Resepi Ikan Terubuk Bakar 3 Rasa

N3 kali ni lain sikit dari biasa sebab aku baru nak mempelbagaikan blog aku ni untuk tatapan aku sendiri. Kiranya blog aku ni macam diari tak rasmi aku ler (padahal diari pun takdak) hehehehee.
Baru-baru ni adik kesayangan aku nak makan ikan terubuk bakar, aku sebenarnya yang nak makan!
So pergilah aku menjelajah market yang merupakan tempat kesukaan aku yang kedua, yang pertama shopping compleks ahaks!
Fuhh........telan air liur aku!!

So, aku malas nak panjang-panjang citer, padahal dah panjang pun, ini dia resepi! Selamat Mencuba.

Ikan Terubuk Bakar 3 Rasa

Bahan-bahan:

*1 ekor Ikan Terubuk sederhana besar yang disiang dan ditarik (untuk memudahkan time nak makan nanti supaya tulangnya tersusun. Jangan dibuang sisik, dan dibelah tepi, macam nak buat ikan sumbat)
* Setengah Biji Kelapa parut yang agak muda (lebih Kurang 2 cawan penuh)
* Sedikit belacan
* 3 Helai daun kunyit muda dihiris nipis
* 3 Batang serai dihiris nipis
* 1 ketul Kunyit hidup (takder kunyit hidup pun takpe! Letak jer kunyit serbuk)
* 5 helai Daun Limau Purut dihiris nipis
* 3 Biji Air Limau Nipis / Limau Kasturi / 3 Sudu besar air asam jawa
* Cili Padi ikut kesesuaian. (Jika nak pedas letak banyak)
* Daun Kunyit tua yang secukupnya untuk membalut.
* Secukup rasa garam, gula dan serbuk perasa.

Cara Membuatnya.

1. Ikan terubuk yang telah disiang dan dibersihkan, ditoskan di tepi.
2. Masukkan lebih kurang 1 cawan kelapa parut ke dalam blander bersama2 dengan kunyit hidup, cili dan sedikit belacan. Blend sekejap saja. Jangan bagi hancur. Bagi yang ada lesung batu besar, bolehla ditumbuk saja. 
3. Daun kunyit muda, serai dan daun limau nipis disatukan didalam sebuah bekas. 
4. Masukkan bahan yang telah diblend tadi ke dalam bekas yang berisi bahan hirisan tadi. Kelapa parut lebih tadi masukkan sekali. 
5. Masukkan pula perahan air limau atau jus air asam jawa.
6. Akhir sekali, gaul sebati. 
7. Susun daun kunyit tua di atas talam. letakkan ikan di atas daun kunyit. 
8. Bahan yang telah digaul sebati akan mengeluarkan santan. Oleh itu, hati-hati jangan sampai tertumpah. Letakkan bahan tadi di tengah badan ikan.
9. Air santan yang berlebihan tadi gunakan untuk menyapu ikan semasa dipanggang nanti. 
10. Letakkan di atas tempat pembakar, dan bakar dengan arang sehingga masak.


Letak dalam pemanggang macam ni...

 Ikan yang siap dibakar. Nampak macam hangus, tapi daun kunyit yang hangus.
Tara..........Sedapnyer!!!! Tapi hati2..nanti tercekik tulang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan