Wednesday, 19 August 2015

Tuesday, 18 August 2015

Daging Bakar

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.


Menu ringkas.
Air asam tak interframe sebab Encik Fadzil tak sempat nak siapkan, aku dah kelam kabut nak ambik gambar.

Sebenarnya, menu ni masa balik kampung yang lepas.
Punyala lama, baru nak buat N3, nasibla lau penyakit M datang menyerang tetiba.
Menu ni permintaan daripada Encik Fadzil sendiri. Memandangkan dia ada membeli daging fresh masa gi pasar aritu, dapat pulak daging yang teramat sesuai untuk dibakar, yang ada lemak2 ckit, yang ada urat2 cikit, memang sedap lau dibakar. 

Tapi, oleh kerana masak dalam ketuhar, daging tu nampak dry sikit. Mungkin encik suami cepat sangat buka aluminium foil kot!! Xpela, len kali kena beringat la time nak bakar daging tu. 


Bahan-bahan
½ Kg  Daging - mana-mana bahagian pun takpe, ikut selera masing-masing
3 ulas Bawang Putih *
3 ulas Bawang Merah*
2 sudu besar Kicap Manis
2 sudu besar Sos Tiram
2 inci halia*
1 batang serai-dihiris*
Garam dan gula secukup rasa
Perasa tambahan (optional)

Cara Membuatnya

Daging dipotong setebal 2 inci sebesar tapak tangan, di cuci dan ditos. Ketepikan. Blender bahan yang bertanda *. Tuangkan ke dalam mangkuk. Campurkan kicap manis, sos tiram, garam, gula dan perasa tambahan. Kemudian, lumur daging dengan bahan yang tadi dan dimasukkan ke dalam bekas untuk diperap semalaman atau sekurang-kurangnya 1 jam. Selepas diperap, daging tersebut boleh dibakar dalam ketuhar dengan kaedah salai atau dibalut dengan aluminium foil. Kaedah salai akan menyebabkan daging menjadi kering. Boleh juga dibalut dengan aluminium foil. tapi bila sudah setengah masak, dibuka untuk mendapatkan kerak di atas lapisan daging. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit. Lebih kurang dalam 10-15 minit, dibuka sedikit aluminium foil untuk mendapatkan kerak bakar. 
Wallahualam. 

Friday, 14 August 2015

Waktu baik Untuk Berdoa



Assalamualaikum

DOA!
Setiap dari kita selalu berdoa
Tak kisahla berdoa dalam hati ke atau selepas solat ke atau pun yang selalu kita buat berdoa bila kita ditimpa musibah atau kesusahan!
Saya tak cakap orang lain.
Saya cakap mengenai diri sendiri.
Doa merupakan kekuatan atau boleh juga dikatakan satu psikologi positif sebagai satu dorongan kepada kita untuk berfikiran positif.
Tapi, kadang-kadang kita berasa kecewa kerana doa kita tidak dimakbulkan atau lambat ditunaikan!
Marah?
Anda marah kepada perancangan yang telah Allah SWT rancangkan kepada kita? Untuk kebaikan kita sendiri. 
Muhasabahlah diri untuk kebaikan kita bersama.
Termasuklah saya sebagai hamba-NYA yang tidak pernah jemu untuk melakukan kesilapan.

Ketahuilah anda, jika kita berdoa, amalkan berdoa di waktu-waktu begini!
Insya Allah, Allah akan mendengar bisikan kita.
INSYA ALLAH.
  • Waktu Sahur / sepertiga malam
  • Ketika berbuka puasa
  • Ketika malam lailatul qadar
  • Di antara azan dan istiqamah
  • Ketika sujud dalam solat
  • Ketika sebelum salam dalam solat wajib
  • Di hari Jumaat
  • Ketika hujan turun
  • Hari Rabu antara Zuhur dan asar
  • Ketika perang
  • Ketika minum air zamzam

Wednesday, 12 August 2015

Sotong Goreng Tepung

Assalamualaikum...

Permintaan En. Suami jarang aku tak tunaikan
Kebetulan aku pun gila makan jugak, sama dengan Encik Fadzil kita tu!
Dia lagi dasat!
Aku pun tak dasat macam dia ekekeke
Ops, termengumpat pasal tok laki lak!
Dosa you!!!!!!
Ampun yer suamiku!
ada yang muntah hijo karang

Encik suami amat gemarkan seafood
terutama sekali Sotong goreng tepung
Jika pergi Jalan-Jalan cari makan kat Kuala Perlis, sotong goreng tepung menjadi pilihan
Tapi yang sakit ati, harganya pun boleh tahan mahalnya
Setahun sekali bolehla pergi try, lau tiap2 minggu, bilionair pun boleh bankrup gitu!

Selalunya, jika g kuala perlis, dekat 1/2 kilo untuk sotong goreng tepung, dalam anggaran RM18. mahai jugak kan!
Encik Suami asyik tanya, bila nak masak macam ni, macam kat kuala perlis. Dia takmo yang macam cucuq kembung tu, macam makan tepung ja...
So, aku pun try ler buat mana yang patut, dan dapatla cilok resepi dari tuan kedai tu, n balik ler try!
Alhamdulillah, menjadi. Selalu kena puji ngan Enck Suami. 
menu wajib tiap2 hujung minggu.
Boleh juga dibuat dengan ikan, ketam, udang xpun boleh juga dengan sayur-sayuran seperti ubi keledek, daun bayam, daun kangkung dan macam2 lagi la yang boleh di cuba!

Nak resepinya, boleh la try resepi saya ni.



Bahan-bahannya:

4 ekor sotong - dipotong bulat
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
3 biji telur - dipukul manja
sedikit garam
sedikit lada hitam
minyak untuk menggorang tenggelam

Cara membuatnya:

1.      Bersihkan sotong dan potong bulat-bulat – ikut suke nak saiz mana yer!
2.       Campurkan kesemua tepung, garam dan lada hitam. Gaul sebati.
3.       Panaskan minyak. Celup sotong di dalam telur dan kemudiannya digolekkan di atas tepung.- jika nak lebih crispy, celup semula ke dalam telur dan golekkan semula ke dalam tepung.
4.       Goreng tenggelam, bila kekuningan, boleh la diangkat dan dihidang begitu sahaja atau boleh juga dimakan dengan nasi panas2 bersama sup @ tomyam.

Wallahualam.

Cara Mengatasi Gejala Sihir ~DUKE~


N3 sebelum ni adalah mengenai Tanda-tanda Terkena Sihir
(Boleh bacanya dengan meng'klik' tajut tersebut)

Berikut merupakan penjelasan dan cara mengatasi SIHIR....

Apabila seseorang itu terkena sihir, sama ada dari segi fizikal @ spiritual, Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan SIHIR.

Nabi Muhammad SAW pernah terkena SIHIR dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Quran yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir. Malah Nabi Muhammad SAW telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca 6 ayat utama surah Al-Baqarah, 3 ayat daripada surah al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan 3 ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah SWT boleh menyembuhkan SIHIR.

Ringkasan ayat tersebut:-

1) Surah Al-Baqarah 2: 1-6
2) Surah Al-Baqarah 2: 255-257
3) Surah Al-Baqarah 2: 284-286

Wallahualam

Sumber: www.mynudara.com

Tuesday, 11 August 2015

Tanda-tanda Terkena Sihir ~DUKE~


Pernah dengar tentang SIHIR?
Pernah kena @ ada kawan / saudara yang kena?
@ kita sendiri pun tak tahu kita sebenarnya diSIHIR..
Macamna nak mengetahuinya....

Berikut merupakan tanda-tanda jika terkena sihir.

1. Sakit kepala selepas waktu Asar ke atas
2. Badan terasa berat & malas
3. Sukar mendapat JODOH
4. Badan terasa bisa-bisa
5. Sakit ketika ziarah orang meninggal
6. Sukar tidur malam
7. Sakit pinggang tanpa sebab
8. Sakit dada bila waktu asar ke atas
9. Mimpi melihat binatang seperti ular & sebagainya
10. Berminpi menyusukan bayi @ bayi
11. Bermimpi di tempat tinggi
12. Bermimpi di tempat yang kotor
13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas asar
14. Ada terasa benda bergerak di bawah kulit
15. Bayi kerap menangis
16. Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil
17. Sayang melampau2 walaupun baru mengenali
18. Malas beribadat
19. Nanyuk ketika usia lanjut
20. Panas baran
21. Sikap berubah secara mendadak
22. Gelisah dan panas ditengkuk bila mendengar al-quran
23. Suka melakukan tabiat buruk
24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran
25. Kerap keguguran
26. Gagal melakukan hubungan intim
27. Mengantuk bila mendengar al-quran
28. Bermimpi seram yang menakutkan
29. Darah haid turun melebihi 15 hari
30. Batuk yang berpanjangan
31. Selalu ditindih ketika tidur
32. Kuat berangan
33. Terlalu rasa rendah diri & tidak berkeyakinan
34. Nafsu seksual yang melampau
35. Selalu melihat kelibat dirumah
36. Terasa diri selalu diperhatikan
37. Mandul
38. Kerap mendengar sesuatu bisikan
39. Melihat Jin secara terus
40. Sakit Mental / Gila

Tanda-tanda ini dipetik dari FB Peminat Ustaz Kazim Elias
Semoga bermanfaat.

Bagaimana untuk mengatasi Gejala Sihir?
Insya Allah, lanjutan pada N3 yang akan datang.

Wallahualam. 

Friday, 7 August 2015

Menu Ringkas: Ayam Goreng Kunyit, Lemak Kobis Cina dengan Tauhu & Sambal Bilis Pedas Manis


Assalamualaikum....

Dah lama rasanya tak menjengah ke sini menulis N3
Hanya hari2 blog walking saja

Menu ringkas semalam
Untuk orang bujang
Resepi biasa2 saja
Semua orang tahu membuatnya!
Selalunya menu ringkas macam ni, blh tambah 2 kali nasi
Alahai, rosak diet teman
Diet la sangat kan!

Sehingga bertemu lagi


Wassalam!