Selasa, 18 Ogos 2015

Daging Bakar

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.


Menu ringkas.
Air asam tak interframe sebab Encik Fadzil tak sempat nak siapkan, aku dah kelam kabut nak ambik gambar.

Sebenarnya, menu ni masa balik kampung yang lepas.
Punyala lama, baru nak buat N3, nasibla lau penyakit M datang menyerang tetiba.
Menu ni permintaan daripada Encik Fadzil sendiri. Memandangkan dia ada membeli daging fresh masa gi pasar aritu, dapat pulak daging yang teramat sesuai untuk dibakar, yang ada lemak2 ckit, yang ada urat2 cikit, memang sedap lau dibakar. 

Tapi, oleh kerana masak dalam ketuhar, daging tu nampak dry sikit. Mungkin encik suami cepat sangat buka aluminium foil kot!! Xpela, len kali kena beringat la time nak bakar daging tu. 


Bahan-bahan
½ Kg  Daging - mana-mana bahagian pun takpe, ikut selera masing-masing
3 ulas Bawang Putih *
3 ulas Bawang Merah*
2 sudu besar Kicap Manis
2 sudu besar Sos Tiram
2 inci halia*
1 batang serai-dihiris*
Garam dan gula secukup rasa
Perasa tambahan (optional)

Cara Membuatnya

Daging dipotong setebal 2 inci sebesar tapak tangan, di cuci dan ditos. Ketepikan. Blender bahan yang bertanda *. Tuangkan ke dalam mangkuk. Campurkan kicap manis, sos tiram, garam, gula dan perasa tambahan. Kemudian, lumur daging dengan bahan yang tadi dan dimasukkan ke dalam bekas untuk diperap semalaman atau sekurang-kurangnya 1 jam. Selepas diperap, daging tersebut boleh dibakar dalam ketuhar dengan kaedah salai atau dibalut dengan aluminium foil. Kaedah salai akan menyebabkan daging menjadi kering. Boleh juga dibalut dengan aluminium foil. tapi bila sudah setengah masak, dibuka untuk mendapatkan kerak di atas lapisan daging. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit. Lebih kurang dalam 10-15 minit, dibuka sedikit aluminium foil untuk mendapatkan kerak bakar. 
Wallahualam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan