Sunday, 31 July 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua kengkawan!
Sekarang baru 12.30 tengah hari. Alhamdulillah, dah setengah hari, puasa berjalan dengan lancar. Tak lapar tapi perut ni asyik berbunyi macam ensel pintu yang dah berkarat tak letak minyak. Dok berkret-krot-kret-krot!!!
T___________T

Bukan apa tu...selalunya dok ngopngap doplohpat jam...
Pagi ni..sahur tadi ja aku makan..cukuplah dengan segelas Vico letak sedikit oat dan mee kari.
Memang sedah menajdi kebiasaan aku tak ambil nasi pagi. Bukan apa...Buka posa nanti aku nak bedal nasi lak!!! Selalu makan sekali ja nasi, so kena pandai2 la nak bajet.

Almaklumla...tengah 'Menghitung Hari' ni kenala pandai. Takmo nanti orang cakap aku ni macam sarung nangka ja huhuhuhu...tak rela i!!

Okla...nak tido jap. First day posa ni, letih sikit...nanti2 ok la kot...
INSYA ALLAH!!

Friday, 29 July 2011

Last Makan-Makan

Hari ni merupakan hari last aku dan kengkawan makan-makan. Bukan apa, esok dan lusa dah cuti. So aku n da geng, per lagi..gi melantak tak hingat la.
Tapi, apa yang penting? Kerjasama! Eh..eh...silap! Makanan sedap dan apa yang penting MURAH! Cheh...kedekut! 
Kami makan kat Kulim Mall. Tapi pada awalnya tu dah siap order dah. Bukan per, takut lambat dorang masak, lambat la kami makan, so bila dah lambat makan maklumla pompuan and lambatnya we all masuk kerja. Nanti tak pasal2 kena bagi alasan pi semayang jumaat. Ingat geng2 cina ni buta agama pa...takkan pompuan pegi semayang jumaat!!!

Aku, Ema, Ila, & Jie pergi 'melantak' tak ingat dunia. Sampaikan aku lupa nak snap gambo. Alahai.....
Tapi menu harini memang menyeramkan!!!

Tomyam Campur Kaw Kaw 3 orang makan
Kailan Ikan masin 3 orang makan
Daging Goreng Kunyit 2 orang makan
Kerabu Sotong 2 orang makan
Nasi putih 4 pinggan Takdak nasi tambah yer
Yang tak tahan.........sambal belacan sampai 2 mangkuk...memang dasar perut melayu


Cuba teka berapa reganya.................

RM40.00 TUNAI


SO TUNGGU APA LAGI, SILALA SERBU SEBELUM TERLAMBAT!! NANTI KEHABISAN. OPS................BULAN POSA DIA TAK BUKA K...KENA LEPAS BULAN POSA EK!!!

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK


Thursday, 28 July 2011

Kejam!!!


Padah zalimi tiga kucing



KEJAM...rakaman video yang disebarkan  di Internet  sehingga menimbulkan kemarahan pencinta haiwan.
KEJAM...rakaman video yang disebarkan di Internet sehingga menimbulkan kemarahan pencinta haiwan.
PETALING JAYA: Padah menzalimi tiga kucing dengan memukul menggunakan payung, menendang serta menyakiti haiwan malang itu Feb lalu, seorang wanita berusia 21 tahun didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
CHOW XIAO WEI dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan majistret nik Mohd Fadli Nik Azlan. Majistret juga memerintahkan dipenjara 7 hari jika gagal membayar denda. Bagaimanapun, CHOW menjelaskan dendanya.
Bagi kesalahan pertama, dia didakwa secara zalim menyakiti 2 kucing antara jam 4.25 petang hingga 5 petang pada 19 feb di depan sebuah gerai di Pasar Seni Kembangan di sini.
Bagi kesalahan itum tertuduh di dakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
CHOW juga didakwa melakukna perbuatan tidak berwajar menyebabkan kesakitan serta penderitaan seekor kucing pada masa, tarikh dan tempat sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya, sika disabit kesalahan.


SUMBER HARIAN METRO 28/7/2011

BERBALOI KE DENDA TU DENGAN SIKAP PERIKEMANUSIAAN!!!

Sunday, 24 July 2011

Excident & Lunch

Hari ni aku pi makan kat 'SILA OH SILA' (SOS). 
Orang belanja kenala pi makan tempat yang ok sikit kan!!
Bukannya sampai nak kena bagi star, cukupla tempat itu satu pinggan mau kena 7,8 hinggit. 
Masakan dia memang kelas tak hingat.
Tapi, kena control malu beb, sebab makan ngan orang...
Lau geng-geng haku, hahahaha....makan tak tengok kiri kanan dah!! Macam nak tambah pun ada hehehehehe T____T

Ha....tengok tu!!! Dalam dok control ayu boleh aku melantak sebegini banyaknya.......
Huhuhuhu...see the size la!!!!!
T__________________________T


Hei..........apada yang aku dok melalut ni!!!!
Sebenarnya aku nak masukkan entry excident...
Yela..tengah sedap dok hirup sup daging dalam mangkuk, tetiba terdengar satu dentuman yang maha hebat bunyiknya (ceh...action lebih)
Aku pun apalagi habis jampi serapah aku keluar. Tak malu sungguh! 
La..rupa-rupanya ada accident. teruk gak aku tengok penunggang motosikal tu! 
Bukan apa....baru nak makan dah kena langgar. 
Kat sini memang sibuk sikit malah teramat-amat sibuk! ada satu kali aku datang makan, siap ada trafik yang kawal lalu lintas! 
Fuyoo......famous giler tempat makan ni! 
Walau apapun, aku ucapkan takziah dengan apa yang dah berlaku! 
Aku dulu PBSMMm, tapi bila benda dah jadi depan mata, aku boleh relax sambung suap, sunggug tidak berguna aku ni kan....hehehe
Bukan apa, dah lama tak tengok darah, takut nanti aku pulak dorang usung nek ambulan. 
Dulu, letak tangan orang depan aku pun, boleh lagi aku selamba melantak...
sekarang, bukan kata letak tangan, dengar pasal accident pun aku dah seriau.....
Moga Allah selamatkan insan yang terlibat...

Tuesday, 19 July 2011

Hari Yang Menyedihkan

Hari ini hari yang paling menyedihkan hari yang amat me'tensyen'kan diri aku ni! 
.
.
.
.
KUCING AKU MATI!!!!!
uwaumaaaaaaaauwaaaaa
.
.
.
.
Aku memang tengak dia semacam saja. tiba-tiba pagi tadi time aku nak pergi kerja, aku tengok dia dah terbaring, tanpa nyawa. Kucing aku yang lain pulak, tiba-tiba saja sakit perut. Nak kena cari air kelapa la petang  ni...
ITS MY NIGHTMARE ON TUESDAY NIGHT.
I'm very2 sad now. 
Macam taknak g keja. 
,
,
,
,
Lagi satu yang paling aku tensyen this mowning is PINTU GRILL aku rosak. Tensyen tul la. Dahla kucing mati, pastu plak kucing aku yang lain sakit, memberut merata-rata, nak datang kerja tadi, pintu grill boleh pulak rosak. What the hell are going on in this morning?? 


Tensyen tensyen tensyen!!!
Aku datang kerja harini pun muker monyok yew...
Takdak Mood......
Muker pun masam ja macam asam kelat....
Makan tak lalu... 
So this mowning, dalam sejarah aku tak mbek bekfas....
Perut aku ni pun dah macam kenyang semacam ja....

Pasni nak ngadap Mr Boss plak. Nak bagi report.
Kui 9 ada apoiment. 
Cool Eiryz....cool...
You can do it bebeh!!!

Monday, 18 July 2011

4 Pasang

Musim sekolah baru-baru ni aku  ada pergi kenduri kahwin sepupu aku. 
Kenduri kali ni lain sikit, 4 pasang uols. Jeles i!!

Sebenarnya entri ni aku nak pos lama dah, tapi entah kenapa my lappy aku wat hal plak, so tertanggungla. Jadi, bila my lappy dah baik dari demam, aku pun pos la entri ni. Bagi kat kengkawan tengok! Bior jeles!!

Sepupu aku ni pompuan. Muda lagi u ols. Baru 17 belas (ops....muda trang tang-tang). Nak buat macam mana jodoh...............

Apapun, enjoy da pic..........