Isnin, 7 Mac 2011

Terjalin..

Malam kenduri tu, sampai pukul 2 pagi aku dok memikirkan perkara ini. pusing kiri, nampak muka kawan aku sorang tu. nek jeles tengok dia tido tak sedar diri. Pusing kanan, muka dinding aku renung. Alahai...berat hati ni. Last2, aku bangun, buat sembahyang Istiqarah...mintak2 apa yang aku harapkan diperkenankan oleh tuhan.

Malam tu aku bermimpi. Aku macam dapat petunjuk. Walaupun wajah dia tidak pernah dilihat, aku yakin, dialah jodohku. Namun, aku hanya mendiamkan diri.

Keesokan harinya aku dirias oleh mak andam (lelaki sebenarnya). Hanya mengenakan solekan nipis. Aku taknak tebal2..nanti nampak macam opera cina lak. Ala...solek sekadar menjadi pengapit dah la. Amanah ni..kawan aku soh jadi. Nak buat macam mana......

Aku ada jugak terintai2 disebalik langsir umah kawan aku tu. Habis, kedut langsir satin dia tu aku dok buka tutup. Bukan apa aku dok tengok anak makcik tu. Lau sama dengan mimpi aku, aku go on jer la. Hampa. AKu tak nampak pun. Tiba2 pengantin lelaki sampai. Aku apa lagi, gelabah la. 1st time jadi pengapit nih.

Selesai ja mereka2 yang berkenaan bersanding bagai, aku pun per lagi terus menuju ke meja kenduri la. Lapar la. Pagi tadi nyerok makan roti 4 segi ja. Mana tahan. Tapi, bile saja aku tengok menu aritu, terus hilang selera. Air sirap selasih dah 2 gelas aku teguk. Nak makan nasi, bila saja terpandang kepala ikan tu, buat selera aku terbantut.

Kawan aku hanya ketawa. Tak guna punya Nurull, apsalla kau tak gtau rumah kau ni, kenduru makan ikan keli. Bukannya dia taktahu, aku dengan ikan keli ni alergik sikit. Dia kira nak suap aku ja. Nasi yang aku ambik pun, belum dijamah, dia sudah letak ikan keli sambal dalam tu. Nak suruh paksa aku makan ler tu. Maaf yer weh, tak kuasa aku. Nak plak kepala ikan keli tu, mak aihhh...........besau giler.......!! Aku mencicit lari apabila Nurull menyuakan kepala ikan keli ke mukaku. Bukan apa, terkejut..Aku per lagi, merajuk giler la. Tak perasan pulak, bakal mak mentua aku dok tengok. Bila saja terpandang mukanya yang berada di pintu rumah, aku gelabah semacam. Abih aku kena rejek. Komen aku dalam hati. Tapi, tiba2 ja, dia gamit ke arah aku. Suspen wehh.................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan