Wednesday, 30 May 2012

N3 JJCM ~Aiskrim~

The most of food yang paling aku suka ialah aiskrim. In 1 day, I can habiskan one tupperware. Ermmm memang peminat dan pemakan tegar aku ni kan!!! Mak aku selalu cakap..............'Hantu aiskrim', adik aku cakap..............'Waaaaaaa..........pencurik!!!' Aku pun confius..apsal plak tetiba jadik pencuri lak!! i'm not steal anything! Just eating..........hehehehehe.....aku tahu adik aku mesti jeles sebab tak boleh makan banyak huahuahuahua!!!!! kat sini aku nak tunjuk kat semua readers bentuk aiskrim yang aku sempat cari guna mr.google tadi!!! enjoy it!


 wahhhhhhhhh................terliur aku huhuhuhu.........jap gi nak ajak encik suami gi Giant la..beli aiskrim banyak2 huhuhuhuhu

N3 Agama ~Logo Halal JAKIM - WAJIB TAHU~


Kepada semua readers, please make sure setiap pembelian barangan, ada logo ini. Jangan tertipu dengan logo HALAL yang lain.

Sunday, 27 May 2012

N3 Agama ~6 SEBAB DIHARUSKAN MENGUMPAT~



ANTARA penawar untuk mengekang lidah daripada mengumpat, seseorang hendaklah mengetahui bahawa suka mengumpat akan mendedahkan diri kepada kemurkaan Allah atau dengan erti kata lain, apabila mengumpat samalah seperti melanggar larangan Allah SWT.
Penawar untuk mengelak mengumpat ialah meneliti diri sendiri terlebih dulu, apakah dalam diri ada atau tidak keaiban atau keburukan. Jika ada tentu lebih utama kita membetulkan diri sendiri daripada mengumpat orang lain.Sebenarnya mendedahkan aib seseorang untuk tegakkan keadilan dibenar syarak.

Imam Ghazali menyebut dalam kitabnya Ihya’: “Jika tidak ada jalan lain untuk mencapai sesuatu tujuan yang betul dibenarkan oleh syariat Islam, melainkan dengan menyebut keburukan orang lain, maka dalam hal ini dibenarkan mengumpat dan hukumnya tidak berdosa sama sekali.”

Mengumpat yang dibenarkan antaranya, apabila berlaku penganiayaan seperti individu yang dizalimi mengadukan kezaliman seseorang kepada hakim supaya hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.

Dalam hal ini, tidak mungkin jelas sesuatu perkara yang hendak disampaikan pada hakim melainkan dengan menyebut dan menerangkan keburukan si zalim itu untuk membuktikan kezalimannya.

Kedua, meminta bantuan orang lain mengubah sesuatu kemungkaran atau mengembalikan seorang yang suka melakukan maksiat ke jalan kebaikan.

Ketiga, ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum agama. Contohnya, ia berkata kepada mufti: “Ayah menganiaya saya atau isteri saya menzalimi saya dan sebagainya. Perkara ini berdasarkan riwayat daripada Hindun Utbah yang mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa Abu Sufyan (suaminya) adalah seorang yang amat kedekut.

“Ia tidak memberi keperluanku dan keperluan anakku dengan secukupnya. Apakah aku boleh mengambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya?” Maka sabda Rasulullah SAW: “Ambillah apa yang cukup untuk keperluanmu dan keperluan anakmu secara adil.”

Keempat, mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan. Contohnya, jika saudara mengetahui seseorang itu jahat, lalu saudara mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri daripada orang itu.

Atau menyatakan keaiban seseorang supaya amanah tidak diserahkan kepadanya atas tujuan menasihat, bukan kerana memburukkan atau menjatuhkan namanya di hadapan orang lain.
Kelima, apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran atau panggilan yang memang menunjukkan kekurangan dirinya seperti mengatakan si polan yang tempang atau buta. Maka dalam hal ini, tiadalah dilarang menyebutnya bagi memudahkan orang mengenalinya.
Walau bagaimanapun jika dapat diubah dengan gelaran lain atau panggilan yang lebih baik dan senang pula disebarkan maka itu lebih baik.

Keenam, apabila seseorang itu memang sengaja membuat kefasikan dan bermegah dengan perbuatan itu, maka terhadap orang ini tidak dilarang melemparkan ghibah (mengumpat) kerana kelakuannya.

Tuesday, 22 May 2012

N3 Agama ~Sunat/Khatan Gadis Sunti~


SOALAN
SAYA seorang ibu kepada anak perempuan yang berumur tiga tahun. Masalah yang dihadapi sekarang ialah anak saya itu masih belum dikhatankan kerana dia mengalami ekzema yang teruk membabitkan seluruh badan dan juga kemaluannya semasa bayi.

Hingga kini ekzema itu masih belum sembuh. Ekzema itu menyakitkan apabila terkena air di tubuhnya dan merumitkan apabila menyuci najisnya. 
Apa hukumnya jika saya lambat khatan anak saya itu? Saya ada tanya beberapa klinik, tapi memberi jawapan mereka hanya khatan bayi bawah umur dua tahun saja. 

