Sunday, 8 March 2015

Kerabu Taugeh dan Kerang

Kerabu Kerang
Assalamualaikum...

Pagi-pagi dah masuk n3 masak memasak lak!
Ni menu semalam, permintaan dari Encik Suami. 
Bila cuti jew, macam-macam dia nk makan,
permintaan mengalahkan order kedai mapley plak huhuhu

Menu ni simple jew sebenarnya!
Resepi asal, mak punyer....
Alhamdulillah....xsempat nak snap lebih2, dah licin, dia meratah!!

Bahan-bahan

3-4 cawan taugeh
3-4 cawan isi kerang
3 ulas bawang merah-dihiris nipis
7 biji cili padi*
3 inci lengkuas*
2 batang serai*
Sedikit belacan*
1 biji limau
3 sudu besar kerisik
½ cawan pati santan
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:

Bahan-bahan yang bertanda * hendaklah ditumbuk. Jangan halus sangat.
Sesetengah orang mencelur taugeh, tapi saya menggunakan taugeh mentah yang telah dicuci dan ditoskan. Ketepikan.
Masukkan semua bahan, gaul sekata kecuali limau, santan, taugeh dan isi kerang.
Masukkan kerang dan santan. Letak sedikit demi sedikit.
Masukkan taugeh, gaul sekata.
Akhir sekali masukkan air perahan limau. Rasa secukupnya.
Sedia untuk dimakan dgn nasi panas



No comments:

Post a Comment