Isnin, 30 Mac 2015

Ikan Masak Stim Limau Pedas

Salam Sejahtera!

lama menyepi, akhirnya berkesempatan untuk pos menu baru semalam membuatnya atas permintaan suami. 
Sememangnya kuah yang masam2 manis pedas itu telah mengbangkitkan selera masing-masing. 
Tapi kata encik hubby, kalau buat kuahnya banyak ckit lagi best sebab nak menghirup kuahnya yang panas2 itu. 
 Ditambah dengan kankung goreng belacan dan telur dadar, fuhh, sedar xsedar dah 2 kali menambah nasi. Huhuhu....kata nak kurus (erkkkkk........)



Ikan Masak Stim Limau Pedas

Bahan-bahanJ

1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 batang serai (*)
5 ulas bawang putih (*)
2 inci halia (*)
10-15 biji cili padi (*) – ikut kepedasan masing-masing
1 inci lengkuas
4 biji bawang jeruk - dihiris
1-2 biji limau nipis / 1 biji lemon (ambil jusnya)
2 biji tomato (dihiris dadu)
1 biji bawang bombay – dihiris bulat-bulat
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos ikan
sedikit air
3 batang daun sup (dihiris) / boleh juga menggunakan batang saderi
setangkai daun bawang
lemon / limau nipis dihiris nipis

Bahan yang bertanda (*) ditumbuk / diblander kasar

Cara-cara :
1.       Ikan diperap dengan air limau untuk hilangkan hanyir dan dibersihkan. Toskan.
2.       Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana.
3.       Lumurkan ikan bersama garam. Letakkan hirisan lemon / limau di dalam belahan ikan tadi. Aturkan bawang Bombay di bahagian bawah Loyang dan letakkan ikan di atasnya. Lumur ikan dengan bahan-bahan yang ditumbuk / diblander tadi. Sapu dengan rata. Kukus selama 15minit.
4.       Masukkan sos ikan bersama dengan sedikit air dan gula. Kemudian, masukkan tomato yang dipotong dadu.  Akhir sekali masukkan jus limau atau lemon tadi. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 5-10 minit atau sehingga masak.
5.       Setelah masak, taburkan hirisan daun sup dan daun bawang.
6.       Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.


2 ulasan:

  1. Sedap nye .. Buat pedas2 lagi sedap kan , nanti nak cuba buat la .. Thx for the recipe 😁

    BalasPadam