Selasa, 8 Julai 2014

Allahyarham Ahmad Raziq Farhan B. Roslan Dalam Kenangan



Hari Sabtu lepas, 
kami dikejutkan dengan berita sedih.
Adik sepupu kami (anak Paksu, sebelah abah) yang amat rapat dengan kami terutama sekali mak & abah
telah kembali ke rahmatullah!

Jodoh, pertemuan, ajal, maut...semuanya di tangan Allah SWT, rahsia Allah yang tidak kita ketahui. 
Akibat dari kemalangan yang berlaku di satu selekoh merbahaya diantara motosikal yang ditunggang oleh arwah dan kawannya dengan sebuah lori pasir, menjadi punca arwah digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian , manakala kawannya patah pinggang dan masih lagi menerima rawatan di wad ICU Hospital Sungai Petani. Kemalangan itu dikatakan terjadi akibat daripada lori pasir yang dipandu laju dan merbahaya. 

Sedikit cerita sedih untuk keluarga arwah...

Allahyarham Ahmad Raziq Farhan Roslan merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik dan merupakan satu2nya anak lelaki dalam keluarga mereka. Dia juga dikatakan sebagai sulung ganti kerana kakaknya yang sulung telah meninggal dunia akibat lemas di Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah (bila tak ingat la pula).

Kebetulan atau suratan, hanya Allah SWT yang maha mengetahui.

Arwah kakaknya meninggal dunia selepas tokwan meninggal dunia lebih kurang anggaran masa 4 bulan. Dan arwah juga meninggal dunia selepas tok meninggal dunia dalam bulan 2 yang lepas. Arwah kakaknya meninggal dunia pada penghujung bulan Ramadhan dan arwah meninggal dunia pada awal bulan Ramadhan. Subhanallah, maha suci Allah. 
Allah menjemput kalian di dalam bulan yang mulia.

Aku hanya mampun berdoa dalam diam. Aku hanya mempu mengucap panjang. Aku juga pernah mengalami keguguran diusia kandungan 6 bulan, aku juga pernah merasa perasaan kehilangan. Aku juga tahu pedihnya apabila mengetahui anak yang kita sayang dan kita kandung telah tiada. La illa ha illa anta..........

Semoga roh arwah dan roh orang2 yang telah meninggal dunia dicucuri rahmat.

1 ulasan:

  1. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan golongan beriman. Al Fatihah.

    BalasPadam