Isnin, 21 Mei 2012

N3 Sentap ~Anak Bawak Masuk BF Dalam Bilik~


Tersentap seketika apabila membaca Harian Metro Online pagi ni! Aku pun dah tak tahu nak cakap apa dah. Dunia sekarang makin caca merba. Aku akui, dunia makin nak kiamat. Ni sedikit sebanyak petikan dari harian metro. Sapa yang nak baca online boleh terus klik di sini.


KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi, di sini.

Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.

Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.

Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.

Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak memecahkan pintu.

sumber: Harian Metro Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan