Thursday, 17 July 2014

MH17: Tragedy Again!

Salam.


Tragedi terjadi lagi.
Kali ni melibatkan kapal terbang milik MAS juga, MH17
Subhanallah...
MH370 belum ditemui, kita dikejutkan dengan berita MH17 dibom jatuh dan terhempas!
Lagi berita boleh rujuk di SINI 

Takziah kepada semua yang terlibat.
Sumber: news.nationalpost.com






Tuesday, 8 July 2014

Allahyarham Ahmad Raziq Farhan B. Roslan Dalam Kenangan



Hari Sabtu lepas, 
kami dikejutkan dengan berita sedih.
Adik sepupu kami (anak Paksu, sebelah abah) yang amat rapat dengan kami terutama sekali mak & abah
telah kembali ke rahmatullah!

Jodoh, pertemuan, ajal, maut...semuanya di tangan Allah SWT, rahsia Allah yang tidak kita ketahui. 
Akibat dari kemalangan yang berlaku di satu selekoh merbahaya diantara motosikal yang ditunggang oleh arwah dan kawannya dengan sebuah lori pasir, menjadi punca arwah digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian , manakala kawannya patah pinggang dan masih lagi menerima rawatan di wad ICU Hospital Sungai Petani. Kemalangan itu dikatakan terjadi akibat daripada lori pasir yang dipandu laju dan merbahaya. 

Sedikit cerita sedih untuk keluarga arwah...

Allahyarham Ahmad Raziq Farhan Roslan merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik dan merupakan satu2nya anak lelaki dalam keluarga mereka. Dia juga dikatakan sebagai sulung ganti kerana kakaknya yang sulung telah meninggal dunia akibat lemas di Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah (bila tak ingat la pula).

Kebetulan atau suratan, hanya Allah SWT yang maha mengetahui.

Arwah kakaknya meninggal dunia selepas tokwan meninggal dunia lebih kurang anggaran masa 4 bulan. Dan arwah juga meninggal dunia selepas tok meninggal dunia dalam bulan 2 yang lepas. Arwah kakaknya meninggal dunia pada penghujung bulan Ramadhan dan arwah meninggal dunia pada awal bulan Ramadhan. Subhanallah, maha suci Allah. 
Allah menjemput kalian di dalam bulan yang mulia.

Aku hanya mampun berdoa dalam diam. Aku hanya mempu mengucap panjang. Aku juga pernah mengalami keguguran diusia kandungan 6 bulan, aku juga pernah merasa perasaan kehilangan. Aku juga tahu pedihnya apabila mengetahui anak yang kita sayang dan kita kandung telah tiada. La illa ha illa anta..........

Semoga roh arwah dan roh orang2 yang telah meninggal dunia dicucuri rahmat.

PERKAHWINAN TERSINGKAT ERA INI

Picture: Sumber dari En. Google

Britney Spears

Pada Januari 2004, Britney Spears, 32, pernah melakar sejarah membina perkahwinan singkatnya iaitu selama 55 jam bersama teman zaman kanak-kanak­nya, Jason Allen Alexander.

Pasangan itu melangsung­kan perkahwinan singkat itu di gereja The Little
White Wedding Chapel, Las Vegas.

Kira-kira enam bulan kemudian, tanpa rasa bersalah Spears mengumumkan pula berita pertunangannya ­dengan Kevin Federline.

Hubungan cinta Britney dan Federline juga berlaku dalam tempoh singkat selepas tiga bulan berkenalan. Ketika itu, Federline baru putus cinta dengan aktres Shar Jackson.

Pada 18 September 2004, Spears dan Federline ­bernikah secara senyap dan hanya mendaftarkan perkahwinan itu selepas tiga minggu mereka bersama.

Hasil perkahwinan Spears dan Federline yang akhir­nya membawa haluan hidup masing-masing selepas tiga tahun hidup bersama dikurniakan dua anak lelaki Sean Preston Federline, 8, dan Jayden James Federline, 7.



Kim Kardashian

Sebelum berkahwin ­dengan bintang Rap terkenal, Kanye West pada 24 Mei lalu, Kardashian, 33, pernah mengejutkan peminatnya apabila memfailkan cerai terhadap bekas suaminya, Kris Humphries yang juga atlet ternama.

Kardashian yang berkahwin dengan Humphries di Montecito, California pada 20 Ogos tahun lalu memfailkan perceraian selepas 72 hari mereka bergelar suami isteri.

Meskipun dihimpit ­pelbagai kontroversi dan kisah sensasi disebabkan ­perceraian itu, Kardashian tetap meneruskan kehidupan­nya tanpa perasaan kecewa.

Kini misi pencarian cinta Kardashian nampak­nya berakhir apabila dia dan West dapat bersatu juga selepas ­berjuang bersama menghadapi kontroversi yang
timbul.



Drew Barrymore

Selain Britney, bintang tenama Hollywwod yang sering kecundang dalam perkahwinan adalah Drew Barrymore. Pada usia 16 tahun sekitar 1991, Barrymore sudah gagal dalam hubungan cintanya.

Kisah pertunangan Barrymore dengan Leland Hayward putus selepas beberapa bulan diikat. Begitu juga dengan pertunangannya bersama pemuzik, Jamie Walters yang bertahan selama setahun.

Tidak serik mencari cinta sejati, pada usia 19 tahun Barrymore berkahwin dengan suami pertamanya, Jeremy Thomas dan mereka bercerai dua bulan selepas berkahwin.

Pada Julai 2000, Barrymore mengikat pertunangan dengan pelakon komedi Hollywood, Tom Green dan berkahwin pada Julai 2001. Namun, mereka akhirnya mengumumkan perceraian pada Disember tahun yang sama.

Tak kenal erti kecewa, Barrymore menjalin cinta lagi dengan pemain dram kumpulan The Strokes, Fabrizio Moretti pada 2002. Mereka bercinta selama lima tahun dan berpisah pada Januari 2007.

Masih tidak putus asa mencari cinta sejati, akhirnya pada 2011 Barrymore menjalin kasih dengan anak jutawan, Arie Kopelmen dan berkahwin. Nampaknya masih dalam ‘mood’ bahagia, pasangan ini memiliki dua anak dikurniakan Olive Barrymore Kopelman, 2, dan Frankie Barrymore Kopelman, baru berusia dua bulan.


Jimmy Shanley dan Nursuhaila Suhaimy
Tempoh perkahwinan: 20 hari

Pengacara Akademi Fantasia 8 (AF8) dan Trek Selebriti, Jimmy Shanley bertunang dengan Nursuhaila Suhaimy atau Suhaila pada 11 Jun 2010 di Sunway Rahman Putra, Sungai Buluh, Selangor.

Seterusnya Jimmy yang berusia 30 tahun ketika itu diijabkabul dengan Suhaila, 24, di kediaman keluarga isterinya pada 1 Oktober 2010 dan keesokannya mengadakan majlis resepsi perkahwinan ­gilang gemilang di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Bagaimanapun selepas 20 hari berkahwin, rumah tangga pasangan ini mula retak menyaksikan kedua-duanya tinggal berasingan dan turun naik mahkamah di Shah Alam untuk proses bercerai.

Hampir dua tahun menyelesaikan kemelut ini, Jimmy dan Suhaila sah bercerai talak satu pada 10 Oktober 2012. Pasangan ini dikurniakan anak, Zahra Rania Shanley yang kini berusia tiga tahun.

Jimmy, 34, kini bahagia dengan perkahwinan keduanya dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, 26, pada 8 Jun lalu di Hotel Concorde Shah Alam.

Diharapkan perkahwinan ini membahagiakan sekali gus merealisasikan impiannya untuk mencari isteri yang mampu membawanya hingga ke Jannah.


Beego dan Intan Shahira
Tempoh perkahwinan: 10 hari

Pelakon Beego atau nama sebenar­nya Mohd Aszerul Nizam Abdullah yang berkahwin pada usia 26 tahun dengan Intan Shahira Mohd Shahru, 25, pada 29 Disember 2007 mungkin memegang rekod sebagai artis tempatan yang mengecapi alam rumah tangga paling singkat.

Biarpun sembilan tahun bercinta, pasangan ini mengecap nikmat kebahagiaan 10 hari saja sebelum mengalami masalah rumah tang­ga.

Hampir dua tahun naik turun mahkamah di Kuala Lumpur, mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 16 Mac 2009.

Beego, 34, kemudian berkahwin dengan pelakon Linda Hashim, 30, pada 8 Jun tahun lalu selepas bercinta selama dua tahun.

Dia sudah melupakan kisah silam yang pahit dan rumah tangganya bersama Linda kini bahagia dengan kelahiran cahaya mata, Jelita Clarissa pada 23 April lalu
di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur.


Abby Abadi dan Farhan
Tempoh perkahwinan: Hampir setahun

Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon Gerak Khas ini mendirikan rumah tangga ­dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5.

Abby, 37, kemudian berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar atau Farhan, 24, secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand biarpun baru dia minggu berkenalan.

Bagaimanapun belum sempat menyambut ulang tahun perkahwinan pertama, pasangan ini sah bercerai talak satu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 11 Jun lalu.

Proses menuju perceraian ini berlangsung penuh kontroversi di mana kedua-dua belah pihak saling tuduh menuduh.

Farhan sudah melafazkan cerai pertama sekitar Januari lalu, tetapi mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak kerana lafaz berkenaan tidak memenuhi rukun dan syarat talak.

Abby kelihatan tenang reda dengan perpisahan itu dan menyatakan sudah berusaha dan berdoa, tetapi tidak nampak jalan. Semoga kebahagiaan akan berpihak kepadanya suatu masa nanti.


Adam dan Fiza
Tempoh perkahwinan: Tujuh bulan

Meskipun berkahwin atas dasar cinta, namun mahligai rumah tangga yang dibina penyanyi dan pelakon Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, bersama pelakon Siti Zaidatul Fiza Abd Halim (Fiza), 33, hanya bertahan tujuh bulan.

Mereka yang hanya berkenalan selama dua bulan selamat dinikahkan pada 26 September tahun lalu di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam dan sah bercerai pada 28 April lalu.

Tiada persefahaman dan isu gambar dalam laman Instagram menjadi punca utama perceraian pasangan itu. Apapun, ia adalah kegagalan kali kedua Fiza dalam perkahwinan.

Fiza yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum bernikah dengan Adam turut memiliki dua orang cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5, menerusi perkahwinan pertamanya.


Chef Riz dan Ana Dahlia
Tempoh perkahwinan: Hampir setahun

Diperkenalkan sendiri oleh adiknya pelakon Serina Redzuawan, tempoh tiga bulan menjalin hubungan cinta sudah cukup buat chef selebriti Mohd Nadzri Redzuawan atau dikenali sebagai Chef Riz menyunting pelakon Ana Dahlia sebagai isteri.

Berkahwin atas dasar cinta, hubungan pasangan ini yang tiba-tiba saja dilanda badai berkesudahan dengan perceraian pada November 2012 sebelum mereka sempat meraikan ulang tahun perkahwinan yang pertama.

Chef Riz, 32, dan Ana Dalia atau Diyana Mastura Jaafar, 31, bernikah pada 11 Disember 2011 memilih keputusan bercerai selepas mendapati tiada persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Ana dalam kenyataan­nya juga pernah memberitahu kegagalan rumah tangga bersama Chef Riz itu berkemungkinan turut berpunca daripada sikap terburu-buru mereka membuat keputusan berkahwin kerana berkenalan dalam tempoh singkat.

Bagaimanapun, perceraian dengan Chef Riz juga bukanlah kegagalan pertama Ana dalam rumah tangga kerana dia pernah berkahwin sebelum itu.

Kini, selepas hampir dua tahun hidup menjanda, Ana sudah bertemu pengganti dan dalam proses merancang perkahwinan baru.

Sunday, 6 July 2014

BENDA yang tidak harus dipakai ketika bersenam



Nur Safina Othman (TUPAI.COM.MY)

FABRIK KAPAS

Elakkan daripada memakai pakaian senaman yang diperbuat daripada fabrik kapas 100 peratus. Walaupun ia mungkin pilihan yang selesa dan dingin, namun kapas akan menyerap kelembapan dan apabila ia kering perlahan-lahan, anda akan terasa seperti peluh melekat pada badan anda. Selain daripada itu, ia akan menyebabkan jerawat atau kegatalan kulit. Pilih pakaian senaman yang diperbuat daripada fabrik sintetik dan nipis yang direka khas untuk menghalang peluh melekat pada kulit.

PAKAIAN SENAMAN MENGGELEBER

Pakaian yang menggeleber atau besar memang selesa lebih-lebih lagi ketika bersenam, tetapi ia juga mungkin menyebabkan tersangkut pada alat senaman atau menyukarkan anda melakukan pergerakkan. Ini boleh menyebabkan kecederaan pada badan anda. Tidak perlu memakai pakaian senaman yang diperbuat daripada spandeks, tapi pastikan ia mengikut badan dan tidak terlalu menggeleber.

KASUT SUKAN YANG TIDAK DALAM KEADAAN BAIK

Pemilihan kasut sukan amat penting kerana ia perlu memberi sokongan yang diperlukan ketika bersenam. Jika anda masih memakai kasut koyak atau tapak kakinya sudah tertanggal, sudah tiba masanya anda mendapatkan yang baru kerana kasut lama mungkin mendatangkan kecederaan atau ketidakselesaan. Menurut jurulatih peribadi Melissa Paris, jika anda berlari dua hari seminggu, sepasang kasut baru setiap setahun sudah mencukupi. Namun jika anda berlari enam hingga tujuh hari seminggu, anda harus menggantikan kasut sukan anda setiap tiga bulan.

BRA SUKAN YANG TIDAK BERI SOKONGAN

Ini sangat penting buat semua wanita yang bersenam. Jika baju dalam atau bra sukan anda tidak memberi sokongan yang diperlukan ketika bersenam, pasti anda tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kerana berasa tidak selesa dan kurang yakin. Pemilihan bra sukan yang baik akan melindungi ligamen dan tisu pada dada anda daripada meregang berlebihan. Pastikan bra yang dipilih bersesuaian dengan aktiviti senaman yang anda ingin lakukan dan memberi keselesaan.

AKSESORI

Elak daripada memakai aksesori tergantung atau terkeluar seperti subang, gelang, cincin dan sebagainya yang mungkin akan menyebabkan ia tersangkut dengan mana-mana alat senaman. Ia bukan sahaja tidak selesa, malah mungkin akan menyebabkan aksesori anda rosak. Letakkan aksesori anda di dalam beg atau loker simpanan sebelum memulakan senaman.

MINYAK WANGI DAN LOSYEN

Ya, bersenam akan mengeluarkan peluh yang mungkin akan memberi bau kurang menyenangkan. Namun tidak bermakna anda perlu memakai minyak wangi dan losyen untuk menutup bau tersebut. Ini kerana bau minyak wangi yang kuat dan campuran peluh mungkin akan membuat anda sakit kepala. Malah penggunaan losyen juga boleh membuatkan kulit anda licin dan mungkin menyukarkan anda memegang alat senaman. Ia juga boleh mendatangkan kegatalan pada kulit anda. Cukuplah dengan pemakaian deodoran sahaja sebelum bersenam.


Diana Danielle enggan ulas isu cemburu


Ashraf Nasser (TUPAI.COM.MY)

Isteri kepada aktor Farid Kamil, Diana Danielle enggan memberi komen berhubung isu cemburu dan tidak puas hati selepas Nora Danish memuat naik gambar promosi filem "Pengantin Malam" yang mana memperlihatkan Nora memegang tangan suaminya.

"Tiada komen. Terima kasih," ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, tindakan Diana, 24, telah mengundang pelbagai respon kurang enak daripada pengikut laman sosial Instagram yang menganggap Diana bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Sebelum ini, Farid yang ditemui ketika pelancaran 'Kad Amal & Kad Ucapan Hari Raya' untuk filem "Lagenda Budak Setan 3" di Red Box Sogo, Kuala Lumpur baru-baru telah menjelaskan bahawa tindakan Diana itu hanyalah perkara biasa sebagai seorang wanita yang mempunyai perasaan cemburu terhadap orang yang dikasihinya.

"Perkara ini tidak perlu diperbesarkan dan saya harapkan pihak tertentu dapat maafkan tindakan dia. Saya anggap perkara ini tak perlu dijadikan isu kerana biasalah ianya luahan seorang wanita."


Friday, 4 July 2014

Kisah Bazar Ramadan 1

Semalam hari last keje...pastu sambut holiday 2 ari...mood masak pun dah terbang ke bulan hehehe....So, singgahla aku dinBazar Ramadan Taman Kucai, Kulim, Kedah. Bazar kecil ni hanya terdapat lebih kurang 30 buah gerai gitu. So, bagi saya xbanyak pilihan. Akhirnya, setelah 2 round aku pusing2, akhirnya aku singgah di gerai menjual nasi kerabu. Peniaganya tak banyak cakap ataupun tanya. Pergi jer tercongok kat depan tu, dia hanya bertanya

-nak berapa bungkus? Lauk apa?
aku hnya mengangkat telunjuk jari telunjuk (maknanya 1) terusnku tunjuk ke arah daging bakar.

Dia hanya melakukan tugasnya, dan akhirnya taraaaa......inila juadah bernuka puasa aku semalam bersama dengan air laicikang.


okla kan...harga pun berpatutan bagi saya yang penyakit malas datang, dalam RM 4.00
tambah dengan air laichikang aku RM2.00
so, RM 6.00 la saya berbelanja semalam. 
so, sekarang tengah pikiorrr...nak masak apa umtuk berbuka nanti sebab Mr.B (suami) nak balik nanti.
So, time to blog walking! 
byee

KHASIAT KACANG BENDI

By Azwa Iela (TUPAI.COM.MY)

Tahukah anda bahawa kacang bendi mempunyai banyak manfaat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Kacang bendi dikatakan amat bagus untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

Dalam perubatan tradisional pula, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Antara khasiat kacang bendi lain adalah seperti berikut:
  • Mencuci hati.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah. 
  • Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar. 
  • Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua. 
  • Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus. 
  • Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa. 
  • Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi. 
  • Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman. 
  • Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur. 
  • Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang baik.

Wednesday, 2 July 2014

Makanan baik untuk ibu hamil ketika Ramadan

 Azwa Iela (TUPAI.COM.MY) <MINGGUAN WANITA>


Asid folik
Salah satu vitamin dalam kelompok vitamin B untuk memproses perkembangan janin. Vitamin ini mampu mencegah kecacatan pada janin misalnya masalah tulang belakang atau lumpuh. Vitamin ini banyak ditemui pada sayuran hijau gelap seperti bayam, brokoli, asparagus, tempe, hati, cendawan, dan pisang.

Vitamin C
Vitamin ini berperanan membentuk kolagen pada kulit. Vitamin C jugaboleh menyembuhkan luka-luka dan daya tahan tubuh terhadap jangkitan kuman. Boleh didapati pada buah-buahan segar seperti limau, kiwi, betik, tomato, dan sayuran segar seperti bayam dan brokoli.

Vitamin D
Menambah kalsium dan fosfur dalam tubuh. Vitamin D mampu memperbaiki penyerapan kalsium dan alat pencernaan dan menyeimbangkan mineral dalam darah. Sumber makanan vitamin D boleh diperoleh dari tuna, ikan salmon, telur, susu penuh krim dan mentega.

Vitamin B12
Menjaga sel dalam badan untuk berfungsi secara normal. Terutama sel-sel saluran pencernaan, sistem urat saraf dan sum-sum tulang belakang. Vitamin B12 boleh didapati pada tempe, kicap, hasil ternakan dan hasil tenusu.