Tuesday, 27 May 2014

Rahsia Perwatakan Melalui Bentuk Kuku



Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya

NUF Skin Life

Monday, 26 May 2014

Tips Kesihatan Menurut Islam

Sumber: Google
Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Ia dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sain telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung dicelah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Wednesday, 21 May 2014

Rahsia Bentuk Wajah :

Sumber: Google


BUJUR SIRIH....
Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong..
Keperibadiannya:-
Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego...

BULAT....
Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam..
Keperibadiannya:-
Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati...

BERSEGI...
Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi...
Keperibadiannya:-
Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan,Agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A...

SEGI TIGA...
Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain...
Keperibadiannya:-
Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurg gemar memikirkan soal kesihatan diri...

NUF Skin Life

"Dia Ingat Dia Sudah Bagus" - LCW

Sumber: Encik Google

Ermm...sifu sudah marah.
Itulah luahan perasaan Datuk LCW,
Aku kidnap berita ni kat Metro,
Ni sedutan sedikit sebanyak beritanya...
Nak baca lebih kena beli paper la..


Harian Metro 20/5/2014


U Follow I, I Follow U!!!


Mmm.....pagi2 dah start nak buat N3 mengarut hahaha
Lantakla..asalkan ada jugak!!

Aku ni jenis yang suke meng'follow' orang (betul ke perkataan tu?!Lantak ler!), 
tapi aku tak aspect orang nak follow aku balik. 
Bukan xnak...sapa yang xnak dapat follower ramai gitu,
perasan retis gitu hahaha

idakler nak perasan entah ape2...
cheq takla sampai perasan sampai macam tu 
masih lagi dalam keadaan yang waras campur agak gila2..

Semalam, aku banyak follow blog masakan dan blog sosial,
bangun pagi ni takla aku ngadap blog terus,
sambil2 buat kerja lain, dalam 8 lebih baru aku buka..
u know what...Kak Zakiepurvit follow blog aku,,
terasa macam dapat emas seketui 
hehehe
rasa macam semangat pula nak terus berblog walaupun sebelum ni blog aku bukan setakat suam2 kuku, tapi dah sejuk terus macam kutub utara.
Thanks Kak sebab follow blog saya yang serba kekurangan ni
blog yang merapu dan ntah apa2 ni hehe
ni link ke blog Kak, jangan lupa follow tau hehehe

http://zakiepurvit.blogspot.com/

Sunday, 18 May 2014

PETUA KECANTIKAN WANITA SELURUH DUNIA

Heliza Helmi  (Sumber: Google)
Nak tahu petua kecantikan wanita dari negara luar? 

Chile
Wanita Chile menggunakan ekstrak anggur untuk kecantikan wajah mereka. Apa yang mereka lakukan sangat mudah, cuma campurkan anggur merah yang telah dilenyek bersama 2 sudu tepung gandum dan lumurkan di muka selama 10 minit sebelum membilas muka dengan air. Anggur merah mengandungi anti –oksidan yang tinggi akan membuatkan kulit mereka lebih segar dan bercahaya.

Mesir
Wanita di Mesir menggunakan khasiat daripada susu untuk kulit putih dan licin. Seminggu 3 kali, wanita Mesir akan mencampurkan 2 cawan susu tepung bersama air di dalam tab mandi dan akan berendam selama 30 minit – 1 jam. Di fahamkan juga, petua ini adalah petua rahsia kecantikan Permaisuri Cleopatra pada zaman dahulu.

Greece
Minyak zaitun sememangnya popular di negara-negara Mediterranean. Wanita di Greece menggunakan sepenuhnya khasiat minyak Zaitun terutamanya dalam masakan. Masyarakat di Greece amat menyukai hidangan yang berunsurkan ikan, sayuran dan buahan segar. Campuran minyak zaitun bersama hidangan membuatkan makanan bukan sahaja berkhasiat malah bertambah lazat.

Itali
Wanita di Itali juga menggemari penggunaan minyak zaitun . Minyak zaitun yang dicampurkan bersama yogurt segar di gunakan oleh mereka untuk menyihatkan rambut. Campuran itu membuatkan rambut mereka lebih sihat dan bercahaya.

Jepun
Sememangnya rakyat di Jepun sangat popular dengan hidangan mentah iaitu Sushi. Wanita Jepun sangat menggemari penggunaan rumpai laut bukan untuk hidangan sushi tetapi untuk mask rambut! Apa yang mereka lakukan, mereka merebus rumpai laut dan melumurkan di rambut sebelum mandi.

Sweden
Wanita Sweden menngunakan ekstrak the hijau sebahagai toner muka. Kandungan anti oksidan didalam the hijau tersebut membantu mengeluarkan sel-sel mati dan menyegarkan kulit. Wanita Sweden juga percaya bahawa sauna mampu mengeluarkan toksik dalam badan. Setelah bersauna, mereka akan melumurkan minyak zaitun ke badan sebelum membilasnya dengan air sejuk.

Friday, 16 May 2014

KEBAIKAN HALIA


Memang terbukti halia adalah satu asas makanan yang pasti ada di dapur anda. Halia bukan sahaja digunakan dalam masakan dan minuman, tetapi dalam ubat – ubatan tradisional juga.

Menurut seorang doktor di India, halia yang kaya dengan mineral bermanfaat seperti kalsium, fosforus, besi, magnesium, zat besi dan beberapa mineral penting yang lain . Disebabkan itu juga, halia sangat popular di kalangan masyarakat India untuk mengubati masalah penghadaman dan juga pernafasan.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tips untuk anda pelbagaikan penggunaan halia. Lihat senarai di bawah.

Halia sebagai pembuka selera
Apabila anda makan halia sebagai pembuka selera, ia dapat mengelakkan anda daripada diserang penyakit pedih hulu hati selepas makan. Ia juga meningkat sistem penghadaman anda dengan membuang toksin. Cara makannya, hiris halia dan sejukkan seketika. Jika anda tidak tahan rasa pahitnya, gaulkan dengan sedikit gula dan perah sedikit air limau nipis dan kunyah halia sebelum makan.

Halia pengganti ubat selsema dan batuk
Jika tiba-tiba anda diserang selsema dan batuk di tengah malam dan tidak mempunyai ubat batuk di rumah, apa yang ada boleh buat adalah rebus halia dan minum jusnya. Terbukti halia akan membantu menghilangkan batuk dan selsema anda sekurang-kurangnya sehingga esok pagi. Halia juga membantu mengurangkan pening kepala termasuk migrain. Jadi, sesiapa yang susah makan ubat, boleh cuba tips ini.

Halia mengurangkan rasa loya ketika perjalanan jauh
Mungkin ada di antara anda yang berasa loya apabila memulakan perjalanan jauh. Tak kira la sama ada menaiki bas, kereta, kapal terbang ataupun bot. Jika ada mengalami rasa loya itu, kemam halia dalam mulut anda. Halia akan memudahkan enzim percernaan yang membolehkan proses pencernaan dengan cepat. Halia juga dapat membantu anda menstabilkan kembali rasa loya tersebut.

Halia pengubat sakit otot
Halia kering mempunyai analgesic dan anti radang yang digunakan secara terapeutik untuk mengurangkan sakit sendi dan radang artritis. Lebihkan penggunaan halia dalam masakan anda ketika anda mengalami sakit ini. Sedikit sebanyak ia dapat meredakan sakit anda.

Selamat mencuba!

Hukum Buka Facebook Masa Bulan Ramadhan

Apa agaknya hukum menziarahi dan bertandang di Facebook semasa bulan Ramadan? Mungkinkah hukumnya haram? Atau barangkali juga makruh? Jika ia haram, apa yang akan berlaku terhadap puasa kita, dan jika ia makruh apakah mungkin ia akan memberi kesan terhadap pahala puasa kita?

Sebelum kita membuat sebarang kesimpulan berkenaan aktiviti ini, adalah baik sekiranya kita memahami terlebih dahulu tentang Ramadan itu sendiri dan apa yang diharapkan oleh agama Islam terhadap umatnya. Apakah sebenarnya pandangan Allah terhadap bulan Ramadan.

Di hujungnya nanti, barulah akan kita akan faham di mana letaknya Facebook dan yang seangkatan dengannya di sisi Ramadan.

Pada suatu ketika pada bulan Syaaban dan ia merupakan hari yang terakhir dalam bulan Syaaban berkebetulan ia merupakan hari Jumaat, Rasulullah SAW menyampaikan khutbah Jumaat kepada umat Islam yang berkaitan dengan Ramadan. Ujar Baginda SAW, Ramadan merupakan bulan yang agung kerana di dalamnya sarat dengan keberkata dan salah satu malamnya, mempunyai nilai yang jauh lebih baik berbanding seribu bulan.

Padanya bulan itu terdapat kewajipan pelaksanaan puasa. Dalam khutbah berkenaan juga, Rasulullah SAW turut menyebut tentang ganjaran-ganjaran yang bakal diraih oleh individu Muslim yang melaksanakan ibadah fardu dan amalan-amalan sunat (Mafhum Hadis yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi).

Manakala dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, antara mesej yang hendak disampaikan ialah fahaman bahawa setiap amalan yang dikerjakan oleh manusia itu adalah untuk dirinya sendiri (manfaatnya adalah untuk yang melakukannya). Walau bagaimanapun, puasa itu adalah untuk  Allah SWT.

Apabila disebut ia adalah “untuk Allah”, bermakna puasa itu merupakan suatu persembahan makhluk ataupun hamba kepada Pencipta atau Tuhannya. Manifestasi ketundukan, kepatuhan atau ketaatan oleh seorang hamba yang tidak punya sebarang daya kecuali dengan izin Tuhannya.

Ibarat seseorang yang ingin memberi hadiah kepada orang yang dikasihi, tentulah ia akan memilih barangan yang hebat dan berkualiti tinggi untuk dijadikan sebagai hadiah dan persembahan kepada orang yang disayangi. Maka, sewajarnya kualiti puasa yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT adalah puasa yang berkualiti tinggi.

Jika logam emas mempunyai  gred-gred yang tertentu, sedangkan  emas itu sendiri sudah merupakan logam yang bernilai tinggi, begitulah analoginya untuk puasa, yang kita bicarakan di sini puasa dalam bulan Ramadan.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab beliau, Ihya Ulumuddin, terdapat tiga tingkat  puasa iaitu, iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagI. Puasa umum berada di tingkat yang paling bawah iaitu puasa yang sekadar menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang menyebabkan terbatalnya puasa.

Manakala puasa khusus pula (tingkat kedua), di samping menahan perkara-perkara yang dinyatakan tadi, turut memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Ataupun, menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh mengurang atau menghilangkan pahala puasa.

Sementara puasa khusus yang lebih khusus (tingkat teratas) adalah menahan hati dari segala hasrat yang sia-sia dan bertahan daripada memikirkan perkara-perkara yang bersifat duniawi semata-mata. Tidak ada perkara yang difikirkan dan dihayati melainkan Allah SWT sahaja.

Kembali kepada persoalan utama tentang lawatan ke Facebook yang sebenarnya boleh juga digunakan dalam mencari rumusan tentang sebarang aktiviti di internet dalam bulan Ramadan. Setelah difahami tentang ketiga-tiga tingkatan puasa, atau tiga jenis kualiti puasa, maka di sinilah kita akan hubung kaitkan dengan aktiviti  “berziarah” dan “bertandang” ke laman-laman sosial di internet--tentang implikasinya terhadap puasa  yang sedang dilaksanakan.

Sebenarnya, jika lawatan kita ke internet itu menyebabkan kita melihat perkara-perkara yang ditegah, tentunya ia akan mengurangkan bahkan barangkali melupuskan pahala puasa, bahkan, kita mungkin akan mendapat dosa sekiranya mata kita melihat atau melayari perkara-perkara maksiat.

Selagi apa yang wujud dalam internet itu tidak menyebabkan puasa kita terbatal, maka puasa kita tetap sah tetapi ia sesuatu yang tidak menguntungkan kita, sedangkan sebagai umat Islam kita amat disarankan untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin ketika dalam bulan Ramadan.

Pada saya, Facebook ialah perkampungan maya, setiap pemilik akaun merupakan tuan rumah dan friends adalah jiran-tetangga. Dalam perkampungan maya ini, terdapat “kedai”, “tempat hiburan”, “berita atau maklumat terkini”, “bank resepi” dan pelbagai bentuk informasi. Kita bebas menyapa jiran-tetangga, begitu juga sebaliknya.

Seperti dalam kehidupan realiti, kita juga bebas untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Persoalannya, apakah bahan yang dijadikan sebagai bahan bualan? Apakah bahan-bahan yang boleh meningkatkan kualiti iman atau, sebaliknya adakah kita berbual tentang hal yang sia-sia?

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Muslim, Rasulullah SAW memberi amaran kepada umat Baginda yang sedang menjalani ibadah puasa dengan mengatakan bahawa terdapat lima cara pahala puasa musnah sama sekali iaitu dengan berbohong, mengumpat, mengadu domba, bersumpah palsu dan melihat sesuatu dengan hawa nafsu.

Tentu kita tidak menafikan bahawa semua aktiviti yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah SAW ini boleh berlaku dalam Facebook dan yang seangkatan dengannya.

Facebook merupakan medium semata-mata, tetapi manusialah yang akan menjadikan ia sebagai sesuatu yang boleh memangkinkan pahala ataupun sebaliknya. Telah pun dinyatakan sebelum ini bahawa Facebook ibarat sebuah kampung dalam bentuk maya.

Jika kita seorang yang cintakan agama, tentunya kita akan mencintai puasa kita dan seterusnya kitalah yang akan menjadikan suasana akaun Facebook yang dimiliki sebagai suasana yang memelihara pahala puasa. Bukankah kita boleh mewujudkan sebuah perkampungan yang mesra Ramadan?

Pilihlah jiran-tetangga yang akan mempunyai jiwa yang mencintai Islam, tentunya kita tidak akan gundah dengan pahala puasa kita. Ini kerana, status-status yang akan kita baca di halaman rumah kita hanya status yang baik-baik.

Akan wujudlah perkampungan yang akan saling ingat-mengingati. Perkampungan maya yang baik akan mempengaruhi pemikiran yang baik dari semua aspek termasuklah untuk menghargai masa yang ada. Contoh yang mudah adalah, pada setiap hari Jumaat akan ada pemilik akaun yang mengemas kini statusnya dengan menyatakan kebaikan membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Status sebegini sebenarnya mampu memberi pengaruh kepada friends dan menarik friends untuk membaca al-Quran.

Ujar Rasulullah SAW, “Perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Ada kalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya” (Hadis riwayat Bukhari).

Maka, untuk merumuskan apakah hukumnya melawat Facebook semasa Ramadan, hukumnya ada pada diri kita.Tepuk dada, tanyalah iman.



Wednesday, 14 May 2014

Al-fatihah ~ Takziah BFF


Terlebih dahulu aku nak sedekahkan al-fatihah kepada ibu kawan baik aku, Najmi Binti Alias (tengah) di atas pemergiannya ke rahmatullah 14hb Mei 2014. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya. 
Aku harap Najmi tabah dan bersabar di atas pemergian orang tersayang. 
Amin.


Sunday, 11 May 2014

10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK



Tidak mengambil sarapan pagi. Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

Terlebih makan. Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

Perokok.. Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

Penggunaan gula yang berlebihan. Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

Pencemaran udara. Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

Terlebih tidur. Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

Menutup muka ketika tidur. Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat. Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

Kurang berimiginasi. Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

Jarang berfikir. Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Apa makna Stiker yang dilekat pada buah-buahan & Sayuran??


Kenapa setiap buah-buahan & sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar.
Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?

Ni adalah perkara asas yang perlu korang tahu apabila membaca label :

Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU ini bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So, please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8”, ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Contohnya pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.



Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9”, ini bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.. Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.


Bukan Kerana Aku Tak Cinta..............habis sudaaa......

Walaupun N3 ni dah macam lapuk tapi aku tetap nak post jugak...


Puas hati aku...habis sudah drama meletops tu!!
Good Job to E-Man Sufi kerana idea dan persembahan dalam gaya penulisan yang bagus!
Erkk....tu drama la ngok, bukan buku!!
Ish, tp aku 2,2 tengok dan baca hehehe....


(image: En. Google)

Masih terbayang aku dan suami aku berebut tiket depan bila drama ni nak start hahaha...So sweet..kalah tengok movie kat panggung.......