Isnin, 7 Mac 2011

Mak Mentua Tak Jadi

Sampai saja dihadapan makcik tu. Dia tanya aku dah makan ker belum. Aku cakap ja belum.Aku gtau la kat dia, aku tak makan ikan keli. Dia hanya ketawa. Dia cakap samala dengan anak lelaki dia tu. Kira kami ni ada persamaan la. Ada chemistry cakap orang putih haaaaaaaa....

Dia pun ajak aku masuk makan dalam rumah. Katanya dia ada masak something. Aku yang sememangnya sudah lapar dan ditambah pula dengan segala asid perut membuatkan perutku pedih, ikutla. Dengan memegang tangan ku dia mengajak aku makan bersamanya. Aku ingat dengan dia berdua saja...rupanya dengan anak dia. Faizal nama dia. Aku pun taktau apsal dia kenalkan kat aku. Aku tak ingin kenal pun. Aku mau makan ja (ish ish ish loqlaq sungguh ank dara nih!!).

Belum pun sempat aku menghabiskan sisa makanan aku, bakal mak mentua aku bangun tiba2. ada hal katanya. Aku pun taktau, ada hal ker atau nak bagi peluang. Ahh...lantakla...asalkan dapat makan. Yang budak lelaki ni plak, dok pandang2...tensyen gak. Tak jadi aku nak tambah. Belum sempat dia tanya apa2, aku dah angkat punggung sekali dengan kaki, terus menuju ke dapur. Kononnya, jual mahal ler tu. Dia pun ikut sekali.

Ceh..dengan selamba, disuanya pinggannya. Ingat nak basuh sendiri. Pemalas. Reject calon2nya. Dah selesai basuh mana yang patut, aku pun cadang2 tu nak lending ler. Tapi, mamat tu dok kat belakang aku plak. Sejak bila aku upah dia jadi bodyguard aku pun aku tak tau. Lantakla.

Baru saja aku nak melangkah masuk ke dalam rumah, dia bersuara. Tanya aku itu ini, dok dimana, kerja apa. Macam pegawai polis. Aku pun jawab la mana yang patut. Tiba2 dia tanya aku pasal pakwe. Aku terus angkat muka,merenung ke arahnya. Tak sangka mamat ni berani jugak. Nak kata hensem, takla sangat, tapi sedap mata memandang. Yang tak bestnya, ada misai. Aku orang ada misai ni geli sikit.

Aku per lagi, mulut yang sedia laser nih teruslah melaserkan ayat2 yang power. Dia hanya terdiam, tersenyum. Aku cukup pantang lau orang jagi tepi kain aku. Boleh jalanla....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan