Khamis, 10 Mac 2011

Pertemuan

Setelah aku mengambil keputusan untuk menjalinkan perhubungan dengan serius dengan dia, aku memberanikan diri dengan membawanya balik kampung untuk dipertemukan dengan keluargaku. Kira dia ni adalah jejaka yang kedua aku 'pamerkan' kepada parent aku. Ntah apa pendapat mereka pun aku tak tahu. Mak hanya tersenyum. Alahai mak ni.............senyum ada makna tu!!!

Memangla aku akui, jika nak dibandingkan dengan rupa paras, memangla yang dulu memilikinya. Tetapi nak buat apa, lau hati tak cantik. Harap muka ja lawa, hati busuk nak mampus. Bau longkang. Tapi dia walaupun hanya sederhana, tapi bagi aku, hati lau baik, cantik akan ditunjukkan melalui kejernihan yang dipancarkan dimukanya. Jika difikirkan balik, memang benar cakap kawan aku tu. Dia memang baik. Banyak bersabar dengan karenah aku yang agk gila-gila. Kadang-kadang aku agak melampau. Tapi dia hanya diam dan bersabar.

Kadang-kadang aku menyesal dengan apa yang telah aku lakukan pada dirinya. Tapi itulah cara aku untuk mengetahui sekiranya dia hanya untuk mempermainkan diri ini saja. Aku belajar daripada kesilapan yang lalu. Apa yang telah aku lalui telah membuatkan aku matang. Bukan hanya tunduk menyerah tapi tunduk untuk memikirkan langkah yang seterusnya.

Berbalik kepada kisah aku bawak balik menantu pilihan tadi....

Time aku kat dapur, rupa2nya dia ada cakap kat parent aku. Katanya, dia tak main2 nak kawan dengan aku. Dia betul2 serius nak jadikan aku sebagai suri hidupmya. Aku time tu, hanya Allah saja yang tahu. Alahai, cedihnya. Macam nak g jumpa terus peluk jer. Tapi bila teringat aku kat umah, aku hanya tersengih bila hidangkan minuman pada dia dan parent aku.

Bila saja terpandang wajahnya, hati aku terdetik. YOU ARE MY HUBBY FOREVER, HONEY!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan