Rabu, 2 Mac 2011

Perkenalan

Perkenalan yang tidak ku sangka. Hanya melalui rakan serumah, aku mula berkenalan dengannya. Masih teringat lagi aku dengan kata-kata rakanku mengenai kebaikkannya. Secara diam aku mula menyukai dirinya. Aku jadi malu sendiri. Mana mungkin perigi mencari timba. Mustahil jika perempuan yang masuk meminang lelaki. Aku jadi tersenyum sendiri. hehehehe..........(Tergedik la plak)>>>> aku jadi malu sendiri.

28 March 2009 merupakan detik perkenalan aku dengan insan yang bernama MOHD FADZIL BIN HASHIM. Nak kata pertemuan tu kebetulan, takder apa yang menunjukkan tahap kebetulan itu 100%, tapi setakat 50% tu ada la kot ('O,').......

Memula tu hanya mesej. Kawan aku yang sorang tu kata mamat ni suruh miscall kat dia. Kononnya, dia berminat la dekat aku ni hehehe...masih mahal rupanya saham aku ni...(eleh..perasan nak mampos!!!)...aku pun apa lagi...mscall la...(ingat nak jual mahal, tapi bila ingat aku ni dah melepasi tahap pertengahan dara di pingitan, aku pun letakla rega yang berpatutan).

Bermula pada hari tu kami pun ber'sms' la. start malam tu mesej sampai la ke hari2 berikutnya. Aku pun taktaula nak cerita apa yang kami dok mesej tu.

Nak kata pilihan raya di bukit selambau, rasanya temperature handphone kami lagi la tinggi...sampai 1 tahap, boleh heng hehehehe.........(dasyat2 heheh)...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan