Isnin, 4 Februari 2013
N3 Agama ~Cara Kesan Berus Yang Menggunakan Bulu Khinzir~
Bagi anda yang belum mengetahui,kebanyakkan
berus murah yang diimport dari China diperbuat dari bulu khinzir
atau babi.Ianya dapat dikesan kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut
menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan
membersihkan rumah.
Di bawah ini kami kongsikan ciri-cri
berus yang diperbuat daripada bulu Khinzir :
1.
Bulu yang rimbun dihujungnya
(lebih tepat hujung bercabang)
2.
Boleh diubahsuai dengan bahan
kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3.
Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4.
Senang didapati berbanding bulu
haiwan lain.
Antara beberapa maklumat penting tentang
penggunaan bulu khinzir ini adalah :
Penggunaan bulu khinzir atau
khinzir hutan (dipanggil “Bristle”) kerana bentuk mereka yang keras dan kasar.
Hujung bulu khinzir ini
mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya yang bercabang (split ends). Bristle
daripada wilayah Chungking China
adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
Dan perbezaan antara berus bulu
kambing atau biri-biri yang banyak digunakan untuk kaligrafi adalah bahagian
hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini
mempunyai hujung yang tajam.
Segala apa yang telah dicipta Allah SWT
adalah yang terbaik untuk kita semua..hal ini kerana Allah SWT menjadikan bulu
khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya agar
umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.
wallahu a’lam
Langgan:
Catatan (Atom)