Thursday, 31 March 2011

Aurat Wanita

Email ni aku dapat daripada kawan aku. Dia email kat aku, so aku nak kongsi la kat u ols. Lau yang dah tau, bagi bertambah tau la...jangan plak wat taktau....! Awat?? Dah tak hingat panas kat sana ka?! So pakat2 la kita sedaq diri...skali ngan aku pun dok tengah dok sedaq diri :-D

1. Bulu Kening
 -Menurut Bukhari, Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening @ meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki Berbunyi Loceng
 - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (@ mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. (Petikan Surah An-Nur ; 13). Maksudnya: Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.

3. Wangian
 - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudia melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung. (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah & Hibban).

4. Dada
 - Hendaklah mereka (perempuan) melanuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka (Surah An-Nur ; 13)

5. Gigi
 - Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya (Hadis Riwayat At-Thabrani). Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah SWT (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

6. Muka & Leher
 - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahiliah yang dahulu.

7. Muka & Tangan
 - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah : Wahai Azma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Hadis Riwayat Muslim & Bukhari).

8. Tangan
 - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya (Hadis Riwayat At Tabrani & Baihaqi)

9. Mata
 - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya (Surah An-Nur ; 31). Sabda Nabi Muhammad SAW, janganlah sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram (Hadis Riwayat Ahmad, Daud & Tirmidzi)

10. Mulut (suara)
 - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Surah Al-Ahzab ; 32). Sabda Rasulullah SAW, sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan orang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, makan Allah SWT akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi (Hadis Riwayat Ibn Majah).

11. Kemaluan
 - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangann mereka dan menjaga kehormatan mereka (Surah An0Nur ; 31). Apabila seorang perempuan itu solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya (Hadis Riwayat Al-Bazzar). Tiada seorang perempuan yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah SWT (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud & Ibn Majah)

12. Pakaian
 - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutamanya yang menjolok mata, makan Allah SWT akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaii & Abn-Majah).

Idea Penyangkut Baju

Ni aku taktau nak kata apa dah la.....ada jugak ibu-ibu, bapak-bapak yang buat anak dia macam ni. Tapi kretif gak. Aku bukan apa, takut budak tu tercekit susu, sapa nak menjawab. Takkan nak tanya kat penyangkut baju tu kot. Jangan nak buat perangai sengal kat sini ek.. booo layann!!!!!!!


Sengal kan mak bapak budak ni. Kecian..........Dah la bagi minum susu lembu, ditinggalkan sengsorang plak tuh....kijam........kijam...............APA SALAH DAKU!!! (aiseh, ter'emo' la plak)

Monday, 28 March 2011

Frendzzzzzzzzzz

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung....
Tiba-tiba CINTA terjatuh ke dalam telaga....
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta...
lalu KAWAN pun ikut sama terjun ke dalam telaga...
Kenapa??
Kerana...KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga CINTA hilang...
Kenapa??
Kerana....CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu....
Kenapa??
Kerana.... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.....kan??
So, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....
Walau kita punya couple, teman still paling setia.......
Walau kita punya harta banyak,
Teman paling berharga.

frenz never break...............

Adik










Cerita ni ada kawan aku yang bagi. Taktau mana dia cekau. 3 x aku baca, 3 x jugakla aku menangis. Lau u ols tak menangis, memang u ols ni ati batu cap besi. So, enjoy la yer sob sob sob...


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi
keperluan ana k gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar
ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat
rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah
tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,
lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air
mata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu
sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya
yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup
tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku
yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri ker ana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah ker ana mempertahankan
aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke
sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran
ke peringkat pra-univer siti .

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak t ana h bersama ibu
di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita
cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Di
mana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan
ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan
merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang
mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis ker ana
persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala
menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia
membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas
pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
tercatat.... .

"Kak...untuk dapat peluang ke univer siti bukannya mudah. Saya cari
kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia
cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk
ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada
pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri
dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut
orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa
yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku
cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli
apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu
untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya
luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit
ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
bekerja keras."

Apalagi....aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik
takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,
juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki
ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada
saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya
sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Lau korang tak nangis, korang memang tak nomal

Fakta tetapi Menipu

FAKTA
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan
kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air
suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah
celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,
seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan
keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin
helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat
memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta
tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh
telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah
keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa
sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap
sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang
Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku
sampai ia kena.......Tak normla la korang maknanya


I'M THIS GIRL

'i'm this girl............'
I'm the girl who will put her head on your shoulder, not because she's sleepy, but because she wants to be closer to you.

I'm the girl who likes to be kissed in the rain more than inside your bedroom or in an expensive restaurant.

I'm the girl who says,” Okay, but you owe me...” not because I actually want something, but because it means I get to spend more time with you.

I'm the girl you can take absolutely anywhere and I will have fun because it means I am spending time with you.

I'm the girl who is incredibly picky, but when I find someone I like I want to spend the whole night curled up in their arms.

I'm the girl who never forgets all the sweet little things you do for her.

I'm the girl who never gives up hope even when I tell others I have.

I'm the girl who once I let you into my heart, there's always a place there with your name on it. And even if we spend time apart, I'm the girl who never forgets you.

I'm the girl who loves to end a hug with a kiss.

I'm the girl who you can talk to about anything.

I'm the girl who will brag about you to all of my friends.

I'm the girl who will listen to you talk.

I'm the girl who loves it when you hug me for no apparent reason.

I'm the girl who loves it when you hug me from behind.

I'm the girl who loves you for you, and doesn't care what other people say about us.

I'm the girl who loves it when you introduce me to your friends as your girlfriend.

I'm the girl who loves the feeling when you take me by the hand without saying a word.

I'm the girl who loves it when you give me flowers for no apparent reason.

I'm the girl who thinks the world of you. All I want is for us to be together.



Thursday, 24 March 2011

Arabian Night

Hi ols...
aku nak tau korang satu tempat yang best kalau korang nak rasa makanan timur tengah. Best sesangat. Korang nak makan apa pun ada. Tapi kalau korang nak tengok penari gelek tu, aku taktau la ada ke tak. Nama restoren tu AL KHALEEJ ARABIC.

Kalau korang nak pergi, senang jer. Masuk ikut Autocity, pastu cari Maybank. Dah nampak kepala rimau tu, deretan kedai depan korang tu adala nama restoren tu.

Satu peringatan kepada anda semua. Kalau nak pergi makan kat sana, pergilah sewaktu poket u ols tebal dengan duit, dan bukan dengan angin. Makanan dia memang kelas. Berbaloi walaupun sepinggan dekat RM30 gak la. Tapi memang mengeyangkan.

Nama restoren

See...see...sepinggan Samosa pun dah RM28 hinggit. Kena cari banyak hinggit ler lau datang ker sini.

Ni air yang kitorang pesan. Jangan salah faham, yang nampak macam beer tu air coke :-)

Tengah tunggu makanan sampai. Lapar!!

Air dah sampai..

Aiseh....macam pernah dilihat minah nih

Ni menu aku punya...2 scop nasi tu. Mari makan reramai

CKF punya makanan. Macam best tapi memang best

Najmi punya makanan. 2 scop jugak.Tengok udang2 tuhhh

Ni menu sampingan kami. Lau makan kat western mesti ada kentang. Dah jadi menu wajib dah

Cak cak

Alalalala................aummmmm

Kenyang sampai tertido CKF

Ermm tu l;a sedikit sebanyak aktiviti kami bila seharian bekerja. Terasa berbaloi kepenatan  pada hari tu.

Wednesday, 23 March 2011

Difference Between Love & Marriage

Love is holding hands in the street.
Marriage is holding arguments in the street.


Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.


Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.


Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.


Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.


Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .


Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.


Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.


Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.


Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".


Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!"

Konvokesyen

Hi u ols, arini aku nak tunjuk sikit kat korang pic time aku konvo dulu. Sajer jer nak bagi korang jeles hehehe (takder maknernyer).
 















Ni la Mak aku. Awet muda tak!! Macam anak dia

Gambar family aku. Abaikan budak 3 orang kat depan tu. Adik aku yang kecik skali yang pakai baju merah tu.





Ngan Achik


Ngan Maksu aku. Thanks for the bunga

Satu2nya lelaki dalam family kami selain abah aku. Encem tak?






Itula sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku time konvo. Thanks kepada kengkawan sebab banyak memberi sokongan. I love u ols.
Kepada Abah, Mak & family thanks for coming. Cayang cemua!!

PERCUTIAN PULAU PANGKOR-HARI TERAKHIR

Harini merupakan hari terakhir kami meninggalkan tempat kediaman kami.Segala penat jerih kami sepanjang berada di tempat kerja rasa terbayar. Release sengsangat.





Time ni berdekatan dengan jeti dah. Alang-alang dah sampai, nak jugak shoping belacan seketui dua bawak balik. bagi cenderahati kat kengkawan (ada ke patut bagi belacan) : D






Time ni kami dah berangkat kat jeti dah. Tengokla betapa ramainya makhluk tuhan yang mengerumuni nak naik feri. Lemaih aih. Lau u ols nak tahu, time ni ari minggu. Sebab tu la ramai.



Time nii dah naik feri dah. Punya la dok wat aksi tolak menolak, akhirnya kami sampai jugak di depan. Punya la susah. Bau ni toksah dok kata la.. bau tengik. Nak buat macam mana, dah ramai sangat. Nanti tak pasal-pasal karam lak feri tu. Eh mintak simpangla. Nauzubillahminzalik.






 .
Alhamdulillah. kami dah selamat sampai. Setelah mengharungi lautan selama 30 minit, akhirnya kami sampai di Jeti. Dah tak mabuk laut dah.







 Ni menu kamii setelah kami balik dari penat lelah. Hampir 4 jam terperuk dalam bas, sampai ja terus g makan 'CHAR KOEW TEOW PERMATANG PAUH'. Ala lau uols datang sini, tanya ja Kedai char koew teow permatang pauh, sebelah masjid kuning. semua orang tau. Best giler char koew teow dia.

Wat masa ni. Ini la percutian yang kami pegi. Nanti banyak lagi aktiviti yang akan masuk nanti, Sabar jer la. u ols tunggu tau.Lau ada masa nanti, ada la....