INFO KESIHATAN - http://mcna-health.blogspot.com/
Senggugut adalah antara masalah yang biasa dihadapi kaum wanita semasa didatangi darah haid.Ada di antara rakan saya yang perlu mengambil cuti sakit kerana mereka mengalami sakit yang teramat sehingga tidak mampu berjalan. Terasa kesakitannya apabila melihat mereka berguling-guling di katil dan menangis kesakitan. Saya tidak ada pengalaman senggugut yang teruk dan sekali sekala sahaja mengalaminya.
Senggugut adalah antara masalah yang biasa dihadapi kaum wanita semasa didatangi darah haid.
Apakah punca senggugut?
Semasa kelas biologi dahulu, cikgu saya menerangkan senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. Ini antara perkara yang saya masih ingat sampai sekarang walaupun kelas itu 12 tahun dahulu.
Jenis senggugut
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.
Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.
Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut. Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut :
o Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
o Jangkitan
o Radang Rongga Pelvis
o Endometriosis
o Penyakit usus seperti apendisitis
o Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Bolehkah senggugut dicegah?
Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit.Ala yang macam jenama pa**d*l tu tapi saya tidak pasti dengan kesan jangka panjangnya jika setiap kali sakit, anda telan sebiji.
Cara lain dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
Kurangkan garam.
Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
Berhenti merokok
Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.
Inilah tujuan menulis cerita mengenai senggugut. Pengambilan kalsium dan magnesium dalam diet boleh mencegah senggugut.
Info daripada Period Pain Relief
Calcium supplements and other mineral and vitamin supplements can also help you get rid of period pain. Calcium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the body’s capacity for calciu
Info yang bagus....sy mmg kena senggugut yg teruk bila time period, alhamdulillah sejak amalkan BIDADARI...senggugut sy makin berkurangan...alhamdulillah....
BalasPadamhttp://secret-garden565.blogspot.com
sama2 kita share info yang baik dan berguna
Padam