Ahad, 18 Ogos 2019

Kupasan menarik dalam Sacred Parenting Convention 2019 oleh Sujimy Mohamad

Kupasan menarik dari FB Sujimy Mohamad 

Antara yang saya pelajari di Sacred Parenting Convention 2019:

1. Jika anak pilih kerjaya professional yang lain dan bukan kerjaya ulama’, jangan bersedih kerana kedua-duanya ibadah.
2. Boleh ajar anak ilmu di mana-mana - dalam bas juga boleh asalkan istiqomah.
3. Doa yang sering dipanjatkan untuk zuriat dan keturunan akan dikabulkan. Sebut kata-kata yang baik2 lebih-lebih lagi ketika marah dengan anak2. Kata-kata boleh menjadi nyata.
4. Bila anak belum ada tabiat solat, usah marah (atau menghukum) anak keterlaluan sehingga mereka kaitkan rasa kebencian kepada ibadah solat. Lahirkan sebab2 mengapa mereka perlu rasa cinta dengan solat.
5. Anak merupakan anugerah sekaligus ujian. Jadi bila kita minta anugerah ini, bersedialah untuk diuji.
6. Berikan contoh yang baik menghormati Ibu bapa kita agar anak melakukan perkara yang serupa di masa depan.
7. Rumahtangga kita tidak sempurna, namun kita boleh menyempurnakan usaha dan tanggungjawab kita sebaik mungkin.
Terima kasih Sacred Parenting SG kerana memberi kita semua peluang belajar menjadi Ibu bapa yang memahami in shaa Allah.