Aku hanya baca kat Yahoo.com.my
Tapi aku tak tahu plak dorang ni bercinta
Dulu sakan sangat kata kawan la itu la ini la
Last2 cakap putus....
waaa....penik mak!
13 Jun – Pelakon dan pengacara jelita,
Neelofa telah mendedahkan bahawa hubungannya dengan pengarah dan pelakon
terkenal, Hans Isaac sudah berakhir sejak awal Februari lalu.
"Saya tidak mahu terus dibayangi nama
Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah
putus sejak awal Februari lalu.
"Kami kini hanya kawan dan segala
spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali,"
katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Pada masa sama, Neelofa atau nama mesranya
Lofa berharap selepas ini tiada lagi spekulasi mengenai dirinya dengan Hans
dibangkitkan.
"Kami mengambil keputusan untuk
membawa hala tuju sendiri. Saya mengharapkan peminat dapat menghormati
keputusan kami dan tidak memanjangkan isu ini dengan bertanyakan punca
perpisahan memandangkan kami akhiri perhubungan kami secara matang dan ia
adalah keputusan bersama.
"Biarlah Hans fokus kepada beberapa
perancangannya dan apa yang penting saya ingin gunakan masa muda saya ini
sepenuhnya kepada diri saya, kerja seni serta perniagaan saya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan