Wednesday, 26 September 2012

N3 Khas~Buat Melur Jelita~

Masa aku mula dapat Novel "Awak Suka Saya Tak?" karya sulung dari Melur Jelita, aku sedikit pun tak hairan. Namun, setelah puas selidik isi di dalamnya, baru aku tahu, pepatah "Don't judge book with the cover" (aku pun tak tahu betul ke tak apa yg aku tulis tu) betul2 kena kat batang hidung aku! sekarang bukan setakat sekali, malah dah berkali2 aku khatam buku tu! buku itula aku usung ke sana sini...sampai orang pun hairan tengok buku tu dah lunyai...........

Awak Suka Saya Tak? Karya sulung Melur Jelita
Sekarang, aku ada BOYFRIEND baru...! namanya ILUS! ILUS stand for I LOVE YOU STUPID! Aku dah lama follow page dari Melur Jelita. Bila dapat tau dia nak keluar novel baru, aku apa lagi terusler follow dia punya news..and finally, penantian aku tidak sia-sia apabila novel yang aku nantikan telah berada di dalam tanganpada hari ini, 26 SEPTEMBER 2012, PUKUL 3 PETANG. thanks to Karya Seni dan Melur Jelita kerana menghasilkan bahan ilmiah yang bukan sahaja mmberikan kami ilmu malah hanyut dalam penceritaan yang tidak pernah aku mimpikan. Luv u ols!

Baru jer sampai!!!

2 biji aku beli...Satu untuk my beloved best friends forever  Miss April aka Che Ku Fatimah


Tuesday, 25 September 2012

N3 Agama ~Hukum Kahwin Wanita Hamil Kerana Zina~


Soalan :


Assalamualaikum ustaz,
Apakah hukum mengahwini wanita yang hamil kerana terlanjur berzina?

Terima kasih atas bantuan ustaz, semoga mendapat rahmat Allah.

Jawapan :

Assalamu ‘Alaikum,
Al-Hamdulillah, Wassalatu ‘ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi,

Telah disepakati oleh para ulamak bahawa harus seorang lelaki mengahwini wanita yang dizinainya. Ibnu ‘Abbas r.a. pernah ditanya berkenaan seorang pemuda yang berzina, kemudian ia bertaubat dan ingin mengahwini wanita yang dizinainya sebagai jalan menutup keaiban wanita tersebut, maka beliau menjawab;

أَوَّلُهُ سِفَاحٌ، وَآخِرُهُ نِكَاحٌ، وَالْحَرَامُ لاَ يُحَرِّمُ الْحَلاَلَ

“Diawal adalah sifah (zina) dan diakhirnya adalah nikah. Yang haram tidak mengharamkan yang halal”.

Jika lahir anak selepas enam bulan dari tarikh berlakunya akad perkahwinan, maka nasab anak itu sabit kepadanya. Namun jika lahir kurang dari enam bulan, maka nasab tidak sabit kepadanya.

Namun jika wanita yang dizinai diketahui telah hamil, bagi masalah ini terdapat dua pandangan ulamak;

Pandangan pertama;

1 ) Pandangan Imam Syafi’ie dan juga Imam Abu Hanifah; 
Wanita yang hamil kerana berzina harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain, namun tidak harus mensetubuhinya hinggalah ia melahirkan anak yang dikandungnya mengikut pandangan Imam Abu Hanifah.

Menurut Imam Syafi’ie; makruh mensetubuhinya dalam keadaan hamilnya itu. Bagi pandangan ini, tidak ada kehormatan bagi zina untuk mewajibkan iddah ke atas wanita yang berzina. Oleh demikian, harus ia dikahwini pada bila-bila masa sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain sekalipun ia sedang hamil.

Cuma jika ia sedang hamil diharamkan mensetubuhinya (mengikut mazhab hanafi) atau dimakruhkan (menurut mazhab Syafi’ie) sehinggalah ia melahirkan anak. Selain itu –menurut pandangan ini juga- jika wanita yang berzina itu mempunyai suami harus suaminya mensetubuhinya tanpa perlu menunggu tempoh iddah tertentu sebagaimana pandangan kedua nanti.

Pandangan kedua;

2 ) Pandangan ini merupakan pendapat Imam Rabi’ah, as-Tsauri, al-Auza’ie dan Ishaq dan ia merupakan pegangan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Ahmad.
Wanita yang hamil kerana berzina tidak harus dinikahi sehinggalah ia melahirkan anaknya.Ini kerana menurut mereka, wanita yang melakukan persetubuhan zina wajib ke atasnya beriddah selama tiga kali haid atau tiga bulan (mengikut pendapat Imam Malik) atau dengan melahirkan anak jika ia hamil.

Jika wanita yang berzina itu mempunyai suami, haram ke atas suaminya mensetubuhinya hinggalah tamat iddahnya itu. Kesimpulannya; mengikut pandangan ini, wanita yang berzina tidak harus dikahwini kecuali setelah tamat iddahnya iaitu tiga kali suci atau tiga bulan. Jika ia hamil tidak harus dikahwini kecuali setelah melahirkan anak. Di samping itu mereka menambah satu lagi syarat iaitu hendaklah wanita itu telah bertaubat dari zina.

Wallahu A’lam.

[1] Pandangan ini juga dipilih oleh Imam Abu Yusuf dan Zufar dari mazhab Hanafi. Dalam masalah ini mereka berbeza pandangan dengan Imam mereka iaitu Imam Abu Hanifah yang akan kita huraikan nanti pandangannya. (Lihat; Ahkam al-Marah al-Hamil, Yahya Abd. Rahman al-Khatib, hlm. 75).N

Thursday, 13 September 2012

N3 Soal Jawab Agama ~Qada Solat 10 tahun~


BAGAIMANAKAH cara untuk qada solat yang ditinggalkan selama hampir 10 tahun?

AMIR,
Johor 

SETIAP umat Islam hendaklah menjaga solat pada setiap hari dan masa. Meninggalkan solat dikira berdosa besar. Sesiapa yang meninggalkan solat hendaklah bertaubat dan memohon keampunan Allah. 
Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita. Sebenarnya, qada solat tidak dapat menggantikan solat yang pernah ditinggalkan kerana masanya sudah luput kecuali kerana tidak sengaja atau tertidur.

Waktu solat ialah pada masa itu juga. Ada pendapat menyatakan solat itu tidak dapat diqadakkan lagi. Lebih-lebih lagi apabila sudah sampai 10 tahun lamanya.

Bagaimanapun, sekiranya solat yang ditinggalkan diqadakkan juga, ia tentu dapat menampung kelalaian lalu. Segala amalan baik tentu diterima Allah apabila datang daripada hati yang penuh ikhlas.

Justeru, qada solat boleh dilakukan sedaya yang mampu saja tanpa ada cara yang afdal. Anda juga boleh melakukan amalan sunat lain seperti membaca al-Quran, sedekah dan sebagainya bagi menampung dosa lalu.

N3 Soal Jawab Agama ~Puasa Sah Walaupun dalam Hadas Besar~


JIKA saya melakukan hubungan kelamin bersama suami pada malam bulan Ramadan lalu dan mandi hadas selepas subuh, adakah saya boleh meneruskan ibadah puasa pada hari itu?

SARA,
Kuala Lumpur 

HUBUNGAN seks atau bersetubuh antara suami isteri pada malam bulan Ramadan dibenarkan dalam Islam (al-Quran, al-Baqarah (2): 187). 

Puasa seseorang itu tetap sah walaupun berada dalam hadas besar dengan syarat sudah terlebih dahulu berniat untuk berpuasa pada malam itu.

Tidak menjadi syarat bagi orang yang berpuasa supaya suci daripada hadas. Perkara itu juga berlaku pada Rasulullah s.a.w seperti yang diriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda mandi dan berpuasa pada hari itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagaimanapun, lebih baik bagi setiap pasangan Muslim sekurang-kurangnya berwuduk sebelum tidur selepas perhubungan seks.

Itu amat baik dalam menjaga kesucian diri dan jiwa. Begitu juga, mandi hadas besar sebelum tidur sekiranya boleh berbuat demikian.

HM: Pelajar Belasah GURU

benda ni jadi kat Alor Star....aku pun dah muak dengan cerita macam ni!!! Langsung tak hormat guru. aku malas nak melalut banyak2...buang air liur jerk!! eh bukan, buat penat jari menaip jer....so nak baca klik ler link kat bawah tu yer....

http://www.hmetro.com.my/articles/Pelajarbelasahgurudisiplin/Article

Tuesday, 11 September 2012

N3 Tips ~ Perbezaan Antara Telur PALSU dan BETUL-BETUL Telur~




Tajuk tak boleh blah!! Boleh plak aci tulis "betul-betul telur"! Kenapa? Sebelum ni ada yang tak betul telur ker??

Sebenarnya, ada dan aku sendiri pernah terkena!! Patutlah murah giler time beli tu!! Kat mana aku beli tu, tak payah la nak dijadikan isu, cuma dalam 10 biji tu, adala 3 biji aku terkena! sekali tengok macam pelik pun ada!! Tapi nasib baiklah aku dapat cam. Apapun, lebih baik kita berjaga-jaga terutama sekali wanita a.k.a. ibu yang selalu masak telur goreng kat anak2 atau diri sendiri (telur bujang huhuhuh)...! Jangan sampai menjejaskan kesihatan sudahlah!!


Sunday, 9 September 2012

N3 Agama ~Abang Enggan Jadi Wali~


SAYA bakal melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun depan namun mempunyai masalah berkaitan wali. Saya anak yatim yang kematian ayah kira-kira 15 tahun lalu.

Saya mempunyai tiga abang berlainan ibu. Daripada apa yang saya belajar, abang itu adalah wali saya yang sah. Baru-baru ini, seorang kakak ipar ada memberitahu mereka tidak mahu mewalikan saya. 
Semua abang saya tidak mahu mewalikan perkahwinan saya kerana mereka berselisih faham dengan ibu saya (ibu tiri mereka). Bolehkah saya memohon wali hakim untuk perkahwinan saya?

NOR,
Pulau Pinang 


PERSETUJUAN wali pihak perempuan dikehendaki bagi sesuatu perkahwinan untuk diakui sah. Sekiranya wali nasab dalam kes ini iaitu abang saudari enggan memberi persetujuan tanpa sebab yang mencukupi, hakim syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat saudari bermastautin boleh memberi persetujuan dengan perkahwinan itu oleh wali raja atau hakim.

Perpindahan wali nasab kepada wali raja akan membabitkan prosedur mahkamah dalam kes di atas. Ada baiknya saudari berunding dengan abang supaya bersetuju untuk menjadi wali supaya tidak perlu dibicarakan di Mahkamah.

Ia sudah tentu mengambil masa dan tenaga sedangkan ia boleh dilakukan secara mudah apabila abang bersetuju menjadi wali.

Perselisihan dengan ibu tiri sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk menghukum adik yang tidak bersalah.

Lagipun, ikatan silatu
rahim sesama keluarga sangat dipentingkan Islam.