Ahad, 20 Mac 2011

Kawan-kawan Baru

Ha...ni la kawan-kawan aku sepanjang aku bekerja disana. Yang kiri sekali sudah semestinya aku, tengah Cik Najmi dan yang kanan Che Ku Fatimah (Che Ku tak payah pakai Cik sebab dah ada Cik hehehe).

Kami memang best friend giler ahh.. Pergi mana-mana pun sesama. Dan selalu plak menjadi perbualan hangat di kilang tempat aku kerja nihh. Kira kami ni otai la kat kilang. Aku yang kerja sebagai HR pun, kadang-kadang terlajak gak. Geng-geng production slalu buli aku.

Walaupun kami bertiga best friends forever (BFF), time kerja semua tu tetap tak jadi hal. Salah tetap salah. Sebab tu ramai yang cakap, kami ni giler2. Mana taknya, nak pergi memana, mesti bertiga. Makan time lunch pun sama. Lau tak cukup duit, ada kawan tolong topupkan mana yang tak cukup. Best sesangat time tu. Yela, ada orang belanja makan free. Cakap, saper yang tak suka makan free. Tipulah!!!!!!!!!!!!!!

Kekadang dengar jugakla kengkawan yang lain cakap. Kawan bertiga ni tak elok, sebab nanti ada sorang akan makan hati. Tapi aku tak tahula. Makan ati ayam, slalu. P je beli kat pasar malam. Satu cucuk singgit. Best jer. Aku pernah jugakla tanya kat kengkawan BFF aku ni lau dorang ada terasa ker, sakit ati ker dengan aku. yerla kan, mulut aku ni bukan boleh kawal. Nak cakap ikut sedap mulut ja. Wangi sikit dengan mulut longkang. Kerek nak mampos. So, I say sorry jerla lau dorang terasa.

Sebenarnya, kami rapat selepas jer axcident. Aku pun tak berapa yakin dengan hal ni sebenarnya. Apsal aku jadi rapat dengan mereka. Tapi apa nak buat sudah ketentuan Tuhan. Alhamdulillah, sekarang dah dekat 1 tahun setengah kami berBFF.

Untuk pengetahuan semua, aku pernah xcdent. Time tu baru balik kerja. Patah riuk jugak la. Nak kau...sebulan aku makan free kat rumah aku. Pastu aku dah tak tahan. Dok umah 2 hari time cuti pun aku tak sanggup, ni plak sebulan. Family aku suruh tambah lagi sebulan. Agak2 korang la, lau 2 bulan aku kat umah, boleh jadi calon 'Gadis Melayu' tau. Mana taknya, mak aku la semestinya. Cik Sopiah tu bukan boleh tengok anak dia nk wat perangai tak senonoh. Mulala nak membebel. Start berita 8 pagi, sampai tengah hari. Dasat oooo!!!! Nasib la sapa jadi menantu dia nanti hehehhe (sesapa yang terasa diri tu awek adik aku, haa...wat preparation awai2). Whatever, she is my the best mom in this world!! Cayang mak, muahmuahmuah!!!?

Lepas ja aku balik dari sakit (tu pun puas pujuk doctor), Aku pun balik kerja. Yang keciannya, my hubby la. Dia kena jadi driver aku dekat 2 minggu jugak la. Yerla, yang patatnya belah kanan. Nak nek motor, pulas minyak kan belah kanan, mana boleh. Try the best jerla. Kengkawan ni toksah cerita la. Dok bagi semangat ja. Macam la sakit aku ni kronik sangat. WEI, AKU IDUP LAGI LA!!

Tetiba, mak angkat aku kat Pulau Pangkor tepon. Depa kata ada kenduri. Along kahwin. Aku pun plan nak pergi jer la. Mak angkat tu ooo. Tak pergi apa plak yang depa kata. Dalam dok rancang2, my BFF pun cakap nak ikut. (Satu kepala rupanya kawan2 aku ni-suka berjalan). Aku per lagi, rancang ler. Almaklumla, dah dilantik menjadi 'penganjur' tak bertauliah.

Okla. Nanti tengok axtiviti kami kat sana plak ek. Daaaaaaaa.......... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan