Tuesday, 4 June 2013

Dah lama...........


Dah lama rasanya aku tak datang sini
Tentu readers semua boring dengan aku..
Tak ada n3 yang boleh di baca

sebenarnya...
sebulan yang lepas, kedua orang aku dimasukkan ke hospital
seorang disahkan denggi dan seorang lagi demam panas

Yang sedihnya...
my father ada kencing manis
bila sakit
gula dalam darahnya tak boleh dikawal
naik sampai '21, kadang2 tu sampai '25
kira teruk la...

Doktor ada cakap dengan aku,
paru2 father aku pun disahkan mengalami jangkitan kuman
aku rasa terbeban sangat
nak menangis pun tak guna
ini tanggungjawab aku
aku tak ada abah lain selain abah aku
aku sanggup lakukan apa saja untuk kesihatan mereka

My mom pulak, dah la demam panas,
ditambah lagi dengan darah tinggi
Ya Allah
dugaan apa yang kau berikan kepada aku
jika untuk menguji kesabaranku,
aku redha Ya Allah...


Adik2 aku pulak (Achik & Adeq) minggu mak abah masuk hospital,
diorang plak exam
Adeq exam pertengahan tahun,
Achik exam sem 2 (STPM)
dari Kulim aku ulang alik ke Baling selama seminggu penuh,
naik motor macam minah rempait dah aku tengok

Keluar rumah seawal 6 pagi,
lepas jer hantar Adeq ke sekolah rendah, 
aku hantar Achik ke sekolah menengah
Aku tak mengharapkan apa-apa,
aku cuma perlukan tempat untuk mengadu