Wednesday, 13 May 2015

Cerpen terbaru dari Szaza Zaiman

Assalamualiakum


Hurmm...
Saya kira, mesti ramai yang menunggu cerpen terbaru dari Szaza Zaiman. Sumua blh lihat di link ni yer...

Satu lagi cerpen koleksi terbaik dari penulis bebas

DENGARLAH SAYANG

Sila Lihat di SINI

Disini serba sedikit permulaan ceritanya. sambungannya blhla dilihat di blog ini.


''Abang,.awat yang monyok ja tu?'' aku bertanya suamiku yang baru masuk ke rumah. Wajahnya mendung seakan awan yang bakal menurunkan hujan. Dia juga seolah orang yang keletihan yang teramat sangat.

          ''Gaji dapat dakgi?'' aku bertanya lagi. Dia hanya tersenyum hambar dan menghampiriku yang sedang melayan anak kami yang berumur 12 tahun. Anak kami yang ke tiga ini dilahirkan sebagai anak 'istimewa'. Aku sedang menyuapkan dia makan. Kadang-kadang gelagatnya menghiburkan hatiku. Dialah penawarku saat aku dilanda kerungsingan memikirkan gelagat anak-anak yang lain. Allah kurniakan kami dengan empat orang anak lelaki dan dua anak perempuan. Anak sulungku Nur Aina sudah berusia 17 tahun. Sudah boleh membantuku dalam urusan mengemas dan memasak namun perlu disuruh terlebih dahulu. Bak kata orang macam paku dengan pemukul. Tak ketuk takkan masuk. Nur Aimi, anak 'istimewa' kami anak yang ke tiga. Mohamad Aiman anak yang ke dua kini sudah berusia 13 tahun dan sedang belajar di sekolah tahfiz. Mohamad Amran anak yang ke empat,Mohammad Aizat anak yang ke lima dan Mohamad Airie anak bongsu kami yang baru berusia enam tahun.

.......................................................