Isnin, 30 April 2012

N3 Saja ~ 1 Mei...Per Cer...??!!~

Kelmarin aku ada terima satu SMS dari Cheku. Tanya apa perancangan untuk 1 Mei. Aku besa la..bila encik suami ada kat rumah, handphone aku entah kemana....!!! Kadang-kadang tu sampai tak bertopup. Hehehehe....


So...sms punya sms...terbitla idea nak p picnic kat Sedim. 
Lama tak p sebenarnya...
kesnya very2 simple...cakap nak buat kari ayam campur rebung...comfirm selalu 
hehehehehe....

so esok kira jadila...yang tak berapa besnya bila sorang lagi kawan kami...
'cik puan to be' cik najmi alias, tak jadi lak...dia ada kenduri.

so kami bertiga jerla esok.....
takper...ada orang jadi 'tong sampah' nanti hahahahaha

so sesapa yang nak join jom la...
tapi memasing bawak makanan sendiri la yer....

SEDIM...KAMI DATANG!!!!!!!1

Selasa, 24 April 2012

N3 Sentap ~ Nama Syaitan Dalam Al Fatihah- Wajib Baca!!~


NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI ............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA dua harakat, MIN 3 harakat.

semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.

Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Isnin, 23 April 2012

N3 Agama ~CARA RAWAT HISTERIA~



1. Ambil wudhu' terlebih dahulu.

2. Cari pesakit yang mula-mula diserang histeria jika berlaku ramai.

3. Tepuk pesakit dengan belakang tangan untuk menghilangkan badi atau rasukan pada diri kita.

4. Pegang kepala bahagian ubun-ubun pesakit dan bacakan-

Bismillahhirahmanirrahim
-"WALAHAULAWALA KUWATAILLA BILLAHHIL A'LIUL AZIM" 3X

-ISTIGHFAR 3X

-SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W 3X.

5. Baca Ayat Kursi dengan tenang dan yakin.

6. Kemudian baca "Bismillahirrahmanirrahim" dan sebut " Dengan Nama Allah yang Maha Agung Lagi Perkasa aku meru'qyah mu wahai ( sebut nama pesakit dengan bin atau bintinya)

7. Bacakan surah Al-Fatihah

8. Bacakan surah Muawidzat iaitu Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Semuanya sebanyak sekali.

9. Bacakan ayat " Ya Lathif Ulthuf Bina " sebanyak sepuluh kali dan hembuskan pada pesakit.

Insyallah akan hilang gangguan kerasukan sayitan itu. Harus dingat kita hanya berusaha, dan yang menyembuhkannya Allah s.w.t jua.

* Ayat-ayat yang di pertujukkan tadi, haruslah di hafal supaya menjadi amalan untuk perubatan dan benteng pertahanan di dalam diri kita, kerana syaitan itu bersifat pembalas dendam. Berwaspada dengan melakukan apa yang di suruh dan menjauhi apa yang di larang oleh Allah s.w.t. Perlu dingatkan, pesakit akan meronta-ronta dan memaki hamun kita, jgn risau kerana itu semua tipu daya syaitan. Teruskan berdoa dengan tenang tanpa malayan sebarang tuntutan syaitan. Sesungguhnya tipu daya syaitan adalah lemah!. Jikalau pesakit tidak berjaya di pulihkan, ulangi bacaan dan cuba minta pertolongan dari yang lebih a'rif dalam bidang ini.

"Tidak akan terlepas ummat Muhammad dari syaitan, kecuali dengan sifat ikhlas"

N3 Pengajaran ~DIALOG BAYI SEBELUM KELAHIRAN~




Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Isnin, 16 April 2012

N3 Sentap ~Pekerja BigCinema Tak Profesional~

Semalam gi tengok citer ni...


p tengok ngan encik suami yang agak susah nak tengok citer omputih ni....

nak tengok awal2...full...
so tengok la 7.30 malam..
tu pun nasib bek p beli awal2...
so kami bertolak lebih kurang 7.00..maghrib kat Giant la..
lebih kurang kul 7.25 malam, kami dah ada kat depan panggung..
panggung no 4...

nak dijadikan cerita..dahla masuk cun2 kul 7.30 malam...
bila masuk dalam panggung ja...panggung dah gelap.
padahal aku ngan encik suami la yang first masuk...
aku dah mula bising2...tapi encik suami sabarkan...

citer ni aku leh bagi 10/10 sebab citer dia tak bowink..
start ja dah ada action...sampai la habis...
tapi citer dia macam tak berat sangat macam alien vs predator or any citer makhluk asing ni..
citer dia biasa2 saja...dan tak berat..enjoy tengok...

bila habis saja...yang paling aku terkejut apabila takda orang datang buka pintu macam selalu...
alah..bila lagi 2,3 mini lagi nak habis, mesti ada orang tunjukkan pintu mana nak keluaq kan...
ni takdak...sendiri cari jalan keluaq...
aku betul2 kecewa dengan pengurusan BIG CINEMA GIANT ni...
last2 kami pakat keluaq sendiri..belasah ikut pintu depan...

AKU HARAP LEPAS NI JANGAN ADA LA JADI MACAM NI..
KALAU TAK NANTI KENA BOIKOT...

p/s: sesapa yang ada kat Giant Kulim pada hari Ahad, April 15,2012 dan ada tengok citer Battelship tolong komen apa-apa yer...ok ke tak ok dia punya service... 

Khamis, 5 April 2012

N3 Saja ~ Lokoih??!!~


Aku : Assalamualaikum! Abang kat mana dah!

Abang : Waalaikumsalam. Abang dah sampai kat Seberang Jaya. Jem gila. Hujan lebat, Nanti sayang balik hati-hati tau.

Aku : Yang atas motor ni! Kat sini baru lepas hujan. Abang hati-hati tau!

Abang : Ha..jangan main hujan! Nanti LOKOIH, demam lak! K la...abang nak jalan dah ni..nanti sampai gudang abang gtau yang! 

Aku : Hah..........ha...ok ok. Byee...

Tengah fikir, apa itu LOKOIH! Kepala yang masih lagi tersarung helmet aku garu perlahan. Apa ek!!!!!