Tuesday, 28 June 2011

Salah Siapa..................

Hari ini macam biasala. Aku busy sikit dengan kerja yang tak pernah habis. Sambil-sambil mem'blog' gitu. Biasala, kerja HR macam aku ni, banyak nak kena pk pasal masalah orang. Padahal masalah sendiri pun belum settle lagi.

Aku nak cerita sikitla, sorang Staff aku ni. Kisah dia, sadis sangat2. Harini dia ada mintak balik. emergency leave. Aku pun hairan. Bukan aku nak nyibuk ke apa ker...tapi bila nak balik tu, dia kena la datang mintak aku sign 'EXIT PASS'. So, aku pun apa lagi, ter'busybody' sikit la. (sikit takpa...jangan banyak). Yerlah kan...nak balik tetiba, mestila kena tanya sebab musabab. Takkan nak sign gitu jer!!

So, aku 'risik' la apa yang berlaku. Tup! Tup! dia gtau. "Ada orang lelaki mai rumah, nak jumpa bini saya!" terkejut panda aku!! Acctually, b4 ni pun dia ada gtau aku, bini dia buat perangai taknak jaga anak!! sebab tu tak boleh mai kerja. Aku ni kan baik hati, aku bagi dia last chance....!!! Sekarang ni, bini dia main 'KAYU 3,4' lak!! Sapa tak hangin.....! Aku sebagai kaum perempuan, pun hangin satu badan ni...

Last2 aku sign jugak la. Tu pun bila dapat approval dari manager dia la. Aku dapat tau, kawan dia kat dalam kilang ni pun tikam dia dari belakang. Kiranya, kawan dia ni tolong cover line bini staff aku ni la. Kawan staff aku ni, tukang report. Bila balik!! Kat mana?? Bukan apa, abang kawan staff aku ni, dok baik punya cintan dengan bini staff aku ni!! Adoiya...aku pun memula pening jugak. berbelit-belit. Berselirat. Kona sana kona sini!!

Hai perempuan! Tidak cukup satu jer ka lelaki yang kau perlukan dalam hidup kau! Tidak ingatkah anak yang kau kandungkan selama 9 bulan 10 hari yang kau bawa setiap hari hasil dari benih cinta kau dengan suami kau. YA ALLAH! Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Perempuan berzina, lelaki memperkosa, kawan tikam belakang, sumbang mahram! ALLAH! Sudah kiamatkah dunia ini!

p/s: Bukan menjatuhkan martabat seorang wanita, tetapi hanya meceritakan realiti hidup!