Monday, 21 April 2014

Tanggungjawab vs Keterpaksaan

Bebel time!!!
Huhuhu...boleh plak aku mula dengan ayat sebegitu..
Whatever!!
Hari hujung minggu yang aku kira agak memenatkan. 
Sabtu yang lepas aku telah menghadiri kenduri kahwin...2 kenduri 3 pasang yang dinkahkan!
Tepi rumah aku, kenduri 2 pasang adik beradik, yang satu lagi kenduri satu taman jer!!
Alhamdulillah, kenyang!!

Ramai yang aku kira sebagai keliru dengan tanggungjawab dan keterpaksaan. Ini sekadar pendapat aku saja. Bukan ape! Apa yang aku perhatikan sekarang ramai yang melakukan pekerjaan dalam keadaan terpaksa, bukan melakukan sebab tanggungjawab. 
Kita dapat tengok dan dapat agak bila kita tengok hasil daripada kerja yang dia buat itu. Jika dia melakukan kerana tanggungjawab kepada kerja yang diamanahkan, kerja yang dilakukan kemas dan teratur. 
Jika dia melakukan kerja dalam keadaan terpaksa, hasil yang kita dapat hanya sekadar melepaskan batuk ditangga saja.

Sebenarnya, teguran ini bukan saja untuk aku tapi untuk semua kawan2 aku. Aku tak cakap, tak mengata kepada sesiapa, hanya sekadar peringatan kepada semua termasuk kepada diri aku sendiri!
In Shaa Allah

Amin.

Tuesday, 15 April 2014

Luahan Hati: Sahabat vs. Kawan

Ramai yang mempunyai kawan berbanding sahabat!!
Namun, ramai ke yang tahu siapa SAHABAT/ siapa KAWAN??
@ APA?; (terfikir sejenak)
Aku memang seorang yang peramah, memang mempunyai ramai kawan
Kawan lelaki mahupun kawan perempuan! Tapi ada jugak kawan yang confius jantina. Hehehe....tomboy dan pondan la...
Aku memang xkisah sangat pun bab kawan ni..sape nak kawan dengan aku, aku accept
Nasib baikla aku dan suami aku ni jenis yang ada hobi yang sama, kumpul KAWAN hahaha

Tapi, jika kita nak tahu kawan kita tu memang sahabat atau kawan dalam erti kata yang sebenar, kita tunggu bila kita susah! Ada diorang datang tolong? Ada diorang tanya khabar? Masa tu la kita akan sedar siapa kawan, siapa sahabat!

Sebab per aku cakap macam tu!!
Sebab aku dah pernah kena! Time aku senang (selalaunya time dapat gaji la!) banyak la yang ajak keluar, makan2 la...shopping la!! Tapi bila kita susah, macam masa my hubby aku accident dulu, dorang xhadap tengok muka aku!! Takut aku mintak tolong dorang!!

Namun, aku bersyukur sangat2. Aku ada kawan yang boleh dikatakan kawan dunia akhirat! Kawan yang bernama SAHABAT yang selalu ada masa aku susah /senang.

Thanks kepada CHE KU FATIMAH & NAJMI kerana menjadi kawan dunia & akhirat aku!! Segala budi baik dan jasa yang korang berikan xkan aku lupakan sampai bila2.

LOVE YOU ALL!!


Sunday, 6 April 2014

Keguguran dan Berpantang

Dah lama aku tidak menaip di kanvas putih ini. Mood hendak menulis dan meluahkan perasaan terbang entah kemana?? Sejak keguguran dan berpantang aku dapat rasakan diri berubah kepada yang lebih sensitif. Suami aku pun kengkadang meroyan dengan perangai aku. Sikit-sikit nak nangis. Tapi Encik Suami la yang banyak memberi semangat dan kekuatan kepada aku.

Setelah 2 tahun berkahwin, aku telah disahkan hamil 2 bulan tatkala suami mengalami kemalangan. Hati isteri mana yang tidak gembira ketika menerima perkabaran itu. Dalam kesedihan dan gulau dalam menjaga suami yang sakit, aku menerima perkhabaran gembira.

Sesungguhnya, dalam kesedihan, ada hikmahnya yang Allah berikan. Subhanallah!!

Namun, rupanya tidak lama. setelah kandungan mencecah 24 minggu, aku mengalami pendarahan. Pada hari isnin lebih kurang pukul 7.30 pagi aku berkejar ke hospital. Namun, aku kecewa...aku hanya diberi mc selama 3 hari. Hanya scan sahaja. Selepas mengambil ubat aku hanya disuruh berehat dirumah.

Takdir Allah SWT, tepat jam 6.05 petang pada hari yang sama, aku melahirkan bayi tidak cukup bulan seberat 350 gram sahaja. Anakku hanya mampu bertahan 4 jam didunia yang kotor ini. Innalillah...........anakku tidak dapat diselamatkan. Aku redah walaupun air mata tidak henti mengalir.

Pendarahan yang tidak berhenti memaksa pihak hospital memindahkan aku ke Hospital Sungai Petani. Dengan keadaan suami tiada di sisi, aku membuat persetujuan dengan menandatangani sendiri surat kebenaran untuk mencuci dan bius. Kesakitan yang ku tanggung membuatkan aku insaf.

Ya Allah, aku jadi redha dengan ketentuan-Mu.
Muhammad Qhaliff Adam tunggu mama di 'sana' ye sayang!!