Ahad, 6 Julai 2014

Diana Danielle enggan ulas isu cemburu


Ashraf Nasser (TUPAI.COM.MY)

Isteri kepada aktor Farid Kamil, Diana Danielle enggan memberi komen berhubung isu cemburu dan tidak puas hati selepas Nora Danish memuat naik gambar promosi filem "Pengantin Malam" yang mana memperlihatkan Nora memegang tangan suaminya.

"Tiada komen. Terima kasih," ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, tindakan Diana, 24, telah mengundang pelbagai respon kurang enak daripada pengikut laman sosial Instagram yang menganggap Diana bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Sebelum ini, Farid yang ditemui ketika pelancaran 'Kad Amal & Kad Ucapan Hari Raya' untuk filem "Lagenda Budak Setan 3" di Red Box Sogo, Kuala Lumpur baru-baru telah menjelaskan bahawa tindakan Diana itu hanyalah perkara biasa sebagai seorang wanita yang mempunyai perasaan cemburu terhadap orang yang dikasihinya.

"Perkara ini tidak perlu diperbesarkan dan saya harapkan pihak tertentu dapat maafkan tindakan dia. Saya anggap perkara ini tak perlu dijadikan isu kerana biasalah ianya luahan seorang wanita."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan