Memaparkan catatan dengan label masuk hospital sebab pedas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masuk hospital sebab pedas. Papar semua catatan

Rabu, 30 November 2011

Rentetan N3 Kemalangan Di Tempat Kerja

semalam aku ada post satu n3 yg citer tentang xcdent kat tempat kerja aku ni...
Lau terlepas baca, bolehla clik kat sini..
Ini bukan nak MENGUMPAT atau nak MENGATA
tetapi nak MENASIHATI
kali ni aku yang terkena, 
aku taktau la kalau ada orang lain dah terkena macam yang aku kena!
Nak tahu apa?
bukan kena loteri la...
lau kena loteri...itu kena sebat nanti di neraka lorr...........

macam ni...
Lepas saja pekerja aku ni kena chemical dekat dia punya mata..
dan usaha aku untuk meneutralkan kembali matanya gagal,
aku terus ambil keputusan untuk membawanya ke hospital
aku cap hospital itu sebagai HK
HK ni bukang Hong Kong tau, orang yang bernama Hock Keng pun lagila takdak kena mengena..

dah jadi satu hal pulak nak bawak dengan apa...
semua orang tak sanggup..
so, aku yang masih tinggi kemanusiaan aku ni bersama dengan BOSS aku
bawaklah mangsa ke hospital..

uols nak tahu apa yg jadi..
boleh plak geng2 yang dok kat spital tu wat dono ja...
pastu, soh aku gi bayar lu
pastu baru leh register..
pastu kena tunggu plak..dekat 15m jugak la
barula pekerja aku ni diberi rawatan...
,
,
,
,
,
,
,

nak tau apa yang jadii lepas tu yang buat aku berangin sampai nak bakaq ja spital tu..
tunggu jerla n3 lepas ni
,
,
,
,
(sebenarnya aku tak larat nak menaip)

Selasa, 29 November 2011

Kemalangan DI Tempat Kerja

keadaan hari ni agak cemas....
Salah seorang pekerja aku kena cemical kat mata..
Kalut jugak la aku...
yang kalut nak menyibuk pun ada gak..
So, aku yang berpengalaman dalam pertolongan cemas,
memberila bantuan..
sampai banjir tandas aku kerja kan...
mata yang kena cemical tu,
aku alirkan dengan air suling,
untuk naturalkan mata yang kena bahan kimia tu..
sekali dua2 basah...bukan kena tangkap basah ek!!
so aku dengan bos bawak la pergi hospital..
kat sini yang paling dekat Hospital Kulim la...
Nak dijadikan cerita..
,
,
,
,
,
,
,
,
aku dah pening...
dah blur-blur..
mengantuk..nk tido........
nanti aku sambung len

Rabu, 5 Oktober 2011

HM: Masuk Hospital Sebab Tak Tahan Pedas


LONDON: Sebuah restoran dikecam kerana pertandingan memakan cili paling pedas di dunia yang dianjurkannya menyebabkan dua peserta dirawat di hospital.
Peserta terbabit menyertai pertandingan anjuran Restoran Kismot di Edinburgh, tiba-tiba muntah, menggelupur di lantai dan pitam.

Seorang daripada pelanggan restoran itu, Curie Kim, berkata dia berasa tidak selesa selepas merasa hidangan Kismot Killer disediakan restoran berkenaan.
Kata Curie, dia terpaksa dikejarkan ambulans ke hospital dua kali dalam tempoh beberapa jam kerana sakit perut dan muntah. Restoran itu mewajibkan peserta mesti berusia lebih 18 tahun dan menandatangani perakuan sebelum menyertai pertandingan berkenaan.

Walaupun dua petugas Palang Merah Britain bersedia memberi bantuan di restoran itu, mereka gagal menangani insiden berkenaan.

Laman sesawang restoran itu menyatakan, pertandingan itu “bukan mencari siapa makan paling banyak, tetapi pemenang dipilih berdasarkan ketahanan mereka kepada masakan cili paling pedas di dunia.” - XXX -  
HMetro

Cuba bagi kat orang Malaysia makan
Confirm menang punya heheheheheh