Khamis, 28 Julai 2011

Kejam!!!


Padah zalimi tiga kucing



KEJAM...rakaman video yang disebarkan  di Internet  sehingga menimbulkan kemarahan pencinta haiwan.
KEJAM...rakaman video yang disebarkan di Internet sehingga menimbulkan kemarahan pencinta haiwan.
PETALING JAYA: Padah menzalimi tiga kucing dengan memukul menggunakan payung, menendang serta menyakiti haiwan malang itu Feb lalu, seorang wanita berusia 21 tahun didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
CHOW XIAO WEI dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan majistret nik Mohd Fadli Nik Azlan. Majistret juga memerintahkan dipenjara 7 hari jika gagal membayar denda. Bagaimanapun, CHOW menjelaskan dendanya.
Bagi kesalahan pertama, dia didakwa secara zalim menyakiti 2 kucing antara jam 4.25 petang hingga 5 petang pada 19 feb di depan sebuah gerai di Pasar Seni Kembangan di sini.
Bagi kesalahan itum tertuduh di dakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
CHOW juga didakwa melakukna perbuatan tidak berwajar menyebabkan kesakitan serta penderitaan seekor kucing pada masa, tarikh dan tempat sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya, sika disabit kesalahan.


SUMBER HARIAN METRO 28/7/2011

BERBALOI KE DENDA TU DENGAN SIKAP PERIKEMANUSIAAN!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan