Sunday, 24 April 2011

Berday CKF

Baru-baru ni kami menyambut berday CKF kat Secret Recepi's. Best Giler.....Tema...PINK lagi....hehehehe...ala pinky girl gitu....nasib bek Pink Panther takder..lau tak kami ni pun macam specis dia jugak la kot hehehe......
Ye ye...dapat hadiah!!

Ayu Gitu...

Kalu tak mo, bagi aku jer...nih bawak beg besor nih!!

Tak boleh tak boleh....aku pun dah bawak beg besau jugak!!

Dahaga........


Berday gurl tengah runsing umoo dah plus 1


Chiken Rice Black Paper

Tomyam

Banana apa ntha..luper

Hezelnut

Bila nak makan ni..aku dah kebulur nih

Sabar-sabar...ko kan berday gurl...kontrol la ayu sikit

spageti di itali


Makan la weh...tadi lapo sangat

gedik ++ control ayu



Gambar wajib


Macam2





Nak balik dah.........

Jangan Pandang belakang
Kami balik pun dah ngan-ngan dengan waktu tutup Jusco. So....Selamat Hari Jadi CKF yang ke 2.........(Biarlah rahsia)

Tuesday, 12 April 2011

Jari Mana Disyariatkan Memakai Cincin?

Jawapan pada soalan tersebut adalah bertepatan dengan kandungan antara 13 Nasihat Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam berpesan kepada Saidina 'Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dapatlah kita pahala.
Wallahulam.

Rahsia Angka 11 dan Peristiwa 11/9

Sungguh menarik. Baca dari awal hingga akhir. Jika anda seorang yang skeptikal, teruskan saja pembacaan anda, jangan henti sekerat jalan kerana sebenarnya ia amat menarik.
Malah, boleh dikatakan, ia juga agak menakutkan! (terutama tips yang bahagian akhir tu)
  1. Nama ‘NEW YORK CITY’ terbina dari 11 huruf & Nama ‘AFGHANISTAN’ juga terbina dari 11 huruf
  2. Nama pengganas yang pernah membuat ugutan untuk menyerang Menara Berkembar (NY Twin Towers) pada tahun 1995 adah ‘Ramsin Yuseb’. Nama ini terbina dari 11 huruf. Nama ‘GEORGE W BUSH’ juga terbina dari 11 huruf.
  3. New York adalah negeri ke 11 bagi Negara US
  4. Kapal terbang pertama yang melanggar Twin Towers adalah Penerbangan no 11. (flight number 11). Kapal terbang ini membawa 92 penumpang. 9 + 2 = 11
  5. Kapal terbang kedua yang melanggar Twin Towers adalah Penerbangan no 77 (flight number 77). Pesawat ini membawa 65 penumpang. 6 + 5 = 11
  6. Tragedi ini berlaku pada 11hb September. Ia juga dikenali dengan peristiwa 9/11. 9 + 1+ 1 =11. Fakta  angka (tarikh) 9/11 ini menyerupai nombor kecemasan Negara US iaitu ‘Rescue 911’
  7. Jumlah semua mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut ialah 254 orang. Maka, 2+5+4=11.
  8. 11 September adalah hari yang ke-254 dalam setahun kalendar. Maka, 2+5+4=11
  9. Peristiwa pengeboman besar yang berlaku selepas daripada insiden Twin Towers New York City ialah di Madrid pada 3/11/2004. Maka, 3+1+1+2+0+0+4=11
  10. Tragedi di Madrid ini berlaku 911 hari selepas tragedi ‘9/11’ di New York
  11. Menurut fakta Bangunan ‘Twin Towers’ ini dikatakan mempunyai 110 tingkat. Apabila disemak di dalam AlQuran, pada ; Surah ke 9 adalah surah AL-TAUBAH (surah ini tidak dimulakan bacaannya dengan kalam Bismillah). Surah ini ada 129 ayat. Dari ayat 1 hingga 93 ia berada di Juzu’ ke 10 dalam Al-Quran, manakala seterusnya dari ayat 94 hingga akhir (129) – ia berada di Juzu’ ke 11 dalam Al-Quran.
Apabila disemak pada surah ini (surah 9), juzu’ ke 11 & ayat ke 110, kita akan bertemu dengan cerita BANGUNAN (mula dari ayat 109-110) iaitu:
(109) Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid) atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu lebih baik, atau orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu (bangunan) itu roboh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.
(110) Bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi penyebab keraguan dalam hati mereka, sampai hati mereka hancur. Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Itu sahaja 11 fakta tentang “RAHSIA ANGKA 11 dan Tragedi 9/11”. Sebelum berundur, cubalah tips ni:
  1. Buka Microsoft Word. Kemudian, taipkan Q33 NY .  (Ini adalah no Kod Pesawat kapal terbang pertama yang merempuh Twin Towers) dan juga NYC.
  2. ‘Highlight’kannya dengan tetikus anda dan tukar ke ‘font’ saiz 48..
  3. Tukarkan pula jenis ‘font’ (jenis tulisan) ke “Wingdings”  (yang bermaksud ‘sayap yang berbunyi seperti loceng’) ...
Jika anda malas untuk mencubanya, berikut saya sediakan 'translation' bagi NYC :