Apakah kesannya apabila kanak-kanak mula berjinak-jinak dengan internat tanpa pengettahuan anda? Adakah anda boleh ketahui laman web yang mana anak anda laya
ri? Apakah yang anda boleh lakukan memastikan yang anak anda selama ketika melayari internet? Anda harus mempelajari selok belok dunia komputer agar anda dapat menyekat bahan yang tidak disenangi?
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh berkongsi dengan anak anda:
- Letak komputer di tempat umum dan bukan di dalam bilik agar anda dapat mengawasi anak anda.
- Tandakan (bookmark) laman kegemaran anak anda agar senang untuk anda melayari laman tersebut.
- Kongsi akaun email dengan anak anda agar anda dapat mengawasi mesej yang diterima
- Luangkan masa untuk melayari internet bersama anak anda untuk mengajarnya tabiat "online" yang betul.
- Jangan sesekali membenarkan anak anda memasuki ruang sembang peribadi (private chat rooms); sekat dengan ciri-ciri keselamatan yang dilengkapkan oleh penyedia perkhidmatan internet (internet service provider) atau guna perisian penapisan khususu (special filtering software).
- Selalu mengawasi kad kredit dan bil telefon anda untuk menyemak bayaran akaun yang luar biasa.
- Jangan buat tidak endah jika anak anda memberitahu pertukaran online yang tidak menyenangkan.
- Panjangkan salinan mesej yang mengandungi unsur lucah atau yang mengandungi unsur ugutan kepada penyeia perkhidmatan internet (internet service provider).
- Kebanyakan laman web menggunakan "cookies" iaitu sejeis alat khas untuk mengesan informasi khusus berhubung dengan pengguna seperta nama, e-mail dan alamat.
# "Cookies" boleh diberhentikan (disabled). Hubungi penyedia perkhidmatan internet (internet service provider) anda untuk maklumat lanjut.
sumber: http://www.fomca.org.my/