P Mayavan K/P 64073--02-5484, kini sudah terbongkar!

Tujuan mereka melafazkan syahadah berkali-kali adalah untuk mendapatkan simpati, bantuan kewangan dan sumbangan orang ramai terutamanya dari penganut Islam di negara ini.

Kronologi sindiket :

1) Mula dapat dikesan pada 16/12/12 di Surau Taman Seroja, Salak Tinggi, Selangor.

2) Kali kedua pada 25/12/12 di Masjid Istiqamah, Puchong, Selangor.

3) Kali Ketiga pada 26/12/12 di Surau Madaniah USJ 18, Selangor.

4) Kali Keempat di Masjid Al Ekhsan Sek 24, Shah Alam, Selangor.

5) Terakhir kali kelima di Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 4/01/13.

Caranya: Ibu kepada keluarga ini akan berjumpa dengan Imam masjid/surau yang menjadi sasaran dan memberitahu bahawa satu keluarganya berhajat nak memeluk agama Islam.

Sudah pasti sebaik saja selesai upacara melafazkan kalimah syahadah dilakukan maka orang ramai yang hadir akan memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada keluarga ini.

p/s: Harap perkara ini dapat pemerhatian serius oleh pihak berwajib. Sekiranya anda terserempak dengan mereka, mohon laporkan segera kepada pihak masjid/surau atau pihak yang berkaitan. Sebarkan !

Sumber:  http://www.facebook.com/topengperak.unmasked.fanpages

Rabu, 9 Januari 2013

N3 Wanted ~ Susulan Suspek Polis Lari~


Pada 7 january saya ada post satu N3 berkenaan dengan suspek polis yang lari. Boleh juga review di sini.
pastu, ni nak habaq mai...2 orang dah kena tangkap kat sempadan Pulau Pinang dan Kedah. 

berita aku ambik kat sini: -

http://www.facebook.com/FarlimCP?ref=stream

Selasa, 8 Januari 2013

N3 Lawak ~Signboard-Bolehla...~


sempoi tak....
nak cakap tempat ni tutup pun banyak cerita...
so, if anybody yang ada kedai tu...
bolehla try tektik macam ni...
macam aku....dah jalan separuh boleh plak patah balik nak baca sekali lagi 
huhuhuhu....
terkena rupanya hehehehehe....