Dah lama aku tidak menaip di kanvas putih ini. Mood hendak menulis dan meluahkan perasaan terbang entah kemana?? Sejak keguguran dan berpantang aku dapat rasakan diri berubah kepada yang lebih sensitif. Suami aku pun kengkadang meroyan dengan perangai aku. Sikit-sikit nak nangis. Tapi Encik Suami la yang banyak memberi semangat dan kekuatan kepada aku.
Setelah 2 tahun berkahwin, aku telah disahkan hamil 2 bulan tatkala suami mengalami kemalangan. Hati isteri mana yang tidak gembira ketika menerima perkabaran itu. Dalam kesedihan dan gulau dalam menjaga suami yang sakit, aku menerima perkhabaran gembira.
Sesungguhnya, dalam kesedihan, ada hikmahnya yang Allah berikan. Subhanallah!!
Namun, rupanya tidak lama. setelah kandungan mencecah 24 minggu, aku mengalami pendarahan. Pada hari isnin lebih kurang pukul 7.30 pagi aku berkejar ke hospital. Namun, aku kecewa...aku hanya diberi mc selama 3 hari. Hanya scan sahaja. Selepas mengambil ubat aku hanya disuruh berehat dirumah.
Takdir Allah SWT, tepat jam 6.05 petang pada hari yang sama, aku melahirkan bayi tidak cukup bulan seberat 350 gram sahaja. Anakku hanya mampu bertahan 4 jam didunia yang kotor ini. Innalillah...........anakku tidak dapat diselamatkan. Aku redah walaupun air mata tidak henti mengalir.
Pendarahan yang tidak berhenti memaksa pihak hospital memindahkan aku ke Hospital Sungai Petani. Dengan keadaan suami tiada di sisi, aku membuat persetujuan dengan menandatangani sendiri surat kebenaran untuk mencuci dan bius. Kesakitan yang ku tanggung membuatkan aku insaf.
Ya Allah, aku jadi redha dengan ketentuan-Mu.
Muhammad Qhaliff Adam tunggu mama di 'sana' ye sayang!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan