Assalamualaikum...
Permintaan En. Suami jarang aku tak tunaikan
Kebetulan aku pun gila makan jugak, sama dengan Encik Fadzil kita tu!
Dia lagi dasat!
Aku pun tak dasat macam dia ekekeke
Ops, termengumpat pasal tok laki lak!
Dosa you!!!!!!
Ampun yer suamiku!
Encik suami amat gemarkan seafood
terutama sekali Sotong goreng tepung
Jika pergi Jalan-Jalan cari makan kat Kuala Perlis, sotong goreng tepung menjadi pilihan
Tapi yang sakit ati, harganya pun boleh tahan mahalnya
Setahun sekali bolehla pergi try, lau tiap2 minggu, bilionair pun boleh bankrup gitu!
Selalunya, jika g kuala perlis, dekat 1/2 kilo untuk sotong goreng tepung, dalam anggaran RM18. mahai jugak kan!
Encik Suami asyik tanya, bila nak masak macam ni, macam kat kuala perlis. Dia takmo yang macam cucuq kembung tu, macam makan tepung ja...
So, aku pun try ler buat mana yang patut, dan dapatla cilok resepi dari tuan kedai tu, n balik ler try!
Alhamdulillah, menjadi. Selalu kena puji ngan Enck Suami.
menu wajib tiap2 hujung minggu.
Boleh juga dibuat dengan ikan, ketam, udang xpun boleh juga dengan sayur-sayuran seperti ubi keledek, daun bayam, daun kangkung dan macam2 lagi la yang boleh di cuba!
Nak resepinya, boleh la try resepi saya ni.
Bahan-bahannya:
4 ekor sotong - dipotong bulat
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
3 biji telur - dipukul manja
sedikit garam
sedikit lada hitam
minyak untuk menggorang tenggelam
Cara membuatnya:
1. Bersihkan
sotong dan potong bulat-bulat – ikut suke
nak saiz mana yer!
2.
Campurkan kesemua tepung, garam dan lada hitam.
Gaul sebati.
3.
Panaskan minyak. Celup sotong di dalam telur dan
kemudiannya digolekkan di atas tepung.- jika
nak lebih crispy, celup semula ke dalam telur dan golekkan semula ke dalam tepung.
4.
Goreng tenggelam, bila kekuningan, boleh la
diangkat dan dihidang begitu sahaja atau boleh juga dimakan dengan nasi panas2
bersama sup @ tomyam.
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan