Khamis, 23 April 2015

Mood Berubah Bila Bawak Budak


Assalamualaikum...

Pernah dengar mood swing?
Lebih lebih lagi bila time pregnant.
Saya?
Almost time...
Sampaikan orang pun dah fedup dengan saya.

Sumber: En. Google

Selalunya mood swing ni kerap kali terjadi bila kita berbadan dua, bertiga, berempat dan seterusnya.......
maksud saya, pregnant la!
Aikk...apsal ada berdua, bertiga, berempat dan setrerusnya!
yerla kan, kadang-kadang ada yang pregnant kembor kan!
Ate kome nih...lambat benir pikapnyerrr!!!
huhuhuuhu


Sumber: En. Google

Saya pernah mengalaminya sewaktu mengandungkan anak pertama dulu.
Sampaikan suami cakap saya lain macam
Asyik nak marah saja!
Setiap orang mempunyai pengalaman mengandung yangberbeza.
Tidak semestinya apa yang kita lalui, sama dengan orang lain!
Ada yang tidak blh bau badan suami time mengandung, 
dan ada yang nak berkepit 24 jam saja!

bagi suami, dia kenalah memainkan peranan yang penting!
Sebelum nak ambil ati dengan perangai isteri yang kadang-kadang mencabar kesabaran,
fikir dulu apa yang isteri sedang lalui!
Morning sickness ni toksah dok habaq la,
tiap2 pagi dok muntah
tu yang belum, bila makan ja keluar balik!
itu tak blh bau, ini tak blh makan!
Seorang suami kena hadapi dengan sabar dan penuh kasih sayang
Ingatlah isteri sedang carry anak kita, zuriat kita,
hasil daripada kasih sayang dan rasa cinta bersama!

9 bulan insya allah, dia akan membawanya dalam rahimnya!
Selepas itu, melahirkannya pula! 
Para suami, jika boleh, masuklah bersama-sama isteri semasa isteri bergelut nak melahirkan zuriat kita.
Masuklah untuk memberi semangat dan kekuatan semasa dia sedang berusaha sepenuh tenaga untuk anak kita!

Seorang suami yang baik, akan sentiasa di sisi isterinya!
Seorang suami yang penyayang, selalu berada di samping bidadari syurganya!

Wassalam!

Rabu, 22 April 2015

Pinjam Barang Senyap2, Pulang Balik Pun Senyap-senyap!!

Assalamualaikum.
Pernah tak berlaku kepada korang?

Sumber: Google
 Saya?? Selalu sangat!! Tapi bukan saya yang meminjam, tapi kawan-kawan yang banyak pinjam dari saya. Alhamdulillah, 
Tapi, bukan isu saya bagi orang pinjam yang saya nak cakap kat sini...
Saya nak cakap pasal orang yang ambik barang atau pinjam barang senyap-senyap,
tapi pulangkan balik pun senyap2!!
Gimana tu eh??

Saya tertarik dengan isu dari Sinar FM pagi ni?
Ada betul jugak dorang cakap!
Bila kita nak guna jer barang tu, barang tu xde!
Tapi, bila kita tengok balik, aikkk....dah ada la!!

Sumber: Google
.

Bukan tak blh bagi pinjam,
i ok you know!! you want to borrow something. u must tell me then!!
chewah, cakap omputih tu! ko hado!

Menurut ustaz haslin tadi,
berdosa jika kita pinjam barang tanpa pengetahuan dari tuannya dan memulangkannya pun tuannya tidak tahu! Ha...cepat ngaku sape yang selalu macam tu!
Tetapi, jika semasa menghantarnya, mereka memberitahu tuannya, tidak menjadi satu dosa jika tuannya membenarkan!
Kebiasaannya, perkara ni terjadi di antara seseorang yang kita rapat sahaja!
Korang berani ke nak buat macam tu kat orang lain yang korang tak kenal!
tobat idok nyer!!

Wassalam


Selasa, 21 April 2015

Selamat Hari Bumi


Assalamualaikum.....

Pagi2 lagi saya dah mendengar celoteh KE, Krill & Abam Jem
Boring dengan jem ke tempat kerja tak la terasa sangat
Pagi ni aku dengar isu
'Hari Bumi"
Ermm....aku dah ketinggalan ke @ aku sorang je yg xtahu huhuhu
Bikin malu saja

Hari ni merupakan Hari Bumi Sedunia 
Duta yang terlibat ialah Maya Karin
Hehehe...aku suke dengar suaranya yang besar dan keperempuanan tu
Dengar ada slang baku sikit
Pendapat aku la!!

So, apapun, jagalah kebersihan dan sayangilah Bumi Kita!

Wassalam

Khamis, 16 April 2015

Nasi Goreng permata, Ayam Goreng Berempah


Assalamualaikum,

kembali bersiaran huhuhu
Macam Astro lepas hujan lak yer!!
Arini nak tayang resepi Nasi Goreng, Ayam Goreng Berempah
Requested tetap dari Mr. Hubby,

nak makan macam kat kedai punya!!
Adoiii....macam2 hal huhuhuhu

Insya allah, menepati selera semua.

Nasi Goreng Permata

Bahan-bahan:-)

Bahan-bahan:
2-3 mangkuk nasi
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu cili giling
1 sudu kicap manis
Sedikit sayuran campur (mix vege frozen)
2 biji telur 
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Tambahan:
Timun
Daun bawang
Sos cili
Sosej
Telur dadar

Cara-cara:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan cili giling. Masukkan kicap, garam dan serbuk perasa. Masukkan telur dan kacau hingga telur jadi berketul2. Kemudian masukkan sayuran. Masukkan nasi dan gaul sehingga sekata. Masakkan hingga nasi berwap. Barulah diangkat dan dihidangkan.


Ayam Goreng Berempah
1 ekor ayam- di potong 12 ketul (dibersih dan ditoskan)
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar rempah kari

Bahan Kisar

1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai

(bahan kisar di blander dan ditos airnya)

Gaulkan ayam bersama bahan kisar, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari. Perap sebentar dan goreng seperti biasa.



# Saya kalau nak buat nasi goreng, saya lebih suke menggunakan nasi sejuk yang dimasak semalaman. Dimasukkan ke dalam typerware dan di letakkan dalam peti sejuk. So, nasi goreng akan jadi cantik dan tidak berketul atau lembik. Nasinya akan berderai saja tidak melekat.

#Jika nak memasak Ayam Goreng Berempah yang kelihatan kering dan menyelerakan, hanya gaul bahan kisar yang ditoskan airnya untuk mengelakkan ayam gereng basah diluar dan tidak cantik. Air bahan kisar tadi boleh dimasukkan ke dalam nasi untuk dibuat nasi ayam atau di masukkan ke dalam sup ayam untuk dimakan bersama - sama nasi goreng ayam tadi. 


Sekian dulu sampai di sini!

Wasalam. 

Isnin, 13 April 2015

Beger Daging Special - Menu Balik Bercuti


Assalamualaikum..
Waa...... mood malas berblog dah datang kembali
Puas ku tepis namum apakan daya
Nak jugak penyakit M menempilkan diri 
Apapun, badan yang keletihan baru balik dari bercuti,
aku gagahkan untuk menaip sepatah 2 kata,
sengaja menyemakkan diri dalam dunia blog.
Hanya sekadar diari untuk tatapan di masa hadapan!

Aku ni jenis yang cerewet pasal makanan, lebih2 lagi kalau Western.
namun, beger abg Long kat taman aku ni, aduh..kecuq ayaq liuq aih (loghat utagha mai dah!!!)
memang meleleh...tapi selalunya aku makan dengan hubby aku la,
xhabis habaq hang....

sampai sini jerla...
nanti i share pasal g bercuti tu.
kat mana??
tunggu sat nah!!!

Wassalam

Khamis, 2 April 2015

Nasi Goreng Macam-Macam ada


Salam sejahtera.

Sebenarnya menu ni mr. hubby yang wassup. Lokasi kedai area Seberang Jaya,
Berdepan dengan Subaidah, Nasi Kandar!
Mr. Hubby bagi 5*
Sebab ape???
Sebab lauknya banyak hahahaha
My hubby memang suke makan lauk
Nasi xmakan pun xpe
Takperlah abg, asalkan xsakit udah ler!
Lepas ni blh ler bawak saya g merasa jugak
Buat menambah lemak yang sedia ada nih!!

Wasalam.