JAWAPAN

TERMASUK dalam perkara sunat bagi anak lelaki dan perempuan ialah berkhitan.

Ini jelas apabila Rasulullah s.a.w bersabda: “Lima perkara termasuk (sunnah-sunnah) fitrah: khitan, mencukur bulu kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.” (Muttafaq ‘alaih).

Bagaimanapun, terdapat perbezaan hukum antara mazhab berkhitan atau bersunat.

Mazhab Shafie menganggap berkhitan sebagai wajib bagi kedua-dua anak lelaki dan perempuan.

Ia mempunyai beberapa hikmah, antaranya bagi menjaga kebersihan diri, kesihatan dan kehormatan bagi wanita.

Mazhab Hanafi menganggap berkhitan hanya sunat.

Manakala mazhab Hanbali menghukumkan wajib bagi anak lelaki dan sunat bagi anak perempuan.

Berdasarkan pendapat hukum di atas dan kes yang berlaku kepada anak puan, berkhitan boleh ditangguhkan sehingga penyakit anak itu sembuh atau reda.

Walaupun berkhitan biasanya dilakukan semasa anak masih kecil, ia boleh ditangguh sehingga berumur tujuh tahun atau sebelum baligh bagi anak lelaki.

Puan boleh berhubung dengan pihak hospital sekiranya klinik tidak dapat melakukannya.

Berkhitan sebenarnya hanya membabitkan prosedur kecil yang tidak memudaratkan.

Monday, 21 May 2012

N3 Artis ~Wajah Hebat Eva Longoria~





N3 Sentap ~Ikan Masuk Kerongkong~

Philip

Ni la ikan puyu

ha..yang ni aku pun taktau nak cakap pa! boleh plak jadi macam ni! dulu time kecik-kecik dulu, ada gak p nyelam kat bendang (nyelam ek!!!??) Bila sauk ikan tu, dapat...terus ketuk dengan batu. Takla sampai nak gigit! Weh..hanyir tu....................! Nila jadi bila Philip nak gigit kepala ikan puyu. Terus ikan tu masuk dalam mulutnya. Ish..ish...kesian lak tengok budak ni...nasib bek tak dak pa pa.... Ha..nak baca kat Harian Metr bolehla klik kat sini.


LUBOK ANTU: Gara-gara mahu mematikan seekor ikan puyu yang dipancing dengan cara menggigitnya, seorang kanak-kanak terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 10 jam apabila tercekik ikan berkenaan dalam kejadian di anak sungai berhampiran Rumah Panjang Endawie Nangka Jela Engkari, di sini, kelmarin.
Philip anak Muan, berusia 12 tahun, terpaksa menahan kesakitan itu sebelum ikan bersaiz kira-kira tiga sentimeter lebar itu dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor selepas dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) terletak lebih 200 kilometer dari rumahnya.

Bapa mangsa, Muan anak Burong, 40, berkata sebelum kejadian, Philip dan adiknya berusia sembilan tahun memancing di anak sungai berhampiran rumah panjang mereka, sebaik pulang dari sekolah, kira-kira jam 2.30 petang.
Menurutnya, dalam tempoh 10 minit, anaknya berjaya memancing seekor ikan puyu sebelum menggigit ikan itu bertujuan mematikannya, tetapi ikan itu tiba-tiba menggelupur dan terus masuk ke kerongkong anaknya.

“Saya pelik apabila melihat anak saya berlari sambil menangis dengan keadaan mulut ternganga.

“Saya terkejut apabila mendapati seekor ikan di dalam mulut anak dan cuba memasukkan jari bagi mengeluarkan, namun anak saya menjerit kesakitan kerana duri pada pada ikan itu tersangkut di lelangit mulut,” katanya.
Muan berkata, ikan itu masuk lebih jauh ke dalam kerongkong anaknya apabila dia cuba menarik ekor ikan berkenaan.

Menurutnya, apabila melihat Philip semakin sukar bernafas, dia bergegas membawanya ke Klinik Kesihatan Batang Ai, sebelum dirujuk ke Hospital Sri Aman.

N3 Sentap ~ Tertekan, campak anak!~

bangunan tempat kejadian
Ni lagi satu kisah yang mengayat hati. Sebab diri bermasalah dan tertekan dengan hidup orang lain yang jadi mangsa. Kejadian ni berlaku di Itali. Jangan la jadi di Malaysia plak yer! Nak tahu, baca sendiri la dari petikan akbar Harian Metro Online ni! Tak pun boleh klik kat sini.


ROME: Seorang lelaki mencampak dua anaknya dari balkoni apartmen mereka sebelum dia sendiri melompat membunuh diri kerana tertekan akibat kehilangan kerja, lapor media semalam.
Marco Turrini mencampak bayi perempuannya - berusia 14 bulan - dan anak lelaki berusia empat tahun dari tingkat enam rumah mereka di Brescia, Lombardy, di utara Itali.

Saksi berkata, sebelum itu Turrini, 41, bertengkar dengan isterinya.
Sumber polis berkata, selepas mencampak anaknya ke bawah, bekas kakitangan pengiklanan yang kehilangan kerja 18 bulan lalu itu turut cuba menolak isterinya ke luar.

Selepas gagal, katanya, Turrini melompat dari tingkat enam apartmen berkenaan dan mati di tempat kejadian.

“Dua anak Turrini masih hidup selepas terhempas ke bawah, tetapi gagal diselamatkan kerana cedera parah,” katanya.
Sumber itu berkata, isteri Turrini bekerja sebagai jururawat dan berselisih faham dengan lelaki terbabit.

“Wanita itu kini dirawat di hospital kerana terkejut,” katanya.
Turrini tidak mempunyai sebarang rekod keganasan atau jenayah, tetapi dilaporkan semakin tertekan kerana gagal mendapat pekerjaan lain.

Jiran berkata, keadaan dirinya yang menganggur juga menyebabkan dia bimbang kehilangan isteri dan kediaman mereka apabila keadaan ekonomi mereka semakin parah.

Saksi, Elisabetta, berkata dia terdengar jeritan dan bergegas ke jalan di tingkat bawah apartmen berkenaan untuk melihat apa berlaku.

Di situ, katanya, dia melihat dua anak Turrini berlumuran darah dan masih bernafas, tetapi degup jantungnya sangat lemah.

Sepupu Turrini pula berkata, lelaki terbabit pernah cuba membunuh diri setahun lalu dengan menggantung dirinya. - DM

N3 Sentap ~Anak Bawak Masuk BF Dalam Bilik~


Tersentap seketika apabila membaca Harian Metro Online pagi ni! Aku pun dah tak tahu nak cakap apa dah. Dunia sekarang makin caca merba. Aku akui, dunia makin nak kiamat. Ni sedikit sebanyak petikan dari harian metro. Sapa yang nak baca online boleh terus klik di sini.


KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi, di sini.

Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.

Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.

Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.

Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak memecahkan pintu.

sumber: Harian Metro Online

Wednesday, 16 May 2012

N3 Lawak ~PANGGILAN TELEFON BERANGKAI~




Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya. Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti… Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama…. Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen… Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama… Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh… Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu… Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya.. Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase. Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk. Atuk (Boss) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya.. Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni jadi outstation, Boss dah nyanyuk agaknye. Suami menelefon Buah Hati : Kita boleh kembali bersama, Isteri saya jadi outstation seminggu. Buah Hati menelefon Murid Tuisyen : Maaf kelas tuisyen minggu ni di batalkan.. saya kerja seminggu. Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk kelas tuisyen batal lagi, takda kelas untuk seminggu. Atuk (Boss) menelefon Secretary : Cucu saya nak habiskan masa bersama seminggu, jadi outstation batal. Alamak dah lenguh jari ni menaip pulak korang sambung la pulak. hehehe..

Tuesday, 8 May 2012

HM: Bunuh Diri di Jambatan Pulau Pinang


GEORGETOWN: “Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun.

“Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu.”

Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta.

Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan.




HM: Lelaki Mati Digigit Anjing




SUBANG JAYA: “Saya tumbuk anjing itu tiga kali, tapi ia tidak melepaskan gigitan di leher mangsa,” kata lelaki dikenali sebagai Eddy yang juga saksi seorang warga emas mati akibat dibaham seekor anjing ketika berjoging di kawasan rumahnya di SS19/5B, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa, Yip Sin Hua, 74, mati di tempat kejadian selepas parah di leher manakala telinganya hancur akibat gigitan anjing jenis Miniature Bull Terrier Cross yang terlepas keluar melalui tempat membuang sampah rumah pemiliknya di kawasan perumahan sama.


Yip gemar berjoging di kawasan perumahan itu sejak lebih 20 tahun lalu dan semalam, ketika melalui jalan di tempat kejadian yang hampir dengan rumahnya di SS19/5E, dia diserang seekor anjing.

Eddy, 44, berkata, dia melalui jalan berkenaan dengan menaiki kereta dan terkejut apabila melihat seorang warga emas bergelut dengan seekor anjing.

“Saya memberhentikan kereta dan turun untuk membantu. Selepas usaha saya menumbuk haiwan itu tiga kali gagal, saya kembali ke kereta untuk mengambil kayu. Ketika itu datang seorang wanita dan dia memukul anjing itu beberapa kali dengan meja kayu.

Thursday, 3 May 2012

N3 Artis ~BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA...INNALILLAH.....~


Tadi Encik Suami ada SMS aku. Dia cakap yang BOB KUMAN dah meninggal dunia. Aku terus saja call dia...nak comfirm betul2. Takut gak kan sebab aku tengok banyak sangat berita dan khabar angin yang tak berapa betul 2..3 menjak ni!!!

So..berita ni sahih. Encik Suami dengar melalui radio. Linda On call beritahu kat radio. Cerita dia seperti yang disampaikan kepada aku, "Bob jatuh katil dan terus dibawak ke hospital. Pada mulanya okey, tapi nak buat macam mana..dah ajal. Dalam pukul 4.30 petang macam tu la."...Begitulah ceritanya........!! Innalillah...............! Sudah sampai ajalnya. Aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat.

AL-FATIHAH