Memaparkan catatan dengan label bunuh diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bunuh diri. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mei 2012

HM: Bunuh Diri di Jambatan Pulau Pinang


GEORGETOWN: “Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun.

“Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu.”

Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta.

Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan.




Selasa, 31 Januari 2012

Hukum Membaca Yasin Bagi Orang Yang Membunuh Diri


Hukum Membaca Yasin Dan Tahlil Kepada Arwah Yg Membunuh Diri.

Soalan
Assalamualaikum. Apakah hukum tahlil dan yasin untuk arwah yang mati membunuh diri. Sedangkan Nabi SAW tidak menyembahyangkan jenazah yg sedemikian. Tidakkah kita dianggap bersetuju dgn cara kematian yg begitu dengan mengadakn majlis yasin dan tahlil? jika ya adakah kita tergolong dlm golongan yg kufur?

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Membunuh diri adalah salah satu daripada perbuatan yang mengundang dosa besar. Pelakunya telah gagal dalam ujian yang ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan memilih kematian sebagai jalan keluar daripada masalah dan ujian tersebut.
Membunuh diri juga termasuk di dalam kematian yang “Su’ul Khatimah” (kesudahan yang buruk; lari daripada takdir Allah Subhanahu Wa Ta'ala).
Oleh yang demikian, hukum membaca Yasin dan tahlil kepada mereka yang mati kerana membunuh diri adalah tidak diharuskan.
Ringkasnya, golongan seperti ini hanya perlu diserahkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menentukan nasib dan kesudahannya. Wallahu 'Alam.