Khamis, 15 September 2011

BH: Koperal Jenain Bersalah


Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi mendapati Koperal Jenain Subi bersalah menyebabkan kematian adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam, April tahun lalu. 

Jenain, 48, sebelum ini diperintah membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara jam 1.10 pagi dan jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di sini, pada 26 April 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Aminulrasyid dilaporkan meninggal dunia kerana luka tembakan di kepala. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan