Email ni aku dapat daripada kawan aku. Dia email kat aku, so aku nak kongsi la kat u ols. Lau yang dah tau, bagi bertambah tau la...jangan plak wat taktau....! Awat?? Dah tak hingat panas kat sana ka?! So pakat2 la kita sedaq diri...skali ngan aku pun dok tengah dok sedaq diri :-D
1. Bulu Kening
-Menurut Bukhari, Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening @ meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2. Kaki Berbunyi Loceng
- Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (@ mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. (Petikan Surah An-Nur ; 13). Maksudnya: Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.
3. Wangian
- Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudia melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung. (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah & Hibban).
4. Dada
- Hendaklah mereka (perempuan) melanuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka (Surah An-Nur ; 13)
5. Gigi
- Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya (Hadis Riwayat At-Thabrani). Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah SWT (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
6. Muka & Leher
- Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahiliah yang dahulu.
7. Muka & Tangan
- Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah : Wahai Azma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Hadis Riwayat Muslim & Bukhari).
8. Tangan
- Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya (Hadis Riwayat At Tabrani & Baihaqi)
9. Mata
- Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya (Surah An-Nur ; 31). Sabda Nabi Muhammad SAW, janganlah sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram (Hadis Riwayat Ahmad, Daud & Tirmidzi)
10. Mulut (suara)
- Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Surah Al-Ahzab ; 32). Sabda Rasulullah SAW, sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan orang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, makan Allah SWT akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi (Hadis Riwayat Ibn Majah).
11. Kemaluan
- Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangann mereka dan menjaga kehormatan mereka (Surah An0Nur ; 31). Apabila seorang perempuan itu solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya (Hadis Riwayat Al-Bazzar). Tiada seorang perempuan yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah SWT (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud & Ibn Majah)
12. Pakaian
- Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutamanya yang menjolok mata, makan Allah SWT akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaii & Abn-Majah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan