Isnin, 21 April 2014

Tanggungjawab vs Keterpaksaan

Bebel time!!!
Huhuhu...boleh plak aku mula dengan ayat sebegitu..
Whatever!!
Hari hujung minggu yang aku kira agak memenatkan. 
Sabtu yang lepas aku telah menghadiri kenduri kahwin...2 kenduri 3 pasang yang dinkahkan!
Tepi rumah aku, kenduri 2 pasang adik beradik, yang satu lagi kenduri satu taman jer!!
Alhamdulillah, kenyang!!

Ramai yang aku kira sebagai keliru dengan tanggungjawab dan keterpaksaan. Ini sekadar pendapat aku saja. Bukan ape! Apa yang aku perhatikan sekarang ramai yang melakukan pekerjaan dalam keadaan terpaksa, bukan melakukan sebab tanggungjawab. 
Kita dapat tengok dan dapat agak bila kita tengok hasil daripada kerja yang dia buat itu. Jika dia melakukan kerana tanggungjawab kepada kerja yang diamanahkan, kerja yang dilakukan kemas dan teratur. 
Jika dia melakukan kerja dalam keadaan terpaksa, hasil yang kita dapat hanya sekadar melepaskan batuk ditangga saja.

Sebenarnya, teguran ini bukan saja untuk aku tapi untuk semua kawan2 aku. Aku tak cakap, tak mengata kepada sesiapa, hanya sekadar peringatan kepada semua termasuk kepada diri aku sendiri!
In Shaa Allah

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan