Hari-hari yang ditunggu oleh graduan ialah hari konvokesyen iaitu hari kemenangan dan juga hari yang penuh tanggungjawab. Tanggungjawab untuk melaksanakan dan memenuhi impian parent kita. Aku pun time tu macam tu gak. Semangat la kononnya. tapi hari tu, aku dengan my Hubby (chewahhh dah tukar dah nama panggilan), tunggu di UUM. (aku dulu study kat sana). Family semua berkumpul disana. aku kena bash petang so pagi tu apa lagi bergaya sakan la. my hubby la yang penat sebab kena dera dengan aku pergi merata2. Tangkap gambar kat pokok ni la, kat tepi tasik la...kat bunga ni la...last2 kat bagunan aku study dulu la. Kira banyak memoir yang tak boleh dibeli dengan wang ringit.
Bila dah selesai majlis, hujan pun turun renyai2 bersama2 air mata kegembiraan. Sesungguhnya aku masih lagi dahagakan ilmu. Tapi apa nak buat, takder rezeki. Aku perlu bekerja untuk menyara keluargaku. Tanggungjawab yang perlu aku pikul sebagai anak sulung. Tapi semangat untuk sambung belajar masih lagi ada walaupun hampir 4 tahun aku meninggalkan bidang pelajaran.
Balik saja dari konvo semua keluarga aku kepenatan. My hubby dengan selambanya mengajak aku dan family singgah di rumah familynya. Aku agak tergamam sebenarnya. 1st time jumpa parent-in-law. Tapi oleh kerana perwatakanku yang agak gila-gila, takla terasa sangat.
Bila saja sampai di sana, aku dengan selamba wat macam rumah sendiri. Yela kan, My hubby ni dia punya parent dah divorce and masing-masing dah berkahwin lain. So, lepas ni aku kena take-care 2 parent-in-law. Bila fikir2 balik, redha ajer la...Nak kat anak dorang, kena nak jugak dengan family dorang. My hubby dengan bangganya memperkenalkan aku dengan ayah dia & absolutly dengan mak tiri dia jugak. Aku per lagi, abis pp ni kena tenyeh. Dah la pp tembam hehehe...pp mahal nih.
Setelah sembang apa yang patut, tetiba ayah my hubby (dah semestinya bakal pak mentua aku), membuka mulut yang kami ni tak boleh dibiarkan macam ni. Selalu jumpa tanpa ada sebarang ikatan. Aku terkedu sambil memandang mukanya. Dia hanya buat muka selamba saja. Hantu tul la mamat nihhh..........
Akhirnya family ambil keputusan untuk mengikat kami melalui tali pertunangan.........tamatlah status 'single & still available'...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan