Khamis, 16 April 2015

Nasi Goreng permata, Ayam Goreng Berempah


Assalamualaikum,

kembali bersiaran huhuhu
Macam Astro lepas hujan lak yer!!
Arini nak tayang resepi Nasi Goreng, Ayam Goreng Berempah
Requested tetap dari Mr. Hubby,

nak makan macam kat kedai punya!!
Adoiii....macam2 hal huhuhuhu

Insya allah, menepati selera semua.

Nasi Goreng Permata

Bahan-bahan:-)

Bahan-bahan:
2-3 mangkuk nasi
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu cili giling
1 sudu kicap manis
Sedikit sayuran campur (mix vege frozen)
2 biji telur 
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Tambahan:
Timun
Daun bawang
Sos cili
Sosej
Telur dadar

Cara-cara:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan cili giling. Masukkan kicap, garam dan serbuk perasa. Masukkan telur dan kacau hingga telur jadi berketul2. Kemudian masukkan sayuran. Masukkan nasi dan gaul sehingga sekata. Masakkan hingga nasi berwap. Barulah diangkat dan dihidangkan.


Ayam Goreng Berempah
1 ekor ayam- di potong 12 ketul (dibersih dan ditoskan)
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar rempah kari

Bahan Kisar

1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai

(bahan kisar di blander dan ditos airnya)

Gaulkan ayam bersama bahan kisar, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari. Perap sebentar dan goreng seperti biasa.



# Saya kalau nak buat nasi goreng, saya lebih suke menggunakan nasi sejuk yang dimasak semalaman. Dimasukkan ke dalam typerware dan di letakkan dalam peti sejuk. So, nasi goreng akan jadi cantik dan tidak berketul atau lembik. Nasinya akan berderai saja tidak melekat.

#Jika nak memasak Ayam Goreng Berempah yang kelihatan kering dan menyelerakan, hanya gaul bahan kisar yang ditoskan airnya untuk mengelakkan ayam gereng basah diluar dan tidak cantik. Air bahan kisar tadi boleh dimasukkan ke dalam nasi untuk dibuat nasi ayam atau di masukkan ke dalam sup ayam untuk dimakan bersama - sama nasi goreng ayam tadi. 


Sekian dulu sampai di sini!

Wasalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan