Khamis, 8 Mac 2012

N3 KAHWIN ~FASHA DAN JEJAI~


Kredit: Harian Metro


DIA sedang bahagia dan setiap saat adalah detik penuh kemanisan yang tidak terungkap. Biar dihimpit tanggungjawab yang banyak dan jadual kerja bagai tiada kesudahan, pemilik wajah jelita ini mengakui setiap apa tersurat dalam hidupnya ketika ini begitu bermakna dan diterima dengan gembira.
Sekian lama mengunci bicara, berhati-hati dalam memberi kenyataan dan lebih selesa meninggalkan pelbagai persoalan dengan tanda tanya, kini masanya sudah benar-benar tiba buat Fasha melangkah ke fasa terpenting dalam hidupnya.
Teriak Fasha, 27, tatkala bertemu dengannya hujung minggu lalu, “I’m so happy dear!,” katanya mengukir senyuman panjang.

Mengenali bintang filem Cicak-Man dan Berlari Ke Langit ini, tidak mudah untuknya membuka cerita soal peribadi. Meskipun diperdaya seribu helah bagi mendapatkan penjelasan, anak kelahiran Johor Bahru ini hanya selamba kekal dengan jawapannya, “no comment”.

Jelasnya, usah terburu-buru berkongsi kisah bahagia kerana bimbang ia hanya singgah untuk sementara.

“Bukan berahsia atau sengaja main tarik tali, namun saya enggan terus tersilap percaturan yang akhirnya mengundang kecewa kepada diri sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan sebaliknya semua yang tersebar hanya satu spekulasi, bukannya daripada bibir saya,” katanya memulakan perbualan.

Julung kalinya, bintang filem dan dramatis terkenal ini perlahan-lahan bercerita soal perasaannya yang kini menghitung hari menjelang detik bahagia menjadi permaisuri kepada lelaki idamannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai, 36.


Adakah betul seperti dakwaan Fasha akan berkahwin pada April depan dan majlis bersejarah itu akan dilakukan di kota Jakarta, Indonesia?

“Saya bercinta dan itu adalah perkara yang tidak saya nafikan. Namun bercerita soal berkahwin dan perancangan ke arah itu, semuanya saya serahkan kepada Tuhan dan jodoh.

“Jujurnya Jejai memang sudah pun datang bertemu keluarga saya untuk merisik. Saya sendiri sudah menerima lamarannya dengan hati yang terbuka. Inilah dikatakan takdir dan jodoh,” katanya.

Gambar Jejai dan Fasha mengunjungi sebuah butik pengantin dan kemudian menghadiri kursus kahwin hujung minggu lalu di Mahligai Firdaus, Setiawangsa sudahpun tersebar luas di laman sesawang dan beberapa portal hiburan.

Tatkala kenyataan itu diajukan kepadanya, Fasha tersenyum mencerminkan rasa akurnya terhadap status selebriti yang ada padanya.

“Memang benar saya dan Jejai ada ke butik bagi mengukur pakaian. Betul juga mengenai gambar kami berdua menghadiri kursus kahwin baru-baru ini. Memang seronok apabila pertama kali bertandang ke butik pengantin dan berbincang mengenai busana pilihan. Begitu juga dengan kursus kahwin yang kami berdua hadiri. Ia satu pengalaman baru buat saya dan memberikan saya perspektif baru dalam membina sebuah keluarga.

“Alhamdulillah apa yang kami rancang berjalan dengan lancar. Itulah saya katakan usaha kami berdua untuk ke arah lebih baik dalam hubungan sedia ada. Insya-Allah kami lakukan perlahan-lahan mengikut masa yang sempat memandangkan kami berdua begitu sibuk dengan kerja masing-masing,” jelasnya lagi.

Teka-teki sebelum ini seperti gerak permainan catur yang tidak pernah sampai ke penghujung kini sudah kian terlerai.

Faktanya, Fasha memang sedang bahagia diulit rasa cinta dengan kekasih
nya. Itulah lelaki yang sama sering kali dikaitkan dengannya.

“Alhamdulillah ranjau, dugaan dan seribu satu warna yang pernah singgah dalam hubungan kami tidak pernah berpanjangan. Biar pelbagai kisah dan versi pernah diceritakan, saya dan Jejai masih bersama dan itu saja yang mengundang rasa tenang buat saya selain kerja dan tanggungjawab harian yang begitu banyak.

“Jejai lelaki pilihan hati kerana sikap dan personaliti dirinya yang jelas menambat jiwanya untuk memilihnya sebagai pasangan hidup,” katanya.

Ditanya bilakah tarikh keramat yang akan memperlihatkan dirinya dirai di atas pelamin indah, Fasha yang terkenal de
ngan sikap mudah mesra hanya tersenyum dan meminta agar dirinya terus mendapat sokongan terutama keluarga dan peminat.

“Segala persiapan termasuk tarikh dan lokasi perkahwinan sudahpun ditetapkan pihak keluarga. Namun saya masih belum bersedia mengumumkannya kerana biarlah apabila sudah hampir dengan tarikhnya nanti. Saya harap peminat faham dan saya berjanji akan ceritakan segala-galanya apabila sudah sah nanti,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran Seindah Sakura.

Lebih menggembirakan hati si jelita ini apabila namanya sekali lagi berjaya menembusi senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Pernah merangkul lima kali trofi Bintang Popular sebelum ini dalam kategori Pelakon TV dan Filem, Fasha yang sekali lagi mengulangi kejayaannya tahun lalu dengan merampas kembali trofi Pelakon TV Popular menyifatkan pencalonan di ABPBH adalah satu penghargaan daripada peminat yang tidak henti menyokong.

Tidak pernah terdetik mengharapkan kemenangan, Fasha yang sudahpun membintangi lebih 10 filem dan puluhan drama TV sepanjang hampir lapan tahun dalam industri hiburan hanya melihat pengiktirafan seumpama ini satu bonus untuk terus membakar semangat menjadi yang lebih baik.

“Saya bersyukur setiap kali diumumkan pemenang kerana apa yang terlintas di fikiran adalah sokongan peminat. Mereka tidak henti mengundi dan terus memberikan semangat untuk saya memberikan yang terbaik dalam setiap hasil kerja selama ini.

“Alhamdulillah sekali lagi saya tercalon dan tidak pula saya mengharapkan kemenangan kali ini kerana akur dengan adat pertandingan serta nama pencalonan yang lain.

“Saya ikhlas dan jujur dengan apa saya lakukan. Meskipun tanpa pengiktirafan atau anugerah, saya akan tetap komited dan memegang disiplin untuk menjadi seorang anak seni yang jauh lebih baik,” katanya yang bakal muncul dengan 2 filem tahun ini, Dari Kerana Mata dan Penanggal.

Pelakon popular yang dikatakan ‘anak emas’ TV3 kerana wajahnya yang tidak henti mewarnai drama siri di stesen TV

tersebut bakal terbang ke Paris penghujung bulan ini bagi menyudahkan penggambaran Seindah Sakura.

Menariknya lagi jelas Fasha, perniagaan pusat kecantikan rambutnya, Salon Chinta di Wangsa maju sudah pun menginjak tahun pertama. Sekelip mata bintang terkenal ini berjaya mencipta nama sebagai seorang ahli perniagaan.

N3 SENTAP ~6 MADU~


Kredit: Harian Metro



KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.

Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.

Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.

“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.

N3 SENTAP ~PADAN MUKA~


Kredit: Harian Metro

SHAH ALAM: Seorang janda muda bukan saja tergamak melihat anak kandungnya berusia 11 tahun dirogol teman lelaki, malah turut bekerjasama dengan merakam adegan menjijikkan itu menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan kejam itu mendapat pembalasan apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadapnya atas tiga tuduhan bersubahat dengan teman lelakinya yang merogol mangsa, di Rawang, dekat sini, tiga tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap teman lelakinya, seorang pemandu teksi, Ma Kassim Sirat, 44, yang mengaku salah atas tiga pertuduhan merogol mangsa.

Mengikut pertuduhan, Ma Kassim didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam pada pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, serta jam 10 malam, pada Mac 2010.

Ibu mangsa yang berusia 31 tahun didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.

Bagi setiap pertuduhan, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Rabu, 7 Mac 2012

N3 Pelik ~Baby 2 Muka~


baby dengan 2 muka dilahirkan di Pakistan.
kuasa ALLAH tiada siapa yang tahu
penuh dengan kerahsiaan.
baby tu tak sama dengan baby kembar siam yang lain yang boleh dipisahkan.
baby ni tak boleh dipisahkan kerana menghidap kraniofacial iaitu satu kepala dengan 2 muka.

N3 Mutiara Kata ~I Want YOU To Know..........~


N3 WW ~Pening~


tula aku dah kata...
kau memang tak reti bahasa...
kau tu kacukan...
aku pun taktau nak kata apa dah...
ini la jadinya kalau
MAK LAIN AYAH ASING

N3 Makanan Pelik ~Koktail Serangga di Jepun~


LONDON – Mungkin tidak pernah terbayang dalam benak fikiran anda bahawa kumbang, labah-labah dan serangga lainnya akan menjadi campuran minuman koktail yang menyihatkan.

Ya, kini para bartender di London menggunakan minuman yang dicampur dengan cengkerik, tarantula,
kalajengking dan bahkan semut raksasa untuk dijadikan minuman istimewa.

Minuman yang disajikan oleh bar Artesian dan Langham di London ini memberikan sensasi yang mungkin belum pernah terbayang di fikiran anda, mereka mencampur cognac Courvoisier, teh Jepun dicampur dengan tarantula dan kalajengking.

Minuman yang ekstrem ini tergolong mahal,harganya kira-kira £16.50(RM82),demikian dipetik dari BBC.
“Minuman ini menjadi perbincangan, kerana biasanya serangga bukanlah sumber nutrisi yang biasa digunakan di London,” ujar ketua bartender Artesian Alex Kratena.

“Beberapa jenis serangga juga dipanggang untuk menambahkan cita rasa dan juga digunakan untuk dekorasi minuman. Minuman ini sangat nikmat!,” lanjutnya.

Sekadar maklumat, seekor serangga dapat mengandungi 10 hingga 20 gram protein, memberikan tambahan nutrisi yang luar biasa.

Amacam...ada berani..........eeeeeeeee terasa kembang tekak ku ni!!!