Memaparkan catatan dengan label haid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haid. Papar semua catatan

Rabu, 27 Jun 2012

N3 Kesihatan ~ Atasi Period Pain~




INFO KESIHATAN -  http://mcna-health.blogspot.com/ 

Senggugut adalah antara masalah yang biasa dihadapi kaum wanita semasa didatangi darah haid. Ada di antara rakan saya yang perlu mengambil cuti sakit kerana mereka mengalami sakit yang teramat sehingga tidak mampu berjalan. Terasa kesakitannya apabila melihat mereka berguling-guling di katil dan menangis kesakitan. Saya tidak ada pengalaman senggugut yang teruk dan sekali sekala sahaja mengalaminya.

Apakah punca senggugut?

Semasa kelas biologi dahulu, cikgu saya menerangkan senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. Ini antara perkara yang saya masih ingat sampai sekarang walaupun kelas itu 12 tahun dahulu.

Jenis senggugut

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.

Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.

Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut. Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut :

o        Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
o        Jangkitan
o        Radang Rongga Pelvis
o        Endometriosis
o        Penyakit usus seperti apendisitis
o        Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Bolehkah senggugut dicegah?

Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit.Ala yang macam jenama pa**d*l tu tapi saya tidak pasti dengan kesan jangka panjangnya jika setiap kali sakit, anda telan sebiji.
Cara lain dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.

Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.

Kurangkan garam.

Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.

Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.

Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.

Berhenti merokok

Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.

Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Inilah tujuan menulis cerita mengenai senggugut. Pengambilan kalsium dan magnesium dalam diet boleh mencegah senggugut.

Info daripada Period Pain Relief

Calcium supplements and other mineral and vitamin supplements can also help you get rid of period pain. Calcium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the bodyĆ¢€™s capacity for calciu

Ahad, 12 Februari 2012

Perkara Tentang HAID yang Perempuan Tidak Tahu


Dari kitab fikah imam al ghazali..

Kebanyakkan perempuan/wanita/muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fikah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa @ mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz-ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: 

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" 

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu. 

Dalam BAB TIGA : 

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : 

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: 

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid : 

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. "Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) 

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor. 

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. 
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya. Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan  Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!