Ahad, 9 September 2012

N3 Agama ~Abang Enggan Jadi Wali~


SAYA bakal melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun depan namun mempunyai masalah berkaitan wali. Saya anak yatim yang kematian ayah kira-kira 15 tahun lalu.

Saya mempunyai tiga abang berlainan ibu. Daripada apa yang saya belajar, abang itu adalah wali saya yang sah. Baru-baru ini, seorang kakak ipar ada memberitahu mereka tidak mahu mewalikan saya. 
Semua abang saya tidak mahu mewalikan perkahwinan saya kerana mereka berselisih faham dengan ibu saya (ibu tiri mereka). Bolehkah saya memohon wali hakim untuk perkahwinan saya?

NOR,
Pulau Pinang 


PERSETUJUAN wali pihak perempuan dikehendaki bagi sesuatu perkahwinan untuk diakui sah. Sekiranya wali nasab dalam kes ini iaitu abang saudari enggan memberi persetujuan tanpa sebab yang mencukupi, hakim syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat saudari bermastautin boleh memberi persetujuan dengan perkahwinan itu oleh wali raja atau hakim.

Perpindahan wali nasab kepada wali raja akan membabitkan prosedur mahkamah dalam kes di atas. Ada baiknya saudari berunding dengan abang supaya bersetuju untuk menjadi wali supaya tidak perlu dibicarakan di Mahkamah.

Ia sudah tentu mengambil masa dan tenaga sedangkan ia boleh dilakukan secara mudah apabila abang bersetuju menjadi wali.

Perselisihan dengan ibu tiri sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk menghukum adik yang tidak bersalah.

Lagipun, ikatan silatu
rahim sesama keluarga sangat dipentingkan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan