Jumaat, 16 Mei 2014

KEBAIKAN HALIA


Memang terbukti halia adalah satu asas makanan yang pasti ada di dapur anda. Halia bukan sahaja digunakan dalam masakan dan minuman, tetapi dalam ubat – ubatan tradisional juga.

Menurut seorang doktor di India, halia yang kaya dengan mineral bermanfaat seperti kalsium, fosforus, besi, magnesium, zat besi dan beberapa mineral penting yang lain . Disebabkan itu juga, halia sangat popular di kalangan masyarakat India untuk mengubati masalah penghadaman dan juga pernafasan.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tips untuk anda pelbagaikan penggunaan halia. Lihat senarai di bawah.

Halia sebagai pembuka selera
Apabila anda makan halia sebagai pembuka selera, ia dapat mengelakkan anda daripada diserang penyakit pedih hulu hati selepas makan. Ia juga meningkat sistem penghadaman anda dengan membuang toksin. Cara makannya, hiris halia dan sejukkan seketika. Jika anda tidak tahan rasa pahitnya, gaulkan dengan sedikit gula dan perah sedikit air limau nipis dan kunyah halia sebelum makan.

Halia pengganti ubat selsema dan batuk
Jika tiba-tiba anda diserang selsema dan batuk di tengah malam dan tidak mempunyai ubat batuk di rumah, apa yang ada boleh buat adalah rebus halia dan minum jusnya. Terbukti halia akan membantu menghilangkan batuk dan selsema anda sekurang-kurangnya sehingga esok pagi. Halia juga membantu mengurangkan pening kepala termasuk migrain. Jadi, sesiapa yang susah makan ubat, boleh cuba tips ini.

Halia mengurangkan rasa loya ketika perjalanan jauh
Mungkin ada di antara anda yang berasa loya apabila memulakan perjalanan jauh. Tak kira la sama ada menaiki bas, kereta, kapal terbang ataupun bot. Jika ada mengalami rasa loya itu, kemam halia dalam mulut anda. Halia akan memudahkan enzim percernaan yang membolehkan proses pencernaan dengan cepat. Halia juga dapat membantu anda menstabilkan kembali rasa loya tersebut.

Halia pengubat sakit otot
Halia kering mempunyai analgesic dan anti radang yang digunakan secara terapeutik untuk mengurangkan sakit sendi dan radang artritis. Lebihkan penggunaan halia dalam masakan anda ketika anda mengalami sakit ini. Sedikit sebanyak ia dapat meredakan sakit anda.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan