Isnin, 7 Mac 2011

Friend2 jer..

Pada awal perkenalan, kami hanya kawan2 sajer. tak lebih dan tak kurang. Walaupun tak pernah berjumpa, kemesraan cepat terasa antara kami. Boleh bercakap 2,3 jam tanpa henti. Bila difikirkan balik, ntah apa yang kami bualkan pun aku tak tahu.

Makin lama, makin erat perhubungan kami. walaupun baru seminggu berkenalan, bagaikan 7 tahun, menjalin persahabatan. Kemuncak kepada persahabatan kami apabila aku berada di rumah sahabat baikku di Pendang, Menghadiri majlis perkahwinan adiknya. Kira 'langkah bendul' la.

Aku punya prinsip, jika kita berjumpa dengan sesuatu (benda / orang) yang baik, cepat2 kita simpan (barang) atau menghulur persahabatan (orang). Aku dapati dia seorang yang jujur, baik dan yang paling penting yang terdapat dalam senarai lelaki idaman ku ialah seorang yang 'double size'. (hehehehe....kena sepadan la. beru cunn).

Mungkin terkena kenan seri pengantin, aku dilamar oleh seseorang semasa dirumah kawan aku itu. Aku jadi serba salah. Hatiku telah ku simpan untuk orang tu. Tapi sampai lamaran yang aku kira sayang untuk ku tolak. aduhhh................dugaan....dugaan.............!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan