Tidak mengambil sarapan pagi. Apabila seseorang tidak mengambil
sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.
Terlebih
makan. Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.
Perokok.. Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar
dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
Penggunaan
gula yang berlebihan. Pengambilan gula secara
berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
Pencemaran
udara. Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam
badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke
otak dan keaktifan otak.
Terlebih
tidur. Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak
tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
Menutup
muka ketika tidur. Tidur sambil menutup muka akan
mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan
ini akan membawa kerosakan kepada otak.
Membiarkan
otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat. Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan
otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
Kurang
berimiginasi. Berfikir adalah satu cara terbaik
untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun.
Jarang
berfikir. Jarang berfikir akan menyebabkan otak
kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah
keberkesanan kecerdasan otak kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan