Friday, 30 September 2011

Ada Berani??


Ada korang berani nak makan salad macamni???
Haish.........tak berani la ambo!!!
Ngeri semacam ja...
teringat Predator vs Alien

Pening


tula aku dah kata...
kau memang tak reti bahasa...
kau tu kacukan...
aku pun taktau nak kata apa dah...
ini la jadinya kalau
MAK LAIN AYAH ASING

Thursday, 29 September 2011

Puisi Puitis sebelum Nahas

"kutitiskan warkah buat diriku sendiri, hidup tanpa kasih dan sayang umpama hidup di padang pasir yang gersang"

itulah sms puitis yang diterima oleh seorang suri rumah tangga sebelum menerima berita suami dan anaknya nahas.

Lagi kes di Pusat Asuhan


Baru boleh buka HM Online..
Comelkan baby ni..tapi kesian..
mata ja terbuka tapi sebenarnya koma...
nak copy n gula paste nanti HM saman...
so nak baca lebih2 terus ja click kat link tu..

Friday yang meletihkan

Hari ni merupakan hari seletih sedunia!!
Boss aku takdak. So aku la raja hahahaha...
ceh...ingatkan bolehla dok bersenang lenang,
rupanya bala dah datang.
dahla ujan, lambat plak..
aku dah macam nak makan orang pun ada ni...
security plak dok buat hal..
mana taknya...dia tak datang keja arini..
haishhhh.........grrrrrr....!!
tercongokla 2 orang pakcik2 yang tak berapa hensem tu kat depan pintu pagar company aku ni!!
depa keja malam, tengah tunggu yang keja siang datang..
sekali tak datang lak...
aku apalagi terus serang diorang punya boss,
grrrrrrr................geram!!!
lepas 5 minit soh tunggu..aku tunggu lagi!
last2 pakcik tu cakap dorang boleh tunggu sampai kul 9 ja.
lepas tu depa nak blah!!
aishhhh....problem...masalah....

tiba2 abang amer, maintainance datang panggil aku yang dah macam tiang bendera berdiri dekat gate,
sekali dia tanya aku yang membuatkan aku kepala berasap macam gosh rider...grrrrrrr

'cleaner tak dak ka? kotoq kantin tu!'

grrrrrrr...aku dah geram semacam...
bedessuppppp aku melilau kat dalam production cari cleaner..
dahla ada customer...
uwaaaaaaa.............tolong.....
tup2 aku nampak baru datang....
'baru datang ka? tu pergi cuci kantin. kotor....' 
grrrrrrrr...aku macam nak makan orang ja..dahla pagi tadi makan roti garnier perisa jagung ja...

kul 9 macam tu baru guard datang, aku pun guide la apa yang penting. 
ni baru ja duduk nak tulis N3 ni, macam2 phone call masuk,
customer datang plak..nak kena buat air..
hai...........macam GW plak aku ni....huhuhu...

AGAKNYA HARI INI ADALAH HARI SIBUK SEDUNIA!!

Kembar Siam Di Terengganu

Baru godek metro. itupun online hehehehe.......
bz bangat hari ni...
dengan training bagai,
kira gaji lagi hehehehehe
takper..janji fulusssss
so kisah ni tentang kembar siam yang bercantum di dada..


Kembar siam di Terengganu.
nak tulis lebih2 nanti metro marah lak...
so terjah la kat link ni ek...

Wednesday, 28 September 2011

Iltizam 4


Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, 
maka
kamu datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. 
Kerana sesungguhnya di situ
ada khalifah Allah, al-Mahdi. 
(Dha'if)

Iltizam 3


Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. 
Dan orang-orang alim
semuanya binasa kecuali orang-orang yang beramal. 
Dan orang-orang beramal
semuanya tenggelam kecuali orang-orang yang ikhlas. 
Dan orang-orang yang ikhlas
semuanya dalam bahaya yang besar. 
(Al-Saghani: Maudhu')

Iltizam 2


Barangsiapa yang tidur selepas Asar 
maka akan terganggulah akalnya. 
Maka
janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. 

(Ibnu al-Jauzi di al-
Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)

Iltizam


Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. 
Dan
Beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya

Model Bogel...Jangan Tengok!!




hehehehe...jangan mare heh!!!

Laju........laju lagi....


apa cer ni?? lau dibuatnya selendang tu tersangkut kat tayar ke apa ke? tersungkur...
sapa nak jawab tu!!!
kan dah kurang rega........

Tuesday, 27 September 2011

Padan Muka Aku

Padan muka aku...
mak dah kata lau ada angin, tak boleh makan bayam
degil...
padan muka 
kan dah kena angin satu badan
sakit kepala..
kembung
len kali wat lagi..
huwaaaaaaa....

Baby 2 Muka


baby dengan 2 muka dilahirkan di Pakistan.
kuasa ALLAH tiada siapa yang tahu
penuh dengan kerahsiaan.
baby tu tak sama dengan baby kembar siam yang lain yang boleh dipisahkan.
baby ni tak boleh dipisahkan kerana menghidap kraniofacial iaitu satu kepala dengan 2 muka.

Budak Makan Bata, Mentol


seorang kanak-kanak tidak dapat menahan diri dari memakan mentol (kaca) dan bata.
seleranya terhadap benda-benda macam ni begitu tinggi.
dia pernah memakan bata makan memakan kek coklat.
budak ni umur baru 3 tahun.
hai..takkan dah tak berselera nak makan makanan biasa kot!
bukannya robot nak makan benda2 tu!!
hye..ntahla...makin maju sesebuah negara tu, makin pelik perangai yang dihidapi oleh mereka-mereka yang berkenaan.

Kuasa DBKL = Polis Trafik


mulai minggu depan, kuasa DBKL sama dengan polis trafik. 
depa boleh keluar saman sampai RM150 bagi kenderaan yang langgar peraturan seperti melanggar lampu isyarat merah serta memotong barisan.
lepas ni jangan nak menggatal nak redah ikut suka hati.
walaupun abang polis trafik yang seluarnya tak cantik itu takdak,
tapi adik angkat polis trafik ada....

Hari Ni Hari Bekal Sedunia ke?

aku pun hairan pagi ni!
dalam dok tengok budak2 ni masuk kerja,
satu hal yang akuu perasan.
kebanyakan pekerja aku ni bawak bekal?!
aik! apa dah jadi?
tak pernahnya macam ni? 
kenapa?
duit dah abis ka?
sampai lelaki pun bawak bekal!
nepalese tak payah nak katala..
dorang tu memang tekak nepal...
takleh masuk makanan malaysia punya
ni orang yang tak pernah bawak bekal pun dah mula bawak mangkuk tingkat.
alahai...apa dah jadi ni..
kedai makan mogok ke arini???
ntahla.........


Monday, 26 September 2011

Smile


I'm sending you a blue smiley
to thank you for a friendship so true,

A red one because I smile just thinking of you,

A green smiley because you are so much fun,

An orange one because I know
when trouble comes you won't run,

A yellow one because
I never have to doubt your loyalty,

And a purple smiley
because you treat me like royalty!

Jangan Lupa senyum


dalam kita meniti hari-hari,
makin kita lupa apa ertinya senyum,
kita jadi lupa untuk tersenyum,
kita jadi bongkak untuk bersenyum.
kenapa?
senyum itu kan sedekah..
sedekah itu kan dapat pahala...
itu yang kita cari bila hidup di dunia yang sementara ini,
namun..
mengapa kita hanya membuat perkara yang sia-sia..
perkara baik semakin ditinggalkan,
perkara yang mungkar diagung-agungkan...

Apa Nak Jadi??


Aku taktau nak kat apa dah...
Memang tahap menggunakan teknologi yang ada dengan sepenuhnya...
No komenlah...

Hujan

malasnya nak balik..
ujan start dari pagi tak henti2 lagi
huhuhu...
tula...mak soh beli keta takmau..
save bajet
sekarang padan muka...
waaaaaaa.....sejuk huhuhuhu
dah nak gelap..nak balik..........
makkkk.............

Sunday, 25 September 2011

26/09/2011: Pagi Yang Mendebarkan

HARI NI, UJAN TURUN. WALAUPUN TAK LA SELEBAT MANA TETAPI BASAH LA JUGAK.
SUASANA HARI NI  PLAK AGAK SURAM.
BIASALA, BILA TIME HUJAN AKU LA YANG PALING RISAU. YERLA..SPEK MATA AKU NI BUKAN ADA WIPER, SO SUASANA YANG MEMANG SURAM, BERTAMBAH SURAM LA,
NAK DIJADIKAN CERITA, BILA AKU SAMPAI JER KAT KAWASAN KILANG INOKOM,
SESUATU TELAH TERJADI MEMBUATKAN AKU MACAM HILANG SEMANGAT BEBERAPA SAAT.
BIASALA KAN, KETA MESTI IKUT RAPAT2 PUNYA. 
BILA HUJAN, TAU2 JERLA..JALAN LICIN. 
KAT PADANG MEHA PLAK, RAMAI YANG HANTAR ANAK SEKOLAH,
SO ADA KETA NI NAK MASUK SIMPANG KANAN.
KETA DEPAN BREAK, N YOU KNOW, WHAT HAPPEN,
KERETA GEN2 NI TERBABAS. NASIB BAIK AKU YANG BAWAK SLOW MOTION NI SEMPAT BREAK. LAU TAK, JALANNNNN.........
KETA BELAKANG PUN NASIB BEEK SLOW JER BAWAK...
HARAP TUAN KETA GEN2 TU LEN KALI HATI2 CIKIT...
JANGAN IKUT DEKAT SANGAT.
NAK2 PLAK TIME HUJAN...
FUHH...KUS SEMANGAT PAGI AKU...

Friday, 23 September 2011

N3 Terlewat

AKU BENGANG TUL LA DENGAN POMPUAN NIH (WALAUPUN AKU [POMPUAN)
NAK TAU KENAPA? 
SEMALAM AKU BALIK KERJA, BIASALA...MEREMPIT!!
DALAM DOK SYOK LAYAN PERASAAN TIME NEK MOTOR TU, ADA KERETA POTONG AKU..AKU DOK TEPI, DIA ELAK SIKIT JA..
TIME TU LAJU GAKLA, 80,90KM/J.
YANG AKU HANGIN SATU BADAN TU, LEPAS JA DIA POTONG AKU, TERUS DIA MASUK KIRI..
DENGAN SIGNAL TAK BERI. AKU PER LAGI...BERK LER...
GERAM PUNYA PASAL, AKU NI BUKAN BOLEH, LATAH TIME NEK MOTOR AKU TEKAN HON...SIAP M*K* LA. 'BODOH PUNYA POMPUAN'.
NYARING BUNYI....
SUMA ORANG PANDANG.
ITU POMPUAN BERHENTI DIA PUNYA KERETA. 
YERLA DAH NYARIS2 NAK LANGGAR KAN, DIA PERGI LA KAT TEPI KERETA TU DAN BERKATA DENGAN SOMBONG BODOHNYA...

"TAKDAK MATA KE? LAU KENA SAPA NAK BAYAR?"

AIK. SAPA YANG SALAH SEBENARNYA NIH? AKU DAH MULA KONFIUS.
DENGAN RASA RENDAH DIRI AKU PUN KATALA KAT CIK KAK BODOH SOMBONG TU:

"SAYA MATA 4 CIK, DAH TERANG LAGI BERSULUH NIH! KAK TU YANG BELI KETA MAHAL2, TAPI SAYANG SIGNAL LUPA PASANG EK!"

 HA MBEK KAU, AKU DAH ANGIN SEMACAM LA BILA CIK KAK TU BAHASAKAN AKU. PENAT BALIK KERJA PUN TAK ABIS LAGI, NI NAK NGADAP POMPUAN TAK CUKUP UMUR NIH!!

TAPI BENDA NI SAMPAI KAT SITU JERLA. RAMAI SAKSI. AKU PUN TAK LANGGAR DIA, HANPIR2 NAK LANGGAR JA. JADI TERHARU KEJAP BILA GENG2 FOREIGNER DATANG SUPPORT AKU! BANYAK KALI JUGAK BUDAK POMPUAN TERLEBIH EK NI WAT MACAM TU!!! YA ALLAH, LEN KALI JANGAN LA SAMPAI AKU YANG JADI MANGSA DIA DAH LA...

AKU PEREMPUAN MENGAKUI YANG PEREMPUAN BILA BAWAK KETA BOLEH MEMBAHAYAKAN ORANG LAIN. DEKAT 20 TAHUN AKU BAWAK MOTOR (TERMASUK SEKALI YANG TIME TAKDAK LESEN), AKU DOK TENGOK, MEMANG WANITA MERUPAKAN PENYUMBANG KEPADA KEMALANGAN. 

SAPA2 POMPUAN TU, AKU MINTAK MAAF LA. DAH 3,4 KALI AKU EKSIDEN, SUMA SEBAB POMPUAN YANG BAWAK KETA. NAK HAMPIR2 LAGI LA BANYAK...PENYEBABNYA JUGA WANITA. LELAKI TU ADA JUGAK, TAPI SIKIT JA. LAU DORANG SALAH, DORANG ANGKAT TANGAN TANDA MINTA MAAF. POMPUAN ADA?
WAT TENGOK TAK TENGOK ADA LA.....

Thursday, 22 September 2011

Pusat Kebajikan Tidak Kebajikan


Hendak membantu tetapi cara itu tidak menghalalkan cara.
Niat nak menolong tetapi cara nak menolong adalah salah!
Itulah yang berlaku kat KL, sebuah rumah yang tidak terurus. 
Malah 2 remaha lelaki umur 16 tahun dirantai, warga emas dibiar tidur bersama anjing dan sepasang suami isteri yang tidur bersama najis.
Apa yang boleh aku kata adalah sangat2 la kasihan dan tidak bertanggungjawab. 
Bayangkan dalam bilik yang luas hanya 6 meter persegi dihuni oleh 8 orang kanak-kanak. Sempit tu.
Aku tak dapat bayangkan macam mana diorang boleh tinggal kat situ.
Nasib baik la ada sorang akak ni yang  anak nya dirantau membuat laporan ke JKM KL.


Lagi beita di SINI


Wednesday, 21 September 2011

Kondom Dalam Beg Budak Sekolah

APA NAK JADI DENGAN BEBUDAK ZAMAN SEKARANG.
BARU 15 TAHUN DAH PANDAI SEGALA...
KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN BUDAK ZAMAN DULU-KALA
RASANYA TIME MACAM TU, MASIH TAKTAU APA-APA..
JANGANKAN NAK SEBUT PASAL SEKS, NAK CAKAP PASAL BUDAK LELAKI TU PUN DAH TERSIPU2 MALU, SILAP HARI BULAN, TERUS LARI MASUK BILIK.
HA.....POMPUAN MACAM TU LA YANG MAKIN PUPUS SEKARANG NI...
TAPI TERBALIK LAK SEKARANG NI..
BUDAK DARJAH 5 PUN TAU APA ITU SEKS...
TAKTAU MALU SUNGGUH!!!
MEMANG BETUL LA N3 ABANG BEN,
POMPUAN SEKARANG DAH MULA HILANG KE'MALU'AN..
SAMPAIKAN NAK BELI PAKAIAN DALAM PUN AJAK BOYFRIEND. BOLEH TENGOK KAT SINI!
SAPA BOYFRIEND TU?? 
BUKAN SUAMI KAN?
HABIS TU KENAPA MESTI DI AJAK SEKALI!! 
DIMANAKAH SIKAP KITA SEBAGAI WANITA TIMUR YANG PENUH DENGAN ADAT KETIMURAN?!
ADAKAH "FENOMENA" INI DINAMAKAN REVOLUSI "KEBARATAN" YANG KONONNYA HEBAT ITU??

DALAM HM HARI NI, SEORANG IBU TERKEJUT APABILA JUMPA KONDOM DALAM BEG ANAK GADIS MEREKA. BENDA INI TERJADI KAT SELANGOR??
NAK SALAH SAPA SEKARANG NI!! 
TEPUK DADA TANYA HATI?
KALAU HATI TAKLEH NAK JAWAB, TANYA AKAL?
FIKIRKANLAH.

21 Amalan Menuju Ke SYURGA


1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadith Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana di dalam syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya". (Hadith Riwayat Muslim)

4. Adakah kalian inginkan keredhaan Allah setiap masa?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah redha kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum". (Hadith Riwayat Muslim)

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat". (Hadith Riwayat Abu Daud)

6. Adakah anda inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga". (Hadith Riwayat Bukhari)

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa".(Hadith Riwayat Muslim)

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya".(Hadith Riwayat Muslim)

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH" dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga".(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".( Hadith Riwayat Muslim)

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... " dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".(Hadith Riwayar Muslim)

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHA NALLAH WABIHAM BIHI... ' dan 'SUBHA NALLAH HAL A'ZIM.."(Hadith Riwayat Bukhari)

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki".(Hadith Riwayat Bukhari)

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah". (Hadith Riwayat Muslim)

18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua dosa kalian?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca ' SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI.' sebanyak 100x sehari Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada azab api neraka". (Hadith Riwayat Bukhari)

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya".(Hadith Riwayat Bukhari)

21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya". (Hadith Riwayat Muslim)


Tuesday, 20 September 2011

21 September 2011 : Kemalangan di Jalan Kulim-Baling

PAGI NI, AKU BANGUN LEWAT, MAYBE SEBAB AKU MAKAN UBAT SEMALAM KOT.
UBAT SAKIT TEKAK + UBAT BATUK + PANADOL + ANTIBIOTIK + VITAMIN
TIDO LENA AKU MALAM TADI...

SEDAR-SEDAR DAH PUKUL 7
HEHEHEHE....SUBUH ANAK GAJAH AKU PAGI TADI.
NASIB BEK, BAJU SUMER AKU DAH IRON AWAL2... LAU TAK LAGI KALUT..

ACCIDENT TU MELIBATKAN SEBUAH LORI TANAH DENGAN MOTOR.
NASIB BEK TAK JADI PA2...LAU TAK MAU MERAUNG AKU AKU KAT SITU..
TAK RELA I TENGOK TANGAN KAT SANA, KAKI KAT SINI, KEPALA ENTAH KEMANA 
ISH ISH ISH

JEM JUGAKLA...DAHLA LAMBAT KUAQ, JEM LAGI...
TENSYEN GAKLA...

AKU RASA DORANG SETTLE JER KOT...
SEBAB TAKDAK POLIS PUN. 
AKU TENGOK DORANG RELAX JA DOK DISCUSS TEPI JALAN...
WAT DONNO JA DENGAN KE'JEM'AN YANG TELAH BERLAKU DISEBABKAN MEREKA.
MAU JUGAK AKU SOUND DIRECT TAPI TAKUT GAK, BILA TENGOK INDIA, DRIVER LORI BADAN BESAR SAJA....

TAPI, LAMBAT-LAMBAT AKU ADA GAK YANG LAMBAT RUPERNYA...
JADINYA AKU KIRA AWAL JUGAKLA...
APA YANG PENTING, LAMBAT-LAMBAT AKU TAK PERNAH BILA SIREN BUNYI AKU TAK SAMPAI LAGI.
AKU AKAN SAMPAI SEBELUM LOCENG BUNYI...
CHEWAHH! KIRA PEKERJA CONTOH LER NI...HEHEHE

Monday, 19 September 2011

Lagi Tunang Tak Jadi!!

AKU BARU PAS BACA HM, KESIAN JUGAK DENGAN POMPUAN TU!!
DAHLA DAPAT MALU, TUNANG LAK LARI PASTU DUIT LAK DIKEBAS!!

SEKARANG NI NAK SALAH SAPA? 
NAK SALAH POMPUAN...TAKLEH GAK. 
NAK SALAH LELAKI...MMMM TAK OKEY KOT!
POMPUAN NI PUN PUN SATU, PERCAYA SANGAT KAT LELAKI SAMPAI ADA TU, BODY PUN DORANG GADAI...
ISH..ISH...ISH.....

APA YANG JADI NI, SAMPAI RM16,000 HILANG.
SEBAB APA? 
POMPUAN NI MUNGKIN SAYANG BETUL2 NI KAT LELAKI TU,
SAMPAI SANGGUP BAGI RM16,000 UNTUK URUSKAN PERTUNANGAN DORANG.
RM10,000 UNTUK HANTARAN, RM6,000 UNTUK PERBELANJAAN ROMBONGAN MERISIK ITU.

TAPI YANG TAK BEST NYA, BOLEH PLAK JANTAN TAK CUKUP AKAL NI TAK DATANG,
KESIAN FAMILY DORANG SAMPAI KUL 7 DITUNGGUNYA.

AKHIRNYA, POMPUAN TU PUN P BUAT LAPORAN POLIS.
MOGA2 ADA CERITA DISEBALIK PERISTIWA!!

Sunday, 18 September 2011

Morning Yang Bz Ya Amat!!

Hari ini bz ya amat..
Taktaunak gtau sapa!! 
So gitau la kat leyboard ngan komputer nih!!
Training sejak pagi sampai petang....
Pastu sambung esok!!
Rabu berenti jap, pastu sambung len lak khamis ngan jumaat..
Nak ngamuk, aku la yang jadi samdolnya...
Handle training minggu ni, kaw2 punyer hehehhe
Takleh nak kata apa dah...
Yang dok bising, bebudak production, QA ngan Sales...
Sunyi department depa minggu ni!!!
Baru depa tau.....bilik HR yang aku dok ni tinggi ke rendah hehehehehe...........

Aku order nasi ayam periuk besar...takleh snap, kamera tinggal kampung huhuhu....
Memang best giler, bagi yang suka makan nasi ayam la...
Bagi aku yang belasah apa saja...
Tak berapa kisah sangat, ada makan, takdak pun takpa!!

So oklah...nak sambung training lak....
Nak sambung ngantuk huhuhuhu.............
Nak tapau taik mata!!!!!!!!!

Thursday, 15 September 2011

BH: Koperal Jenain Bersalah


Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi mendapati Koperal Jenain Subi bersalah menyebabkan kematian adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam, April tahun lalu. 

Jenain, 48, sebelum ini diperintah membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara jam 1.10 pagi dan jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di sini, pada 26 April 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Aminulrasyid dilaporkan meninggal dunia kerana luka tembakan di kepala. 


Wednesday, 14 September 2011

Anak Jackie Chan diajar tidak membeci bapanya...

The former lover of Jackie Chan, Elaine Ng says that as her daughter turns 12 in November, she will reveal more information to her regarding her biological father, according to a report on Xin MSN's website.
"I don't want my daughter to hate him (Jackie)," the former model and current Hong Kong TV host was quoted as saying. "That's not how I've raised her."
As a single parent, Elaine says that she teaches her daughter, Etta Ng, to look at the bright side of life. "I've told her there will always be two sides of the coin. She may not have a daddy like the rest of her friends, but she's got a lot of things that they don't have."
"And never, never have hatred in her heart - even though she dislikes certain things that have happened in our life," Added Elaine.
She said that Etta is a good-natured kid, saying, "She's asked me about my past. So I've told her that I've made a careless mistake when I was young. I loved to win; I did things as I pleased, without thinking of the consequences. But I've told her I have no regrets, Etta is the best thing that has ever happened to me."


Kementerian dah letak GRED, tapi apa tindakan kita??

SEMALAM AKU ADA G GIANT. SAJA JA LA...DAH LAMA RASANYA TAK MERENDET....
SO JADI LA MUSANG BERJANGGUT JAP...HEHEHEHEHE....

NAK DIJADIKAN CITER, MY BFF AKU, SI CHE KU JADI IKUT G KAT GERGASI. SEBAB TENGAH NGIDAM NASI AYAM PENYET. HAI..SELERA SUNGGUH DIA DENGAN MASAKAN MINANG TU!!!

AKU PLAK TAK KISAH SANGAT, JANJI JANGAN BATU, BESI, TIANG TELEFON, TIANG LEKTRIK JA AKU TAK TELAN, LAIN-LAIN SEMUA INSYA ALLAH SELAMAT MASUK PERUT. KULIT KAYU PUN RASANYA KALAU CELUP TEPUNG, GORENG, MAKAN PANAS-PANAS MESTI SEDAP KAN!!!! WEII...APA YANG KO DOK MELALAK NI WEIIIIIII.....HEHHEHEHE....

BALIK KEPADA CITER ASAL....AKU SEBENARNYA TAK BERAPA NAK PERASAN SANGAT. BIASALA..BILA DAH NAMPAK PLASTIK MERAH PUTIH, DENGAN AROMA AYAM MENUSUK LOBANG HIDUNG AKU, AKU PUN TAK PANDANG KIRI KANAN DAH!! (SEBENARNYA AKU BELI KFC, MAKAN KAT AYAM PENYET HIHIHIHI)

CHE KU CUIT AKU, DIA TUNJUK KAT PINTU MASUK!

"APAHAL CHEQ?"
AKU BERTANYA. DIA MENJUIHKAN BIBIR KE ARAH PINTU MASUK.
"APSAL? KAU NAK ORDER TAMBAH KE?"
AIK. GELENG PLAK!
"DAPAT GRED C JA?"
AKU DAH BLUR. BILA PLAK DIA AMBIK PEKSA? KULIAH PJJ BARU SEM 1, SEM PUN BARU BUKAK, TAKKAN DAH EXAM KOT!
"TU HA....GRED KEBERSIHAN. DAPAT GRED C. KEDAI TU PUN DAPAT GRED C GAK!"
BERITAHU CHEKU. AKU MULA FAHAM. MULALA JADI KURA-KURA, TERJENGUK-JENGUK KE KEDAI SEBELAH, KEDAI NASI KANDAR.
"BERANI PLAK KITA MAKAN EK?"
KATA2 DARI CHEKU MEMBUATKAN AKU BERFIKIR SEJENAK.

BERTAPA MENTALITI MASYARAKAT KITA SEKARANG NI AMATLAH DITAHAP YANG RENDAH. DAH TAU KEDAI TU 'BOLEHLAH' DARI SEGI KEBERSIHAN, KITA STILL LAGI MASUK MAKAN. BILA DAH KENA SAKIT PERUT, CIRIT BIRIT, MUNTAH-MUNTAH, MULA LA NAK SALAHKAN KEDAI TAK BERSIHLA..KOTOR LA!!!
DAH NAMPAK TERPAMPANG KAT KEDAI TU, JANGANLA MASUK! NI LA DINAMAKAN CARI BALA. PASTU NAK SAMAN SANA, SAMAN SINI!!

SEKARANG NI SEKALI NGAN AKU, DOK FIKIR, KENA FIKIR DAN MASA DEPAN, HARUS FIKIR. 

SALAH SIAPA SEBENARNYA.......................



Lisa & Yusri: Rahsia makin terbongkar.


Gambar ni diambil masa open house rumah abang Yusri.
Pakai sedondon, samping dibeli Lisa, takkan still takdak apa-apa kot!!
Dua-dua popular....belajar okey....zorang cantik, sorang hensem...
Macam acuan plak...bakai pinang dibelah dengan kapak...eh bukan..(perosak pepatah sungguh aku ni) bagai pinang dibelah dua. 

Moga jodoh diorang ni menjadi la...janda yusri, si Erra pun dah anak 1....
Takkan nk tanggu2 lagi kot....

HM: Salah guna ilmu

Hai apa nak jadi dengan sorang pelajar ni...
Ilmu tinggi melangit, tapi salah guna ilmu tu ke jalan yang salah
Ni la jadinya kalau terlebih belajar ni....
Nak kaya cepat...akhirnya makan diri.
Apa yang aku nak kata....PADAN MUKA.

Polis dah tangkap dorang ni...orang Pakistan dan Jordan. Orang warga kita pun ada 4 orang. 
Hai apa nak jadi skrg ni!!!

So sekarang ni kita kena hati2 sikit masa guna ATM. Depa ni akan ciplak maklumat kita lepas kita guna ATM. Lepas tu malaun2 ni akan muat turun nama, kata laluan dan no telefon kita melalui teknik 'pishing' sebelum memuat maklumat daripada kios ke dalam pendrive atau ke laptop melalu perisian khas. 

Pastu mula la call magsa cakap yang kononnya servis tergendala la....itu la ini la...! banyak la kau punya lakonan.

So lepas ni kengkawan, hati2 tau bila guna ATM tu....lau nampak org yang something tu, bagi ja dorang guna ATM dulu...Lau dah kena jgak tu, takdak rezeki lajawabnya huhuhuhu......

Antara simcard yang digunakan.



HM: Lagi budak lemas dalam tangki najis

Kali ni jadi kat Rompin Pahang.
Budak yang jadi mangsa kali ni, umur baru 3 tahun
Time tu bapak dia dok meniaga, anak dia plak g main kat tepi tangki najis tu. 
tangki tu plak, tak ditutup dengan baik. 
tutup guna papan ja. pa lagi tergelincir jerla...

Ha ni satu lagi yang aku hangin satu bahan ni.............
Tengokla wahai pencuri-pencuri besi sekalian, 
tindakan korang yang sesuke ati mak bapak tok nenek korang telah menyebabkan orang lain kehilangan orang yang tersayang...
Mungkin korang nyesal bila ahli keluarga korang sendiri yang jadi macam tu!!
Time tu baru korang ingat, langit tu tinggi ke rendah.....

Mangkuk tul la pencuri besi ni!!!

Mangkuk tingkat...mangkuk jamban.....

HM: Bunuh Parent Sebab Halang Jual Rumah Pusaka

Hai apa nak jadi dengan dunia masa sekarang...
Anak boleh plak bunuh parent dia sebab parent dia tak bagi jual rumah pusaka..
Dah muflis tu buat la cara muflis....ni tak..sesuke ati ja nak 
bunuh segala...ingat sumer hukuman tu kita yang tentukan ke...
Kat rumah ni la....


Malas dah nak citer bebanyak.....nak baca, clik ja kat link bawah ni

Animal In News

 Hai.............
 Pak..kenapa banyak belang kat badan kita ni
 Main..
 Kau pergi cari makanan lagi....
 Liga Gajah...
 uik...panasnya....
 pergi mana....dah lewat baru balik....bebelbebelbebel
 pegang kuat2 tau
 kira ke kanan..........kiri ke kanan......
 abah...nak ikut/...
 comelnyerrrrrrrrrr
 Aku punya...aku punya..........
 Tarzan
 1...2...3...4...sapa cepat dia dapat
 Ramalan untuk tahun ni, Malaysia menang Piala Dunia
 Buai laju2 sampai pokok sena, apa dalam baju sekutum bunga cina...
Alot of dalmation........sapa kakak , sapa abang...sapa adik.....achik..angah...along.....fenin...fenin...

Tuesday, 13 September 2011

Hari Yang Okey sikit

Boring gak la arini...
Kerja dah banyak siap...
Hari ni tak macam semalam..nak cakp pun tak boleh!!
kira okey la sikit kan, daripada bernafas dok bunyi hek hekkkk hekkkkkkk ja..
biasala filter dah rosak macm nila.......

Mai petang, baru ada masa nak tulis catatan di atas kanvas eh bukan.........nak ketuk kekunci keyboard ni hehehe.....

Tetiba datang kerja plak...
Training...training....takda kerja lain ker
Tensyen nih!!!!

Sunday, 11 September 2011

Isnin Yang Deman

Hari ini aku bermula dengan mood ayam berak kapur..
Mana taknya...hidung dok soksek soksek, tekak dok kohkohkoh,
nafas lak toksah dok kata la...macam ayam kena sembelih ja....

Asma aku ni aku kena time pergi fitting baju untuk majlis aku nanti...
balik beli dapur gas baru dengan cerek elektrik baru 
Bagi mak.......
Dah lama orang tua tu dok merungut...
Dah beli harap berhenti la dok merungut tu...
@
Sambung nmerungut nak benda lain lak nanti...

Dulu masa aku kerja kat alor star tu, tapak STARGATE baru nak buat.
Bangunan kat STARGATE tu aku yang buat, 
Eh, bukan..mat2 bangla yang buat, aku supervis dorang ja...hehehehehe
Dah lama aku tak pergi upernyer dah ada dah Tesco kat situ,
tapi yang tak bestnya, tesco kat situ takdak bumbung,
Maksud aku, parking la........
Mentang2 la, tanah tu luas, ko tak buat bumbung yer...........
Bek best lagi Tesco Seberang Jaya, Parking kat luar pun, still ada bumbung...
Aku bukan nak bebel bukan2 kat sini, aku cuma taknak orang lain mendapat akibatnya macam aku ni....demam++batuk++selsema++asma.
Kesian tau.................

Eiryz Eilyz: Pantun Orang Malas Solat

Eiryz Eilyz: Pantun Orang Malas Solat: Apasal la aku malas solat, Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh ma...

Pantun Orang Malas Solat


Apasal la aku malas solat,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas solat,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas solat,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas solat,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas solat,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!